|
Legenda rock tanah air, Datuk Awie bakal mengukir satu lagi sejarah menerusi konsert berskala mega Awie Rock King – Last Man Standing 2026 yang akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 September ini.
Konsert berskala mega anjuran Bombbay Legend Worldwide bersama Ultimate Media itu akan menampilkan persembahan solo epik Awie yang akan menghimpunkan empat dekad perjalanan kerjaya beliau sebagai penyanyi dan artis rakaman profesional dalam industri muzik tanah air. Konsert yang akan bermula pukul 8.30 malam itu juga akan menjadi antara persembahan paling bersejarah dalam industri muzik tempatan, menghimpunkan elemen muzik, naratif dan produksi berskala besar di satu pentas ikonik. Pengarah Eksekutif Bombbay Legend Worldwide, Zamberi Shaari atau Bombay berkata, ini bukan kali pertama beliau bekerjasama dengan Awie dalam penganjuran konsert berskala besar. Hubungan profesional mereka telah terjalin hampir empat dekad, pada saat Bombay aktif berkarya dalam bidang penerbitan konsert manakala Awie dalam seni nyanyian hingga berjaya meletakkan dirinya sebagai antara ikon utama dalam industri muzik tanah air.
“Dari era Wings, kemudian ke perjalanan solo Datuk Awie, sehingga kembali ke pelbagai fasa evolusi seni beliau, kami sering bekerjasama dan kolaborasi ini telah membentuk satu chemistry yang kuat dan kukuh dalam meningkatkan taraf dan mutu setiap persembahan konsert yang kami lakukan bersama.” “Tajuk “Last Man Standing” membawa simbolik kepada perjalanan seni Datuk Awie yang penuh keteguhan melalui jatuh bangun, perubahan era serta transisi daripada kumpulan ke solo dan pelbagai fasa dalam industri muzik. “Dalam apa jua keadaan, beliau tetap berdiri teguh di atas pentas, mempertahankan identiti dan bahasa seninya yang tidak pernah pudar. “Gelaran “Rock King” pula melambangkan sumbangan besar Awie dalam membawa satu era baharu bagi genre rock di Malaysia, sama ada sebagai penyanyi berkumpulan mahupun solo,” jelas Bombay pada sidang media semalam. Sementara itu, Awie menyifatkan konsert Awie Rock King – Last Man Standing 2026 sebagai satu penghargaan besar terhadap perjalanan seni beliau yang telah mencecah lebih empat dekad dalam industri muzik tanah air. Menurut beliau, konsert ini bukan sekadar persembahan, tetapi sebuah refleksi kepada jatuh bangun serta evolusi yang telah dilalui sepanjang kariernya. Beliau turut meluahkan rasa terharu dengan sokongan peminat yang tidak pernah putus sejak era awal bersama Wings, perjalanan solo, sehingga kini. Ujarnya, setiap fasa tersebut membentuk dirinya sebagai seorang anak seni yang lebih matang dan kuat dalam menghadapi perubahan industri muzik. “Saya juga berharap konsert ini dapat menjadi sebuah pengalaman bermakna kepada semua yang hadir, di samping meraikan legasi muzik rock yang terus hidup dan relevan dalam jiwa peminat pelbagai generasi. “Persembahan ini adalah dedikasi istimewa buat semua yang telah bersama-sama dalam perjalanan seni saya selama ini,” katanya. Pembelian tiket boleh dibeli secara dalam talian bermula daripada RM98 hingga RM5,998. Sumber – MalaysiaGazette |
supernaturalee replied at 6-5-2026 04:20 AM
poster2 konsert skrg bnyk guna ai
yg plg ikonik, exist
supernaturalee replied at 6-5-2026 04:20 AM
poster2 konsert skrg bnyk guna ai
yg plg ikonik, exist
pet_ayut replied at 7-5-2026 09:33 AM
Exist dgn slam saban tahun jugak kan buat konsert?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
22-5-2026 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.048972 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.