CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya terlewat hanya beberapa minit, perlu urus dulu anak bongsu balik prasekolah' - Ibu Nur Aini Umairah yang maut dilanggar van

6-5-2026 09:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3179| Komen: 45

 


BATU PAHAT: "Saya terlewat hanya beberapa minit sebelum melihat anak terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri."

Detik hiba itu dikongsikan Asmilah Tukiran, 37 - ibu kepada murid Tahun Dua, Nur Aini Umairah Mohd Fareez yang maut akibat dilanggar van di hadapan pintu pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong, tengah hari tadi.

Menceritakan lanjut, Asmilah berkata, kelewatan itu disebabkan beliau perlu menguruskan anak bongsu, Ahmad Sufi Mohd Fareez, 5, yang baru pulang dari prasekolah tidak jauh dari rumah mereka sekitar jam 12.30 tengah hari.

Ketika itu, katanya, beliau memandi dan menukarkan pakaian Ahmad Sufi sebelum keluar semula dari rumah untuk mengambil Nur Aini Umairah, 8, kira-kira 10 minit kemudian.

"Apabila tiba di hadapan pintu pagar sekolah, saya nampak orang ramai berkerumun. Ketika itu, hati saya tertanya-tanya siapa yang dikerumuni itu.

"Saya terdengar ada murid lain bercakap dan menyebut nama 'Aini'. Saya terus berjumpa guru untuk bertanya siapa yang sedang terbaring kaku itu.

"Apabila cikgu memberitahu murid itu adalah anak saya sendiri, badan saya terus lemah. Saya tidak sanggup melihat jenazah kerana keadaannya sangat parah," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), petang tadi.

Asmilah memaklumkan sebelum ini, beliau sentiasa mengingatkan Nur Aini Umairah supaya menunggunya di dalam pagar sekolah setiap kali sesi persekolahan tamat.

"Biasanya apabila saya sudah tiba, barulah Nur Aini Umairah keluar dari pagar sekolah.

"Namun ketika kejadian, saya tidak tahu kenapa anak berada di luar pagar... mungkin dia mahu membeli sesuatu," katanya.

Asmilah mengaku beliau masih belum kuat untuk melalui ujian itu, lebih-lebih lagi baru kehilangan dua insan tersayang dalam pada hari sama, Januari tahun lalu.

"Kesedihan pada Januari tahun lalu masih belum terubat. Ibu saya, Allahyarhamah Saonah Kasmi, 58, meninggal dunia dua jam selepas nenek, Allahyarhamah Bayah Sadiran, 84, menghembuskan nafas terakhir.

"Ketika itu, ibu datang menziarahi jenazah nenek pada jam 6.45 petang, sebelum dia menyusul kira-kira dua jam kemudian.

"Bayangkan, dua insan tersayang pergi dalam masa dua jam... dan hari ini, saya sekali lagi diuji.

"Inilah dugaan yang saya sedang lalui. Namun, saya perlu menguatkan diri agar anak dapat meneruskan kehidupan pada masa akan datang," katanya.

Jenazah Nur Aini Umairah selamat dikebumikan bersebelahan pusara neneknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Mustaffa, Parit Sulong, jam 8.35 malam tadi.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, dilaporkan berkata seorang lelaki berusia 60 tahun yang juga pemandu van terbabit, sudah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 6-5-2026 10:07 AM
takziah pada keluarganya
besar ujian dia,
Quote mejaputih 6-5-2026 10:19 AM
kesiannya...dpn pagar sekolah kena hati2 dan sgt berwaspada especially sekolah rendah...salam takziah...
Quote Suchi 6-5-2026 10:28 AM
Waktu balik sekolah pukul berapa? Biasanya sekolah pagi 1pm kan?
Tapi waktu kejadian 12.40pm

Btw bab beli sesuatu tu iols bengang ngan acik2 peniaga kat luar sek anak iols
Sblm ni dorang niaga bebetul depan sekolah la ni kena jauh sikit laa tp bahaya gak sbb kena lintas jalan.

Dorang ni bengang bila ada yg adu mestila org adu.
Korang fikir nak cari rezeki korang je tp nyawa bebudak tu?
Larang la anak cemana pun jgn pergi beli selagi ada penjual dorang tetap beli juga
So sebaiknya takyah la ada penjual tu. Sek cina elok je depan tu takde peniaga ni semua.
Mai tang sek keb langsung takleh ditegur nnt katanya nak ganggu depa cari rezeki. Tak kesian ke blablablaa.
Quote A-Are 6-5-2026 10:37 AM
xda guard ke jaga area depan sekolah..budak2 lagi kot kena la pantau2 melintas
Quote prince_marhaen 6-5-2026 10:50 AM
Suchi replied at 5-5-2026 04:28 PM
Waktu balik sekolah pukul berapa? Biasanya sekolah pagi 1pm kan?
Tapi waktu kejadian 12.40pm

Sekolah kebangsaan (rendah) berbeza-beza, tapi normally ikut hari,
Isnin - 1.10pm,
Selasa-Khamis - 12.40-12.50pm
Jumaat - 12.10pm
Quote raihaneem 6-5-2026 10:57 AM
Suchi replied at 6-5-2026 10:28 AM
Waktu balik sekolah pukul berapa? Biasanya sekolah pagi 1pm kan?
Tapi waktu kejadian 12.40pm


Waktu sekolah ikut sekolah masing2..jnji cukup jam utk 5 hari belajar.

