CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Difitnah larikan berbilion ringgit, jadi warga Turkiye, Farhash Wafa Salvador buat laporan polis

6-5-2026 02:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2139| Komen: 30

 



KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya beliau terlibat dalam kegiatan mencuri dan pengubahan wang haram berjumlah berbilion ringgit di luar negara, termasuk di Turkiye dan Afrika.

Beliau berkata, tuduhan yang disebarkan melalui beberapa laporan media itu adalah tidak benar, tidak berasas serta bersifat fitnah yang bertujuan mencemarkan reputasi dan integritinya.

“Saya dengan tegas dan tanpa sebarang keraguan menafikan semua tuduhan tersebut. Dakwaan-dakwaan ini adalah tidak benar, tidak berasas dan bersifat fitnah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Farhash turut menafikan dakwaan bahawa beliau telah menjadi warga Turkiye serta mempunyai akaun bank di negara berkenaan, selain menegaskan tidak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti pengubahan wang haram seperti yang didakwa.

Beliau yang kini hanya bergiat dalam bidang perniagaan turut mendakwa dirinya diheret ke dalam isu tersebut atas motif tertentu, termasuk kemungkinan berkait kepentingan politik pihak tertentu.

Dalam masa sama, Farhash memaklumkan beliau memandang serius penyebaran rakaman video yang didakwa mengandungi fitnah terhadap dirinya.

Sehubungan itu katanya, satu laporan polis telah dibuat dan menyerahkan tindakan susulan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut di bawah peruntukan undang-undang berkaitan termasuk Seksyen 499 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, beliau akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan.

Farhash turut mengarahkan peguam untuk memfailkan tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat dalam penyebaran dakwaan tersebut bagi melindungi nama baik dan kepentingannya.

Orang ramai dalam pada itu dinasihatkan agar tidak menyebarkan atau mempercayai maklumat tidak sahih serta memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara adil dan telus.  

Sumber  – MalaysiaGazette


 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuMNdia 6-5-2026 02:13 PM
dia ni keturunan mana ada nama Salvador bagai tu?
Quote kotakbaju 6-5-2026 02:45 PM
akuMNdia replied at 6-5-2026 02:13 PM
dia ni keturunan mana ada nama Salvador bagai tu?

Kot ada darah daging belah2 sepanyol atau portugis kot..ni gigih meols tanya AI.

1000034125.jpg
Quote prince_marhaen 6-5-2026 02:52 PM
Bekas SU Politik PMX ni... org kuat PKR..
Quote akuMNdia 6-5-2026 03:21 PM
kotakbaju replied at 6-5-2026 02:45 PM
Kot ada darah daging belah2 sepanyol atau portugis kot..ni gigih meols tanya AI.

kalau mcm tu aku teka portugis laa..
Quote selipar_hijau 6-5-2026 03:25 PM
nape nampak muka mcm DKK jee
Quote selipar_hijau 6-5-2026 03:25 PM
nape nampak muka mcm DKK jee
Quote supernaturalee 6-5-2026 04:43 PM
akuMNdia replied at 6-5-2026 03:21 PM
kalau mcm tu aku teka portugis laa..

Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak (nascido em 5 de julho de 1982) é um empresário e ex-político malaio, conhecido por seu papel como Secretário Político do Presidente do PKR, Anwar Ibrahim, de 2018 a 2022.
Após deixar a política ativa em março de 2024 para focar no mundo corporativo, Farhash acumulou posições de liderança em diversas empresas listadas na bolsa da Malásia, incluindo:
  • Key Alliance Group Bhd: Nomeado Presidente Executivo em janeiro de 2025.
  • MMAG Holdings Bhd: Tornou-se o maior acionista e Presidente em março de 2025.
  • 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd: Foi Presidente entre 2023 e 2025.
  • Apex Equity Holdings Bhd e Excel Force MSC Bhd: Atua como Presidente Executivo nestas empresas.
Sua carreira recente tem sido marcada por controvérsias, incluindo alegações ligadas a licenças de mineração de carvão em Sabá e disputas corporativas envolvendo a NexG Berhad, onde ele negou envolvimento ou influência política direta, emitindo cartas de exigência contra relatórios midiáticos.  Ele é casado com Livonia Ricky Guing e detém títulos honoríficos como Datuk Wira e Dato' Seri.





Quote slavehunter 6-5-2026 05:02 PM
selipar_hijau replied at 6-5-2026 03:25 PM
nape nampak muka mcm DKK jee

Kapal Portuguese kan ambik slave dari Goa India. Kalau surname nama Fernandez, Perez, tapi muka India tu semua nama tuan mereka. Consider family name surname.
Quote Kitty_catz 6-5-2026 05:35 PM
kebal dia ni.. jgn memain.. kang berangkut henpon lappy uii

ckp je dia hesmesss ,tu tape
Quote kotakbaju 6-5-2026 06:08 PM
supernaturalee replied at 6-5-2026 04:43 PM
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak (nascido em 5 de julho de 1982) é um empresário e ex-políti ...

Nohh sekali bahasa Portugis daa

Quote otai_g 6-5-2026 07:12 PM
Dia org Malaysia ker? Ada ke org Malaysia keturunan Salvador kat Malaysia ni?
Quote miss_white 6-5-2026 09:00 PM
Kesayangan wanita pkr . Dia ni nk sailang amir last2 kalah.
Quote Purestteam1 6-5-2026 09:12 PM
mewahnya rezeki dia... patut letak nama al fonso..haha
Quote selipar_hijau 7-5-2026 10:19 AM
slavehunter replied at 6-5-2026 05:02 PM
Kapal Portuguese kan ambik slave dari Goa India. Kalau surname nama Fernandez, Perez, tapi muka In ...

thanks bagi info
patut lah muka2 portugis kt msia ni macam hmmmmm
Quote Orenn1 7-5-2026 03:20 PM
kotakbaju replied at 6-5-2026 02:45 PM
Kot ada darah daging belah2 sepanyol atau portugis kot..ni gigih meols tanya AI.

Mungkin asal melaka kut. Kat melaka mmg ada org portugis surname mcm Lopez
Quote slavehunter 7-5-2026 05:12 PM
selipar_hijau replied at 7-5-2026 10:19 AM
thanks bagi info
patut lah muka2 portugis kt msia ni macam hmmmmm

Sama sama. They adopted the surname from their master.
Quote slavehunter 7-5-2026 05:36 PM
Orenn1 replied at 7-5-2026 03:20 PM
Mungkin asal melaka kut. Kat melaka mmg ada org portugis surname mcm Lopez

Yang nama Sta Maria asal Melaka tapi muka asian tu semua adapt dari Christian name family surname mereka ler. Santa Maria Portuguese/Spain.  Ada yang Eurasian/ Serani memang muka mat Saleh, but I doubt now banyak dah generation kebawah ni semua muka asian jer la, nama Surname Counter, tapi muka cina totok jer.

Francissca peter - Ceylonese.
Quote slavehunter 7-5-2026 05:41 PM
selipar_hijau replied at 7-5-2026 10:19 AM
thanks bagi info
patut lah muka2 portugis kt msia ni macam hmmmmm

Tu Hans Isaac contoh Serani-portuguese. Nak cina tak muka cina apek sangat, nak India tak muka India sangat.
Quote kotakbaju 7-5-2026 07:08 PM
Orenn1 replied at 7-5-2026 03:20 PM
Mungkin asal melaka kut. Kat melaka mmg ada org portugis surname mcm Lopez

Ipoh mali ler.

1000034207.jpg

Nama ayah dia elok je nama melayu takde Salvador Alfonso bagai tu.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2026 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.077984 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top