CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bakar suar atas pikap di Bukit Bintang, rentang bendera angka 6.6: Polis siasat video tular, sedang kesan pelaku

19-5-2026 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1191| Komen: 20|Original author: FOTHER-MUCKER



 


KUALA LUMPUR: Polis memburu sekumpulan individu dipercayai membakar suar di atas sebuah Toyota Hilux di tengah Jalan Sultan Ismail berhampiran sebuah restoran makanan segera di Bukit Bintang, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam, berkata kejadian kira-kira jam 2 pagi itu dikesan menerusi video tular di media sosial yang memaparkan beberapa individu menaiki sebuah Toyota Hilux dan dua motosikal 'scrambler' melakukan aksi berbahaya itu.

Menurutnya, tindakan kumpulan terbabit boleh mengganggu ketenteraman awam selain mengancam keselamatan pengunjung, peniaga dan pelancong di kawasan berkenaan.

"Kira-kira tujuh hingga lapan individu dipercayai terbabit dalam kejadian itu dengan sebuah Toyota Hilux, dua motosikal scrambler dipercayai motosikal elektrik dikesan dalam video berkenaan.

"Polis sedang mengesan pemilik semua kenderaan terbabit bagi membantu siasatan. Perbuatan sedemikian amat tidak wajar kerana ia membahayakan keselamatam awam," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, hari ini.

Sazalee berkata, pihaknya sudah membuat semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian, namun memerlukan maklumat lebih banyak kerana semua kenderaan terbabit tiada nombor pendaftaran.

"Pihak polis menyeru semua individu yang terbabit dalam video berkenaan tampil menyerah diri bagi membantu siasatan selain bantuan awam untuk menyalurkan maklumat berkait kejadian itu.

"Kita tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang boleh mengganggu keselamatan awam terutama di kawasan tumpuan pelancong seperti Bukit Bintang," katanya.

Sazalee berkata, siasatan turut dijalankan terhadap kain rentang tertera nombor '6.6' yang dipamerkan kumpulan individu berkenaan seperti dipaparkan dalam video berkenaan.

"Kita masih mengumpul maklumat berhubung maksud kain rentang itu.
"Pada masa sama, kita turut mengesan sebuah kedai pakaian di Dengkil yang kita syak ada kaitan dengan video berkenaan dan pihak terbabit akan dipanggil bagi membantu siasatan," katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, selain Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 19-5-2026 04:52 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 18-5-2026 12:53 PM



[fbp]https://fb.watch/Hbdqzza0XA/?fs=e[/fbp]
https://fb.watch/Hbdqzza0XA/?fs=e


[tiktok]7641165452059708693[/tiktok]https://vm.tiktok.com/ZNRtfqsmq/

Quote Herlina 19-5-2026 05:36 AM
6 6 jahanam lama-lama terbenam
Quote noor2 19-5-2026 07:14 AM
Bangsa???
Quote arareez 19-5-2026 07:59 AM
Ke video AI je
Quote Decaffeinated 19-5-2026 08:02 AM
Syeksyen... Syeksyen... Syeksyen...
Quote batmana 19-5-2026 08:54 AM
Iklan shoppe sale 6.6 tu
Quote shamsadis 19-5-2026 09:21 AM



Quote supernaturalee 19-5-2026 09:36 AM

6 cctv




Quote FOTHER-MUCKER 20-5-2026 01:11 AM





Gimik bakar suar di Bukit Bintang, 15 termasuk wanita ditahan

Polis berkata siasatan mendapati tindakan itu dipercayai melakukan gimik mempromosi jualan sebuah kedai pakaian yang beroperasi di Dengkil.



FMT Reporters
Tangkap layar menunjukkan aksi berbahaya sekumpulan suspek yang membakar suar di atas sebuah pikap di tengah Jalan Sultan Ismail di Bukit Bintang.


PETALING JAYA:Polis menahan 15 individu dalam tempoh kurang 24 jam selepas aksi mereka membakar suar di atas sebuah pikap di tengah Jalan Sultan Ismail di Bukit Bintang bagi mempromosikan jualan pakaian, tular di media sosial.


Ketua Polis Dang Wangi, Sazalee Adam, berkata penahanan suspek terdiri daripada 14 lelaki dan seorang wanita berusia antara 17 hingga 30 tahun dibuat dalam operasi sekitar Batu Caves, Shah Alam, Kajang dan Dengkil hingga 10 malam semalam.

