CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakistan kerah jet, hantar 8,000 tentera ke Arab Saudi

19-5-2026 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1077| Komen: 15|Original author: akido_kido


Screenshot 2026-05-19 092909.png



ISLAMABAD: Pakistan mengerahkan 8,000 anggota tentera, satu skuadron jet pejuang dan sistem pertahanan udara ke Arab Saudi di bawah pakatan pertahanan bersama, sekali gus meningkatkan kerjasama ketenteraan dengan Riyadh ketika Islamabad bertindak sebagai pengantara utama dalam perang Iran.

Kerahan berskala penuh itu julung kali dilaporkan, disahkan tiga pegawai keselamatan serta dua sumber kerajaan yang menyifatkannya sebagai pasukan tempur berkeupayaan tinggi dan besar bagi menyokong tentera Arab Saudi jika kerajaan itu diserang lagi.

Tentera Pakistan, pejabat luar negaranya dan pejabat media kerajaan Arab Saudi bagaimanapun enggan mengulas perkara itu.

Terma penuh perjanjian pertahanan dimeterai tahun lalu dirahsiakan, namun kedua-dua pihak sebelum ini menyatakan ia mewajibkan Pakistan dan Arab Saudi saling mempertahankan, jika berlaku serangan.

Menteri Pertahanan Pakistan, Khawaja Asif, sebelum ini memberi bayangan perjanjian itu meletakkan Arab Saudi di bawah perlindungan nuklear Pakistan.

Sementara itu, sumber Pakistan berkata, satu skuadron penuh, membabitkan kira-kira 16 pesawat, kebanyakannya jet pejuang JF-17 dibangunkan bersama China, dikerahkan ke Arab Saudi, pada awal April lalu.

Dua pegawai keselamatan turut memaklumkan Pakistan menghantar dua skuadron dron.

Lima sumber pula berkata, ia merangkumi kira-kira 8,000 anggota tentera dengan komitmen menambah bilangan jika diperlukan, selain sistem pertahanan udara HQ-9 buatan China.

Mereka berkata, peralatan itu dikendalikan anggota Pakistan dan dibiayai Arab Saudi.

Seorang sumber kerajaan yang melihat teks perjanjian pertahanan sulit itu berkata, ia memperuntukkan kemungkinan hingga 80,000 anggota tentera Pakistan ditempatkan di Arab Saudi, bertujuan membantu mengawal sempadan kerajaan itu bersama tentera Riyadh.

Dua pegawai keselamatan juga berkata, perjanjian itu membabitkan kerahan kapal perang Pakistan. Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada kapal terbabit sudah tiba di Arab Saudi.

Skala dan komposisi kerahan itu, katanya, membabitkan pesawat tempur, sistem pertahanan udara dan ribuan anggota tentera menunjukkan Pakistan menghantar lebih daripada sekadar misi simbolik atau nasihat ketenteraan.

Reuters sebelum ini melaporkan, Pakistan menghantar jet pejuang ke Arab Saudi selepas serangan Iran menyasarkan infrastruktur tenaga utama dan mengorbankan seorang warga Arab Saudi.

Keadaan itu sekali gus mencetuskan kebimbangan Arab Saudi mungkin melancarkan tindak balas besar-besaran yang boleh memperluaskan konflik.

Ia berlaku sebelum Islamabad muncul sebagai pengantara utama perang terbabit dengan membantu memeterai gencatan senjata yang bertahan sepanjang enam minggu lalu, antara Washington dan Tehran.

Islamabad turut menjadi tuan rumah kepada satu-satunya rundingan damai Amerika Syarikat (AS)-Iran setakat ini dan merancang pusingan rundingan lanjut, sebelum dibatalkan kedua-dua pihak.

Reuters kemudian melaporkan Arab Saudi melancarkan beberapa serangan tidak diumumkan terhadap Iran sebagai tindak balas kepada serangan di dalam wilayah kerajaan itu.

