|
Melalui fasa sukar, bekas pelakon Zul Yahya terpaksa membawa keluarga tidur di kedai buat sementara waktu berikutan keadaan bisnesnya yang tidak stabil. Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Yahya, 53, berkata, dia berharap agar masalah kewangan yang dihadapinya dapat diselesaikan dengan segera bagi membolehkan mereka kembali ke rumah. “Saya dan keluarga, kami lapan beranak tidur di kedai sementara nak selesaikan masalah kami ini. “Mungkin seminggu lagi. Doakan urusan kami sekeluarga dipermudahkan,” katanya dalam satu sesi siaran langsung di TikTok. Difahamkan, mereka sekeluarga termasuk isteri serta anak-anaknya terpaksa tinggal di premis tersebut akibat bayaran bil yang tertunggak. Menerusi perkongsian sama, pelakon drama Penderitaan itu turut menunjukkan keadaan ruang dalam kedai yang dijadikan tempat tidur mereka.
Daripada paparan video ditunjukkan, mereka anak beranak menggunakan kain toto yang dihampar di atas lantai sebagai alas tidur. Pada masa sama, Zul meminta bantuan orang ramai bagi meringankan beban ditanggung dengan memuat naik tangkap layar imbasan kod QR akaun bank miliknya. Zul yang mengakui memerlukan wang sebanyak RM15,000 tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan. “Saya berterima kasih kepada anda semua yang transfer. Terima kasih. Subhanallah, saya doakan semoga Allah permudahkan urusan kehidupan kalian dunia akhirat dan dikurniakan kesihatan baik. “Saya perlukan RM15,000 dalam masa terdekat, pening kepala. Tak tahulah kalau kalian berada di tempat saya ini. Saya blur, sebab itu saya buat benda ni (minta bantuan),” ujarnya. Kesulitan hidup ditanggungnya turut meraih simpati seorang pemilik akaun TikTok yang menularkan kisahnya sekali gus menarik perhatian ramai. Terdahulu, Zul berpindah ke Ipoh, Perak mengusahakan restoran steambot sebelum bertukar konsep masakan kampung, Zul Yahya Recipe. Tidak hanya itu, aktor terbabit juga dilihat kerap ‘turun padang’ bagi menyertai pelbagai karnival jualan makanan. Sumber – KOSMO! ONLINE |

siasia replied at 16-5-2026 05:21 PM
Entah la, dia ada anak ramai tu ms zaman dia senang ke. Atau mmg x berapa sng tp bini beranak tiap t ...
asfaz replied at 16-5-2026 10:32 PM
pakwetizzaqyah replied at 17-5-2026 01:46 AM
korang ni cepat sangat judge dia... sbb dia pernah keluar tv korang hentam2 dia.. padahal ramai je y ...
rain2169 replied at 17-5-2026 08:11 AM
airmuka dia mmg nampak sombong.
Tapi mungkin jumpa depan2 dan sembang ok kot.

pakwetizzaqyah replied at 17-5-2026 01:46 AM
korang ni cepat sangat judge dia... sbb dia pernah keluar tv korang hentam2 dia.. padahal ramai je y ...

rain2169 replied at 17-5-2026 08:11 AM
airmuka dia mmg nampak sombong.
Tapi mungkin jumpa depan2 dan sembang ok kot.

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-6-2026 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.101843 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.