Ada 12.30..ada 1ptg..

Betoi sis...budak suka p beli jajan kat luar sekolah.

Pihak sekolah dah larang....depa niaga jauh dr sekolah..seberang jalan..kdg open bonet keta..

Budak apa lg..bercempera la melintas.

Gerammm.....
Sama la budak2 sek rendah ank saya ni.

P beli mknn luaq sekolah..lintas ikut dan depa jaaa

Pakcik jaga jln(yg diupah sekolah.)..punya la jaga jln utk bg budak melintas...tp budak2 ni pilij nak melintas ikit uska hati depa ja...
Quote talapia 6-5-2026 12:19 PM
kesiannya la.. mesti la dia terkilan.. lewat beberapa minit.. moga Allah kurniakan mereka keredhaan dan kesabaran. Imagine la sampai sekolah nampak orang kerumun.. dengar lak budak sebut nama anak dia.. gugur jantung rasanya macam tu.

kebiasaannya sekolah dah tetapkan SOP budak2 balik sekolah. Pihak sekolah dah sangat sedia maklum kesesakan dan risiko waktu2 puncak macam ni. Mungkin ada yang terlepas pandang...

Biasanya time puncak mcm ni... kereta guru2 pun tak dibenarkan keluar pagar masa ni. Kena tunggu la reda baru turn guru2 balik.Sekolah anak aku.. keluarkan budak2 berperingkat. Budak2 naik transport keluar dulu.. pastu baru yg parents ambil. Pastu dah slotkan siap2 kawasan menunggu. Ruang menunggu memang kat luar pagar. So bina penghadang besi tak bagi keluar ke jalan. Guard terjerit2.. dok marah budak2 main tepi jalan. Sampai pernah parents komplen kenapa guard marah2..

kang tak marah budak2 ni main lari2. budak sekolah rendah bukan dia faham lagi risiko. Guru bertugas pon biasanya ada je temankan dan monitor anak2 ni.

Mungkin betul la kata mak arwah.. mungkin anaknya ada nak membeli apa2 ke kat luar tu.. atau main kejar2 dengan kawan, kawan lari keluar dia kejar aje. Darjah 2 memang usia main kejar2 lagi.
Quote Suchi 6-5-2026 12:45 PM
raihaneem replied at 6-5-2026 10:57 AM
Waktu sekolah ikut sekolah masing2..jnji cukup jam utk 5 hari belajar.

Ada 12.30..ada 1ptg..

Yela tak sama kan
Sek anak iols senin-kamis kul 1pm
Jumaat 12.30pm.
Jumaat  sblm ni kul 12pm tahun ni tiba sek ubah waktu sian drebar van, masjid dah azan dorang masih tak siap hantar budak lagi.
Yelaa tunggu budak naik van dlm 10-15 minit so van gerak dr sekolah dlm 12.45pm dgn jem sana sini ermm tu tak ambil lagi yg sek men sudahnya taktau la sempat ke tak solat jumaat.

Budak2 yg suka beli mknn ni mak pak kena amik awal ler, selalu gak baca komen mak2 yg sengaja amik lambat sbb malas bersesak nampaknya pasnih dorang kena la dtg awal juga.
Bahaya ada di mana2 budak2 plak bkn takut apa2.
Quote hart_attack 6-5-2026 12:47 PM
Anak iols dok dlm pagar,mmg ada cikgu yg pantau. Tp darjah 1-3 ramai. Ada yg jenis helok dgr ckp,ada yg jenis nakal
Guard pun ada yg tgk saje ada yg suh masuk dlm.
Ada penjaga lalu lintas,parents byr lalu lintas skali dgn pibg.
Quote Skuau 6-5-2026 01:12 PM
Mmmm....KPM,sekolah,PIBG....apa citer???? Ni ha..'benda dah jadi'...baru nak buat sesuatu ke....baru kajian????
Quote kotakbaju 6-5-2026 02:12 PM
Suchi replied at 6-5-2026 10:28 AM
Waktu balik sekolah pukul berapa? Biasanya sekolah pagi 1pm kan?
Tapi waktu kejadian 12.40pm


Sekolah ni start balik pukul 12.30pm kot.

Anak meols darjah 1 balik pukul 12.10pm. Hari Jumaat 11.40am. Lagi la awal.

Depan sekolah dia pun takde penjaja2 ni.

Perasan tak ini kali kedua kes budak sekolah kena langgar dalam kawasan sekolah hingga melibatkan kematian, dalam tempoh berturut2.

Meols cuma risau lepas ni, kpm buat rules baru utk elak kejadian macam ni berulang. Antaranya sebarang kenderaan tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah. Waris2 perlu tunggu di luar kawasan sekolah untuk ambik anak.

