|
Pelakon Linda Hashim, 41, mendakwa suaminya, Beego enggan melafazkan cerai walaupun Hakim Syarie Nadia Khamis memberi peluang untuk berbuat demikian pada prosiding, hari ini.
Pasangan berkenaan sedang mengikuti prosiding pengesahan lafaz taklik yang difailkan oleh Linda sejak lebih setahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. di sini. Linda atau nama sebenar Norhazlinda Hashim mendakwa Beego, 45, memilih untuk tidak melafazkan cerai dan mahu meneruskan prosiding pada tarikh perbicaraan seterusnya sebagaimana ditetapkan oleh mahkamah. "Sebenarnya ada soalan juga daripada hakim (syarie) untuk dia (Beego) melafazkan (cerai), tetapi masih tidak mahu memberi kerjasama apabila tak nak lafaz juga. Dia terus defend (pertahan) untuk proses seterusnya. "Tidak ada alasan (kenapa Beego enggan lafaz cerai). Dia memang cakap yang dia tak nak lafaz, hari ini. Dia (Beego) tetap teruskan kes, jadi panjang lagi perbicaraan kami," katanya kepada Harian Metro. Linda ditemui hadir bersama Peguam Syarie, Nurul Fadzillah Kamaluddin di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini. Katanya, prosiding pengesahan lafaz taklik, hari ini terpaksa ditangguh selepas peguam syarie mewakili pihak defendan (Beego) difahamkan hadir lewat ke mahkamah. "Pada perbicaraan hari ini, saya memberi keterangan. Cuma, masa pun sudah suntuk disebabkan peguam dia (Beego) datang lambat kerana ada kes di tempat (mahkamah) lain. Jadi (perbicaraan), kami terpaksa bermula lewat. "Bila mula lambat (perbicaraan) dan keterangan kami juga panjang sebab memang berat dan detail (terperinci), maka bila dah hampir waktu makan tengah hari menyebabkan prosiding terpaksa dihentikan dulu," katanya. Katanya, mahkamah kemudian menetapkan tarikh baharu untuk kes mereka pada 18 Jun dan 9 Julai depan. Sumber: Harian Metro
|


. dah tu hakim pun takde kuasa ke nak warn jantan sundal & approve je vLorra2411 replied at 19-5-2026 09:57 AM
jujur meolss nak tanye ni... mahkamah x boleh buat apa-apa ke ek???
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-6-2026 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.075678 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.