“Semua mereka sudah dibawa ke mahkamah dan kita memperoleh perintah reman selama tiga hari bermula hari ini,” katanya pada sidang media di IPD Dang Wangi, lapor Berita Harian.

Semalam, Sazalee dilaporkan berkata polis sedang memburu sekumpulan individu yang dipercayai membakar suar berhampiran sebuah restoran makanan segera di Bukit Bintang, awal pagi semalam.

Beliau berkata kejadian kira-kira 2 pagi itu dikesan dalam video tular yang menunjukkan beberapa individu melakukan aksi berbahaya berkenaan.

Siasatan turut dijalankan terhadap kain rentang tertera nombor ‘6.6’ yang dipamerkan oleh kumpulan individu berkenaan seperti yang dipaparkan dalam video berkenaan.

Sazalee berkata, hasil siasatan mendapati video tular itu dibuat bagi tujuan gimik promosi jualan sebuah kedai pakaian yang beroperasi di Dengkil.

Katanya, kain rentang yang digunakan itu dipercayai merujuk kepada promosi jualan pakaian kedai terbabit yang memasuki tahun keenam beroperasi.

“Pemilik kedai pakaian, lelaki berusia 24 tahun turut ditahan bersama pekerja kedai dan beberapa individu lain yang dibayar bagi melakonkan aksi berkenaan.

“Siasatan mendapati, seramai lapan individu diupah untuk melakonkan aksi terbabit dengan kadar bayaran antara RM50 hingga RM700 bagi menjayakan aksi itu” katanya.

Tambahnya, seorang wanita yang ditahan adalah pekerja kedai dan siasatan menunjukkan dia bertindak sebagai penyelaras rakaman video aksi terbabit.

Turut merampas sebuah Ford Raptor dan dua motosikal ‘scrambler’ yang digunakan dalam aksi berkenaan.
Kenderaan pikap serta dua motosikal scrambler terbabit adalah milik individu yang diupah pemilik kedai melakukan aksi semalam.

Polis akan mengambil tindakan saman dan menyita motosikal terbabit kerana hanya boleh digunakan bagi aktiviti off-road dan tidak boleh didaftarkan untuk kegunaan di jalan raya,” katanya.

Sazalee berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati semua suspek negatif dadah dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Akta Bahan Letupan dan Kakisan 1957, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya.

Quote FOTHER-MUCKER 20-5-2026 01:15 AM
Ok lah tu sekarang mereka sudah mencapai impian mereka, satu Malaysia sudah tau dengan hanya memperbodohkan polis dan undang undang negara Malaysia.
Quote FOTHER-MUCKER 20-5-2026 01:15 AM
Ok lah tu sekarang mereka sudah mencapai impian mereka, satu Malaysia sudah tau dengan hanya memperbodohkan polis dan undang undang negara Malaysia.
Quote prince_marhaen 20-5-2026 08:15 AM
Menyampah gila marketing bodoh macam ni... semak ye kat public space... ada yang promo movie la buat macam flash mob, ada yg promo konsert lah buat macam rusuhan ramai2... apa benda kau nyahhhh... hidup aman2 tak boleh ke...dah macam yindon dah semua benda nak kontroversi nak attention rusuhan bagai..kekonon cool la tu..
Quote midori888 20-5-2026 08:21 AM
gilo apo marketing smp masuk lokap....
Quote renko 20-5-2026 08:52 AM
kt tiktok aritu ade yg kata keling sri lanka la
keling terrorist la apa la
sekali macai bbnu kedai baju je
Quote Purestteam1 20-5-2026 09:40 AM
bodohnya... apa la guna media sosial.. nk beli pun takut kalau iklankan mcm ni..haha
Quote imthegirl 20-5-2026 11:08 AM
Decaffeinated replied at 19-5-2026 08:02 AM
Syeksyen... Syeksyen... Syeksyen...

Hahahahahaaha geli telinga dengo syeksyen syeksyen
Quote zuriey 20-5-2026 01:30 PM
Kedai baju dengkil ????
Igtkan internasional brand
Quote lkick2113 20-5-2026 10:05 PM
nak promote kedai ke????
Quote slavehunter 21-5-2026 07:49 PM
Promosi kedai apa nye macam ni? Ni agenda false flag ler. Buat pula kat Bintang walk. Sesuai la tu.

All are actors. Pelakon dibayar.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.178916 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top