Jenuh la meols nak menapak ambik anak. Sekarang ni hanya kenderaan waris yg anak Ppki sahaja dibenarkan masuk sampai ke depan blok diorg. Udahlah blok diorg jauh ke belakang sekolah. Depan gate utama ada kawasan parking yg luas. Buatnya kena parking situ, then berjalan kaki ambik anak. Habis la sunburn kulit meols
Quote adeqbun 6-5-2026 03:24 PM
raihaneem replied at 6-5-2026 10:57 AM
Waktu sekolah ikut sekolah masing2..jnji cukup jam utk 5 hari belajar.

Ada 12.30..ada 1ptg..

kalau biasa amik budak skola, guard 2-3 prg je..cikgu standby 2-3 org..budak2 lari sana sni..susah nak kawal..ko kawal kat sini..ade 4 lg cabang budak2 berlari..memula dlu ai bising gak skola anak ai x benarkan budak2 keluar dr pagar besar..kemain bersesak2 kat gate kecik..bile jd kes mcm ni bru fhm..nak kurangkan risiko budak2 bercempera
Quote adeqbun 6-5-2026 03:24 PM
raihaneem replied at 6-5-2026 10:57 AM
Waktu sekolah ikut sekolah masing2..jnji cukup jam utk 5 hari belajar.

Ada 12.30..ada 1ptg..

kalau biasa amik budak skola, guard 2-3 prg je..cikgu standby 2-3 org..budak2 lari sana sni..susah nak kawal..ko kawal kat sini..ade 4 lg cabang budak2 berlari..memula dlu ai bising gak skola anak ai x benarkan budak2 keluar dr pagar besar..kemain bersesak2 kat gate kecik..bile jd kes mcm ni bru fhm..nak kurangkan risiko budak2 bercempera
Quote Kitty_catz 6-5-2026 03:34 PM
skeri tengok smlm..


leper.. salam takziah
Quote renko 6-5-2026 03:50 PM
komen2 fb semua kemain baik lagi ye
kesian pakcik van la apa la
cuba keling yg bawa van tu
xdenya semua nk husnozon
lancau betul komen acah baik masing2
Quote eyansss 6-5-2026 03:53 PM
talapia replied at 6-5-2026 12:19 PM
kesiannya la.. mesti la dia terkilan.. lewat beberapa minit.. moga Allah kurniakan mereka keredhaan  ...

sekolah anak aku buat 3 pagar...  satu pagar kecik untuk pra, ppki dan darjah 1 keluar masuk...  satu pagar besar (tengah2) untuk pelajar lain masuk...  satu lagi pagar besar (dekat hujung sekali n sebelah pondok pengawal) untuk cikgu keluar masuk...  pagar dan area situ memang budak2 dilarang sama sekali lalu...  kena lalu bawah bangunan kalau nak ke tandas or kanti...  no crossing...  sebab nak elak perkara camni la...
Quote eyansss 6-5-2026 03:56 PM
kotakbaju replied at 6-5-2026 02:12 PM
Sekolah ni start balik pukul 12.30pm kot.

Anak meols darjah 1 balik pukul 12.10pm. Hari Jumaat 1 ...

parents ppki kami tak dibenarkan masuk dengan kenderaan, kecuali sorang ni je sebab dia pakai walker...  sebab nak elak perkara ni...  anak2 ppki lain memang diajar berdikari pegi kelas sendiri (cikgu akan kumpul beberapa orang n minta diorang jalan sama2)...  kalau yang ada sedikit isu, baru la parents dibenarkan hantar sampai ke kelas, tu pun jalan kaki ke dalam...

anak2 sek rendah ni semua comel2, memang takkan nampak dalam kereta, apatah lagi van yang tinggi tu...
Quote raihaneem 6-5-2026 03:58 PM
Suchi replied at 6-5-2026 12:45 PM
Yela tak sama kan
Sek anak iols senin-kamis kul 1pm
Jumaat 12.30pm.

Ada sekolah...tahap 1 dan tahap 2 wakti balik beza.
Kdg kesian budak melengung ja.

Tp mana budak yg ok...mmg pakat dok melengung tggu kat guard...tggu kat dewan.

Kesian kat budak yg parents suruh tggu kat luaq...
Kdg sampai tidoq atas rumput.
Quote kotakbaju 6-5-2026 06:15 PM
eyansss replied at 6-5-2026 03:56 PM
parents ppki kami tak dibenarkan masuk dengan kenderaan, kecuali sorang ni je sebab dia pakai walk ...

Lah yake uols, jauh tak antara tempat drop diorg dengan nak ke kelas diorg tu?

Anak meols ni autisme, memang payah nau nak berjalan jauh sikit, mula la nak mengamuk. Sekarang memang kami drop anak masing2 betul2 depan tempat menunggu khas diorg dekat bangunan ppki tu. Kira memang waris kna masuk keter dalam sekolah la sampai ke belakang nu. Kedudukan blok diorg jauh ke dalam. Ni kalau buat kena paking luar then berjalan kaki sendiri ke kelas diorg jenuh laa.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2026 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.057346 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top