CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Amyza Aznan Ditawarkan Lagu Dari Syarikat Rakaman Lepas 30 Menyanyi Di TTMM2

18-5-2026 04:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1609| Komen: 14

 


Rezeki tidak disangka, anak kepada pelakon, Amyza Adnan iaitu Adrian Adam ditawarkan lagu oleh seorang komposer dari syarikat rakaman malam tadi.

Memetik Astro Gempak, Amyza berkata dia tidak menyangka anaknya akan memiliki lagu sendiri dan dia menerima mesej tawaran berkenaan sebaik saja Adrian selesai menyanyi di program Talk To My Manager.

“Sebelum ini memang pernah terdetik dalam hati, kalaulah ada mana-mana komposer yang sudi menghasilkan lagu untuk Adrian.

“Tetapi saya tidak sangka Allah gerakkan hati individu tersebut. Ini rezeki yang langsung tidak dijangka.

“Individu itu menghantar WhatsApp dan menawarkan untuk menghasilkan lagu buat Adrian sejurus selepas persembahan tadi,” katanya.

Dalam pada itu, Amyza berkata dia menyifatkan tawaran tersebut pemangkin semangat untuk dia dan Adrian terus berjuang serta sedia membawa anaknya mengikuti kelas vokal.

“Rasa terkejut dan gembira. Insya-Allah saya bersedia untuk mengikuti kelas vokal dan membuat persediaan bagi lagu ini.

“Mungkin ini menjadi pemangkin semangat untuk saya terus berjuang. Saya anggap nyanyian sebagai satu terapi untuk kesihatan mental,” katanya.

Difahamkan, Adrian sepatutnya menjadi salah seorang program itu namun membuat keputusan undurkan diri selepas disahkan menghidap kanser tulang.

Sumber: Astro Gempak, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 18-5-2026 05:16 PM
Apa kena tajuk thread ni lps 30 menyanyi, 30 apa?
Quote readbaca 19-5-2026 12:09 AM
apa benda lepas 30?
Quote asfaz 19-5-2026 06:08 AM
Lepas 30 minit menyanyi di TTMM2 kot.
Quote tweetytweety 19-5-2026 06:46 AM
Tuan tanah benang ni.
Gi check balik tajuk benang. 30 apa tu?
Quote brainbiru 19-5-2026 06:59 AM
Soalan serious.. anak dia mmg peserta ttmm ke? Atau just perform malam tu je? I x tgk.. tp tgk lalu lalang ada anak dia ahad malam tu
Quote Gianna111 19-5-2026 08:00 AM
brainbiru replied at 19-5-2026 06:59 AM
Soalan serious.. anak dia mmg peserta ttmm ke? Atau just perform malam tu je? I x tgk.. tp tgk lalu  ...

penampilan istimewa sahaja.
diikutkan memang anak dia ni akan join TTMM2 tapi sebab kesihatan anak dia tarik diri. sedih tengok keadaan anak dia. dari segi suara memang ada bakat dan rupa. moga ada keajaiban buat dia.
Quote Kekunci_Hitam 19-5-2026 08:00 AM
Edited by Kekunci_Hitam at 19-5-2026 08:03 AM

30 minit tu, tt terdelete kot...
ada baca kat thread, katanya under shiha zikir..
Quote brainbiru 19-5-2026 08:08 AM
Gianna111 replied at 19-5-2026 08:00 AM
penampilan istimewa sahaja.
diikutkan memang anak dia ni akan join TTMM2 tapi sebab kesihatan ana ...

Terima kasih chu ols. Sudi menjawab.
Quote prince_marhaen 19-5-2026 09:07 AM
ini anak dia yang slayyy masa famili duo ke? or yang meninggal tu family duo?
Quote Kancilkering 19-5-2026 09:50 AM
dia
nye cancer ni merebak ke sampai sampai macam tu?
Quote nadie90 19-5-2026 10:35 AM
Ada tgk skjp video anak kak myza menyanyi...mmg suara sedap, nyanyi secara duduk dan dgr shaky (siiiiikiit ja) pun kira sgt bgus la sbb menyanyi masa duduk ada tekniknya jugk, mmg jenis suka menyanyi la mcm arwah abang dia jugak

Semoga dikurniakan kesembuhan buat Adrian
Quote KamikuP 19-5-2026 03:20 PM
Tajuk misleading macam mana bole jadik wartawan nim? 30 apa noks?
Quote miracle_forever 19-5-2026 05:41 PM
Gianna111 replied at 19-5-2026 08:00 AM
penampilan istimewa sahaja.
diikutkan memang anak dia ni akan join TTMM2 tapi sebab kesihatan ana ...

adrian ni seiras Adam Lee ya.. husband Sweet Qismina tu
Quote fattymah 19-5-2026 08:39 PM
Baru nengok hlive, shiha zikir offer nak watkan lagu untuk adrian

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.105371 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top