CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

TNG eWallet Hentikan Debit Auto Reload & Quick Payment Bermula 13 Mei 2026

6-5-2026 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1568| Komen: 16|Original author: akuMNdia



Bermula 13 Mei 2026, TNG Digital akan menghentikan fungsi Auto Reload dan Quick Payment menggunakan kad debit dalam aplikasi dompet digital, TNG eWallet menerusi pengumuman baru-baru ini.

Perubahan ini memberi kesan kepada beberapa pengguna yang bergantung pada ciri ini untuk menambah nilai secara automatik atau melakukan sembarang pembayaran tanpa gangguan.

Namun, bagi pengguna yang menggunakan kad kredit, fungsi ini masih boleh digunakan seperti biasa.

Fungsi Kad Debit Auto Reload Digantung Selepas Semakan Prestasi Transaksi
Menurut kenyataan rasmi pihak TNG Digital, “Melalui semakan ini, kami membuat keputusan untuk menghentikan sokongan untuk ciri ini untuk kad debit bermula 13 Mei 2026. Ini bagi memastikan sebarang pembayaran boleh dipercayai.”

Walau bagaimanapun, pengguna boleh terus muat semula eWallet menggunakan kaedah pembayaran lain yang tersedia dalam aplikasi. Seperti, DuitNow Transfer dan tambah nilai kad debit secara manual, kad kredit dan PIN tambah nilai.

Apa Maknanya Untuk Pengguna?
Untuk pengguna yang sebelum ini bergantung pada fungsi Auto Reload menggunakan kad debit. Perubahan ini mungkin sedikit sebanyak mengubah cara anda menggunakannya.

Kini anda perlu:

  • Menambah nilai duit secara manual
  • Menggunakan DuitNow Transfer dari aplikasi dompet digital yang lain
  • Tukar ke kad kredit untuk meneruskan penggunaan Auto Reload

Caj Tambahan Sebanyak 1% Untuk Penggunaan Kad Kredit
Dalam masa sama, perlu diingatkan bahawa jika anda ingin menukar ke kad kredit untuk meneruskan pengguna Auto Reload, anda bakal dikenakan caj sebanyak 1% dari jumlah tambah nilai. Sebagai contoh, tambah nilai RM100 akan dikenakan caj sebanyak RM102.

Bagi kad yang dikeluarkan oleh bank luar negara pula, caj yang dikenakan adalah lebih tinggi berbanding bank tempatan.
Sebanyak 2.6% akan dicaj daripada jumlah tambah nilai.

Untuk mengelak daripada dikenakan sebarang caj, anda boleh menggunakan beberapa kaedah lain seperti:
  • Menggunakan DuitNow Transfer
  • Menggunakan Reload PIN yang dikreditkan ke dalam Non-Transferable Balance
  • Menggunakan kad debit atau prepaid tempatan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuMNdia 6-5-2026 10:59 AM
aku mmg guna auto reload sbb aku rajin soping guna e wallet. tau2 duit dalam akaun dah surut banyak
e-wallet salah sorang anak buat aku pun aku buatkan auto reload ke debit card aku so senang kalau dia tak cukup duit utk makan/minum or keperluan belajar, boleh terus tarik duit dari akaun aku. tu pun dia akan inform aku sebelum/selepas dia guna e-wallet dia.
Quote mejaputih 6-5-2026 11:12 AM
ala, ewallet auto reload ni mmg iols guna utk byr rfid huhuhu
Quote AuntyZaza 6-5-2026 01:49 PM
Alaaaa
Quote Missjass 6-5-2026 09:22 PM
akuMNdia replied at 6-5-2026 10:59 AM
aku mmg guna auto reload sbb aku rajin soping guna e wallet. tau2 duit dalam akaun dah surut banyak  ...

Sekarang uols boleh guna lagi ke? sebab akaun i sejak 14 april lagi tak boleh guna bila tanya katanya under maintenance rupanya dah stop terus
Quote gigahertz 6-5-2026 10:51 PM
akuMNdia replied at 6-5-2026 02:59 AM
aku mmg guna auto reload sbb aku rajin soping guna e wallet. tau2 duit dalam akaun dah surut banyak  ...

