CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Netizen Indonesia minta tolong, Malaysia mula campur tangan Isu hukuman penjara terhadap bekas Menteri Pendidikan Indonesia

16-5-2026 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1081| Komen: 19

 


PETALING JAYA – Isu hukuman penjara 18 tahun terhadap bekas Menteri Pendidikan Indonesia, Nadiem Anwar Makarim mula mencetuskan perhatian rakyat Malaysia apabila ramai netizen tampil menyuarakan tindakan terhadap tokoh teknologi negara jiran itu.

Menerusi hantaran tular di media sosial oleh pengguna @ziddnihilyath_, ramai rakyat Malaysia dilihat memberikan sokongan kepada Nadiem selain melahirkan kebimbangan terhadap sistem kehakiman dan rasuah di Indonesia.

Rata-rata netizen menyifatkan hukuman yang dituntut terhadap pengasas bersama syarikat e-panggilan Gojek itu terlalu berat dan tidak setimpal memandangkan kes tersebut masih belum diputuskan mahkamah.

“Untuk rakyat Indonesia, kami rakyat Malaysia bersama anda dalam menentang ketidakadilan ini. Katakan tidak kepada sistem kehakiman dan penguatkuasaan yang korup,” kata pengguna @kylepaulie.

Seorang lagi pengguna, @Hilmisahar pula berkata, Indonesia akan terus ketinggalan sekiranya rasuah terus menjadi budaya dalam pentadbiran negara itu.

“Malaysia wajib lawan rasuah demi kemakmuran negara,” katanya.

Turut meninggalkan komen, pengguna @qisya_rissa yang mempersoalkan kewajaran hukuman berat dikenakan terhadap Nadiem.

“Rakyat Malaysia bersama Sir Nadiem. Mana hakim-hakimnya, tolong beri perbicaraan yang adil,” katanya.

Sementara itu, pengguna @azharulhisham berpendapat individu seperti Nadiem lebih dihargai sekiranya berada di Malaysia kerana mampu menyumbang kepada ekonomi negara.

Terdahulu, media melaporkan Nadiem berdepan hukuman penjara 18 tahun atas dakwaan rasuah membabitkan perolehan komputer riba Chromebook dan sistem Chrome Device Management (CDM) ketika pandemik Covid-19.

Pihak pendakwaan mendakwa tindakan perolehan tersebut menyebabkan kerugian negara sebanyak AS$125.64 juta (RM493.3 juta).

Jika sabit kesalahan, hukuman itu bakal menjadi antara hukuman paling berat pernah dikenakan terhadap bekas menteri Kabinet Indonesia dalam beberapa tahun kebelakangan ini. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purestteam1 16-5-2026 03:20 PM
nak tlg camano... benda undang²... negara berbeza
Quote FOTHER-MUCKER 16-5-2026 03:49 PM
Mereka yang campur tangan ni pemegang Ic Malaysian tapi hati dan jiwa mereka adalah Indonesia.
Quote FOTHER-MUCKER 16-5-2026 03:50 PM
Mereka yang campur tangan ni pemegang Ic Malaysian tapi hati dan jiwa mereka adalah Indonesia.
Quote becir 16-5-2026 05:21 PM
apsal kita nak campur tangan? mende ntah
Quote Tinot7 16-5-2026 07:16 PM
Apa kaitan dgn kita?
Quote imthegirl 16-5-2026 07:33 PM
Dah elok elok ko jadi CEO gojek tu gatai g jadi politikus.
Quote Jitu 16-5-2026 08:20 PM
kenapa nak sibuk hal negara jiran pulak ni
semangat SEAbling masih membara ke guana
Quote Decaffeinated 16-5-2026 08:50 PM
ko ingat ko GAZA ka

rambut tak perang mata tak biru lambert lagi lah
Quote kotakbaju 16-5-2026 09:09 PM
FOTHER-MUCKER replied at 16-5-2026 03:49 PM
Mereka yang campur tangan ni pemegang Ic Malaysian tapi hati dan jiwa mereka adalah Indonesia.

Oh tak hairan la. Make sense jugak tu. Kalau ikutkan buat apa kita nak sibuk2 tak tentu pasal tentang undang2 negara orang.
Quote Blu3butter 17-5-2026 12:08 AM
Nyibuknye yg nak campur tgn tu. Hal dlm negara sendiri dah settled ke
Quote Blu3butter 17-5-2026 12:09 AM
FOTHER-MUCKER replied at 16-5-2026 03:49 PM
Mereka yang campur tangan ni pemegang Ic Malaysian tapi hati dan jiwa mereka adalah Indonesia.

Ooooo patut le
Quote ninja boy 17-5-2026 01:16 AM
Malaysia menteri masuk penjara keluar penjara masuk lagi penjara keluar aman2 jadi pm taw, menteri sorang lagi masuk penjara jugak 6+15 tahun
Adakah rakyat Indonesia saling berbunuhan bakar protes sana sini tegakkan keadilan hujung2 euxbfpskbw
Quote MissVixen 17-5-2026 11:21 AM
Tak payah nak bela sangat diorang ni. Bagai melepaskan anjing tersepit je dengan diorang ni. Bukannya diorang suka negara kita pun.
Ada kes baru2 ni, pelancong malaysia kena tuduh makan tak bayar di pagi sore. Dia viralkan muka pelancong malaysia tu tanpa check cctv dan rekod transaksi dulu. Elok budak2 tu ada simpan resit. Bukannya minta maaf dekat budak2 yang kena viral tu pun. Seronok rakyat indon dapat kecam orang malingsia konon tak bayar.
Quote MissVixen 17-5-2026 11:23 AM
Blu3butter replied at 17-5-2026 12:08 AM
Nyibuknye yg nak campur tgn tu. Hal dlm negara sendiri dah settled ke

Mungkin leluhur je yang sibuk hal negara seberang. Banyak aku tengok yang dapat ic biru tapi mak atau bapak ic merah ni suka tengok berita, tik tok, reels indon.
Quote B40tastePosh 17-5-2026 11:23 AM
MissVixen replied at 17-5-2026 11:21 AM
Tak payah nak bela sangat diorang ni. Bagai melepaskan anjing tersepit je dengan diorang ni. Bukanny ...

Negara masih pakai undang undang Majapahit macam tu lah
Quote gigahertz 17-5-2026 03:58 PM
imthegirl: Dah elok elok ko jadi CEO gojek tu gatai g jadi politikus.

jadi CEO gojek tu kena perah otak siang malam.pikir cukai , sewa , fare , rider , claim , insuran
jadi politikus kuasa dalam tangan. order je.
Quote ihtisyam1 17-5-2026 04:09 PM
xyah la... bukan hal kita
Quote Samerosie 17-5-2026 04:19 PM
La, ingatkan Dr. Sam tadi tengok gambar.  Apahal la pulak nak suh mesia masuk campur hal dalaman koram.  Korang report la unhr suh tolong.
Quote Blu3butter 17-5-2026 09:52 PM
MissVixen replied at 17-5-2026 11:23 AM
Mungkin leluhur je yang sibuk hal negara seberang. Banyak aku tengok yang dapat ic biru tapi mak a ...

Patut pun... Kiranya konoha masih di hati gitu walaupun dah berpaling tadah dah dalam mencari rezeki. Camno le diarg semai kecintaan dkt tanah air diarg sebegitu sekali

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2026 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.075952 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top