|
Pelawak Saiful Apek berkongsikan pandangan mengenai sikap manusia yang menilai individu lain berdasarkan perspektif masing-masing. Menerusi hantaran di Threads, Saiful berkata setiap individu mempunyai pandangan berbeza terhadap seseorang namun apa yang penting siapa kita pada Allah. “Kalau nak tahu keburukan kita, tanya pada yang membenci kita. Kalau nak tau kebaikan kita, tanya pada yang menyayangi kita. “Hakikatnya pendapat manusia tentang kita berbeza-beza tapi apa yang penting, siapa kita di mata Allah,” katanya. Sementara itu, dalam satu hantaran lain Saiful turut menyentuh mengeani kehidupan seseorang apabila melakukan kebaikan tidak ramai perkatakan namun apabila melakukan kesilapan pasti akan dikutuk dan menjadi bualan. “Bila kita buat baik, ramai senyap. bila kita buat jahat, ramai kutuk. bila kita tak buat apa-apa, ramai yang reka cerita. itulah manusia (bukan semua),” tulisnya. Sumber : Rotikaya
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-6-2026 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.046818 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.