I Install semua apps ewallet . aeon ,, grab , aeon ewallet , tng , mydin pay
setel shopee pay cimb . tapi semua takde duit.
Quote ninja boy 7-5-2026 12:28 AM
Edited by ninja boy at 7-5-2026 02:49 PM

App malas byk2 buat semak hp hanya pakai tng ewallet toll tng or pakai bank card, grab pakai cash sbb jarang pakai grab, budi pakai tng e wallet jah, nak byr loan bill fee shopee Lazada internet dll pakai cimb ja, ai bukan jenis soping shopee Lazada 5 bulan sekali ja beli, pastu transfer topup parking majlis bandaran punya app, pastu app majlis perbandaran pulak x centralize negeri lain2 app satu kerja topup rm5-10 duit parking negeri yg jarang pi negeri sana negeri sini negeri situ, pastu setahun kemudian pi negeri situ satu kerja cari app apa yg dipakai dgn register apa password apa x ingat baki topup ada lagi ka
Ai x suka la ewallet topup epay byk2 sana sini tapi x diguna duit tu kemudian terbiar bila access balik hilang jejak app apa yg pernah install password tah ke mana
Cash perlu ada ditangan sekali electric takdak mengelupur oi
Quote Zirara99 7-5-2026 12:36 AM
gigahertz replied at 6-5-2026 10:51 PM
I Install semua apps ewallet . aeon ,, grab , aeon ewallet , tng , mydin pay
setel shopee pay cimb ...

Tersemburrr kopi aku
Quote Suchi 7-5-2026 06:44 AM
Iols suka guna shopee pay skrg buat bayaran beli brg kat lazada dan tt pun bayar guna shopeepay demi kumpul coins cashback
Takat ni belum dapat yg 10k coins tu lagi paling byk dapat 2k tu pun beli menda tah kat 7e mendapat laa
Beli brg dapur sampai dekat 5 ratus kat lotus bayar guna shopeepay pun dpt 2 ratus coins je
Dia ikut nasib korang laa ada masa dapat byk coins ada masa tak byk.
Yg bestnya coins ni juga boleh redeem bila nak bayar guna qr duit now tu
Aritu beli baju kat uniqlo sbb dapat vc RM30 tu bayar plak guna shopeepay tolak lagi 3000 coins yg bersamaan RM30 so jimat la RM60 huhu
Gituhlaaa cara marhaen cam iols ni berbelanja hahaa
Sama juga dgn grab byk gak points iols kumpul sbb selalu guna tuk bayar insurans bagai so bila beli brg kat tt bayar guna grabpay boleh gak tolak points tu
Kat tt pun iols rajin kumpul coins gak heheh
Lazada pun sama hahah time sale yang double date tu mmg byk dapat jimat sbb byk voucher dan bila tolak coins haa tau2 kasut berjenama yg harga normal kat butik ratus2 pun bleh dapat bawah 100.
Quote supernaturalee 7-5-2026 08:20 AM
sejak 15 mei ape nye

yg sy pny dah berminggu dah stop

tp top up dari maybank2u masih boleh lagi


tng ni kan...macam2 taw. mentang2 tak bnyk pesaing

makin bnyk terminal dh blh jgk guna debit kad

lama2 sok, org pun tak mau dah


Quote ultra78 7-5-2026 08:26 AM
Tak pernah pakai. Reload manual. Full control berapa spending dalam ewallet.
Quote copy_paste 7-5-2026 09:22 AM
lebih mudah guna QR bank berbanding QR tng
Quote akuMNdia 7-5-2026 09:35 AM
Missjass replied at 6-5-2026 09:22 PM
Sekarang uols boleh guna lagi ke? sebab akaun i sejak 14 april lagi tak boleh guna bila tanya kata ...

sejak april tak boleh dah.
kesian anak buah aku tu.. aku nak mudahkan dia bila dia pokai tapi dah gini pulak jadinya.
Quote nazzse 7-5-2026 07:00 PM
Tng ni e wallet paling menyusahkan, asyik bergaduh je dgn customer service issue tak settle pun. Last 2 year dah xboleh guna auto reload, sejak tu topup transfer bank je

Baiklah guna apple pay, bank qr lagi senang. Paling senang setakat ni maybank lah
Quote ultra78 7-5-2026 07:37 PM
copy_paste replied at 7-5-2026 09:22 AM
lebih mudah guna QR bank berbanding QR tng

Betul. Aku pun scan QR pakai MAE aje. Tapi aku faham kenapa ramai pakai TNG ewallet. Sebab nak kumpul points.
Aku pakai TNG mostly utk bayar tol dan bayar online subscription yg pakai TNG Visa card.
Quote copy_paste 8-5-2026 09:25 AM
ultra78 replied at 7-5-2026 07:37 PM
Betul. Aku pun scan QR pakai MAE aje. Tapi aku faham kenapa ramai pakai TNG ewallet. Sebab nak kum ...

aku tng utk tol je selalunya,x perasan plak ada point, takat beberatus dpt tebus ape je,expired mcm tu je
Quote zuriey 8-5-2026 02:46 PM
Tak berani nak link apa2 cc atau debit card.bior la aku bersusah payah sikit dari duit ku hilang ditelan scammer

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2026 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.047771 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top