Pakistan sejak sekian lama menyediakan sokongan ketenteraan kepada Arab Saudi, termasuk latihan dan penempatan penasihat, manakala Riyadh pula berulang kali membantu Islamabad dari segi kewangan ketika negara itu berdepan tekanan ekonomi. - REUTERS


 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 19-5-2026 09:40 AM
masa pandemik covid-19 2020 tu pun tak disangka2 boleh berlaku sampai 1 dunia shutdown

yang ni pulak, ww3 sesuatu yg sering disebut2

tapi adakah benar2 akan berlaku dalam masa terdekat



Quote plywood 19-5-2026 09:48 AM
siapa yang nak perang dengan arab saudi?

anak kesayangan amerika siapa nak serang... dah selalu arab saudi bagi us duit bilion2.. israel pun tak berani serang arab saudi, mau kena ketuk kepala dengan amerika..
Quote akido_kido 19-5-2026 10:09 AM
supernaturalee replied at 19-5-2026 09:40 AM
masa pandemik covid-19 2020 tu pun tak disangka2 boleh berlaku sampai 1 dunia shutdown

yang ni pula ...



hanya perlukan percikan api disetiap negara untuk menyalakan big war
Quote akido_kido 19-5-2026 10:10 AM
plywood replied at 19-5-2026 09:48 AM
siapa yang nak perang dengan arab saudi?

anak kesayangan amerika siapa nak serang... dah selalu ara ...



aku lupa baca mana dulu... kiamat akan bermula di bumi arab
Quote Decaffeinated 19-5-2026 10:22 AM
plywood replied at 19-5-2026 09:48 AM
siapa yang nak perang dengan arab saudi?

anak kesayangan amerika siapa nak serang... dah selalu ara ...

Perang dengan Arab Saudi mungkin tidak tapi ceroboh yes, seperti yang Iran buat.
Quote ninja boy 19-5-2026 02:13 PM
Ya ia bermula huruhara di semenanjung arab, byk pihak terlibat, x perlu sokong mana2 pihak, akan dikelirukan siapa benar siapa salah
Quote Jitu 19-5-2026 11:24 PM
supernaturalee replied at 19-5-2026 09:40 AM
masa pandemik covid-19 2020 tu pun tak disangka2 boleh berlaku sampai 1 dunia shutdown

yang ni pula ...

minta lambat lg la
ko pun tak nikah lg tu
Quote clueless_gamer 20-5-2026 12:36 AM
Decaffeinated replied at 19-5-2026 10:22 AM
Perang dengan Arab Saudi mungkin tidak tapi ceroboh yes, seperti yang Iran buat.

Iran ceroboh sape sis? tak dengar plak berita camtu lagi ni
Quote Dwdrum 20-5-2026 05:38 AM
Iran salah strategy huh... Hehe...
Quote supernaturalee 20-5-2026 08:44 AM
Jitu replied at 19-5-2026 11:24 PM
minta lambat lg la
ko pun tak nikah lg tu

heyyyy

ape kaitan

tak releven



u r dismissed




Quote copy_paste 20-5-2026 08:57 AM
plywood replied at 19-5-2026 09:48 AM
siapa yang nak perang dengan arab saudi?

anak kesayangan amerika siapa nak serang... dah selalu ara ...

antara yesrahell dgn arab saudi dah tentulah yesrahell yg amerika lebih syg,
arab saudi cuma bagi duit kat negara je,
tapi yesrahell melobi kuasa dan duit kepada pemimpin amerika.
Quote Decaffeinated 20-5-2026 10:41 AM
clueless_gamer replied at 20-5-2026 12:36 AM
Iran ceroboh sape sis? tak dengar plak berita camtu lagi ni

Read more
Quote Dovahkiin 20-5-2026 04:04 PM
Yang nak sangat perang la, nuklear la, kau dah kenapa? Nak sangat ke rasa hidup dalam keadaan perang? Anak demam sikit je dah menggelupur, belum lg tengok anak kena tembak depan mata, bini kena rogol depan mata.
Quote lkick2113 20-5-2026 10:23 PM
Dovahkiin replied at 20-5-2026 04:04 PM
Yang nak sangat perang la, nuklear la, kau dah kenapa? Nak sangat ke rasa hidup dalam keadaan perang ...

mungkin depa nak berjihad dan boleh menala tawanan perang muka cam omputih
Quote lkick2113 20-5-2026 10:23 PM
Dovahkiin replied at 20-5-2026 04:04 PM
Yang nak sangat perang la, nuklear la, kau dah kenapa? Nak sangat ke rasa hidup dalam keadaan perang ...

mungkin depa nak berjihad dan boleh menala tawanan perang muka cam omputih

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.309383 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top