CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seorang janda ditikam di leher oleh seorang duda akibat cemburu cinta tidak dibalas

18-5-2026 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1153| Komen: 11

 



Alor Setar: Cemburu kerana cinta tidak dibalas disyaki motif seorang lelaki menikam leher rakan wanitanya yang juga ibu tunggal dalam kereta di hadapan sebuah restoran di Titi Gajah, Kepala Batas di sini malam tadi.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, mangsa wanita tempatan berusia 35 tahun ditikam dengan satu tikaman menggunakan senjata tajam pada jam 9.19 malam.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, kira-kira jam 1.50 pagi, polis mengesan suspek lelaki terbabit di 6.2 kilometer (km) dari lokasi kejadian dan sedang bersembunyi di sebuah masjid di Taman Uda.

"Siasatan mendapati suspek mempunyai satu rekod di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu kerana mencederakan bekas teman wanitanya pada 2017. 

"Suspek direman tujuh hari dan ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati dia bebas pengaruh dadah," katanya di sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini. 

Adzli berkata, siasatan berkaitan motif sebenar kejadian masih dalam siasatan tetapi pihaknya percaya ia berkemungkinan akibat cemburu atau cinta tidak berbalas.

Katanya, suspek dan mangsa bekerja dalam bidang sama sebagai ejen hartanah tetapi berlainan syarikat dan mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu.

"Mangsa dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)," katanya.

Adzli berkata, kejadian berlaku di dalam kereta Mazda 3 dan berdasarkan rakaman kamera rakaman litar tertutup (CCTV) berdekatan, beberapa minit selepas kereta itu tiba di lokasi, mangsa bertindak membunyikan hon untuk menarik perhatian orang awam sebelum suspek melarikan diri.

"Suspek dipercayai berjalan kaki ke masjid berkenaan melalui kawasan sawah padi dan senjata yang digunakan dalam kejadian itu masih dikesan, dipercayai pisau 'rambo' atau pemutar skru.

"Mangsa diberi rawatan awal dengan bantuan doktor klinik berhampiran yang berjaya menyelamatkan mangsa sebelum dihantar ke HSB disebabkan kecederaan leher yang dialami mangsa dari kiri ke kanan, " katanya.


 
 


Adzli berkata, suspek berstatus duda dan tidak mempunyai anak manakala mangsa adalah ibu tunggal yang mempunyai dua anak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akido_kido 18-5-2026 05:53 PM
jantan ni dah ada kes tikam sebelum ni macam mana boleh lepas
Quote primarikey 18-5-2026 06:14 PM
Bini dh 2 lg nk skandal...
Klu pompuan ni x angkat kaki memg bodo la

Quote Samerosie 18-5-2026 06:45 PM
Mangsa selamat kah? Apa la masalah jantan ni.  Harap2 dlm reman sana kena penerajang but polis tu tiap hari.
Quote batmana 18-5-2026 09:23 PM
klu pempuan skalipun janda, jgnla bedua dgn bkn mahram

psl bila bedua, akan dtg yg ketiga, tu setan

psl tu trump setanyahu pun berempat dlm the beast.. se setan trump pn dia jaga batas laki dgn pmpn..haha
Quote selipar_hijau 19-5-2026 08:49 AM
berjangkit2 pulak main tikam2 ni
korang makan apa haaa sampai berani buat macam tu
Quote kuewTiau 19-5-2026 10:11 AM
bahaya ni jenis hobi suka menikam
takut dalam jail pon menikam orang jugak

Quote KamikuP 19-5-2026 10:30 AM
Mujur mangsa dapat diselamatkan. Moga jadi pengajaran agar jangan dilabel "Asal Berlaki" kelak badan dan leher merana
Quote Kitty_catz 19-5-2026 11:05 AM
Samerosie replied at 18-5-2026 10:45 AM
Mangsa selamat kah? Apa la masalah jantan ni.  Harap2 dlm reman sana kena penerajang but polis tu ti ...

selamat katanya
Quote supernaturalee 19-5-2026 11:51 AM
kuewTiau replied at 19-5-2026 10:11 AM
bahaya ni jenis hobi suka menikam
takut dalam jail pon menikam orang jugak

haippppppp



klu di us nun

kes2 gini...hujung2 sok, after few years

dgn org lain pulak

akan end up dgn pembunuhan jgk akhirnya

jejaga la perempuan2 luar sana


Quote copy_paste 20-5-2026 11:56 AM
cite dalam post fb tu kata mangsa nk sambut birthday secara kejutan utk suspek tu ke?
kalau betul mesti mangsa kecewa gila,tapi mmg mamat nih xleh pakai sbb ada kes sama sblum ni
Quote saliv 24-5-2026 01:12 PM
1000100363.jpg

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.464937 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top