CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga emas maut ditetak: Suspek pernah dirawat di Hospital Bahagia

5-5-2026 10:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1119| Komen: 9

 


PARIT – Suspek yang ditahan berhubung kes pembunuhan wanita warga emas di Taman Desa Aman, Ipoh mempunyai sejarah menerima rawatan kesihatan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian suspek yang berusia 52 tahun dipercayai berada dalam keadaan mabuk.

Pemeriksaan pihak polis di lokasi kejadian turut menjumpai beberapa tin minuman keras.

“Sampel darah suspek dihantar untuk dianalisis,” katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Peluncuran Modul Trend Terkini Jenayah Komersial di Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun suspek dan mangsa tinggal berhampiran, kedua-dua mereka tidak mempunyai hubungan rapat dan tidak mengenali antara satu sama lain kerana rumah terletak di lorong berbeza dengan jarak 50 meter.


Katanya, suspek akan direman sehingga 9 Mei ini bagi membantu siasatan. Setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan.

Dalam kes berasingan, polis mengesahkan siasatan kes anggota Unit Kereta Peronda (MPV) yang didakwa menerima ‘duit kopi’ seperti yang tular baru-baru ini telah selesai dan dirujuk ke Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.

“Untuk Kontinjen Perak, siasatan kes ini telah selesai dan kita telah majukan (serahkan) ke Bukit Aman untuk arahan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata, antara aspek yang diteliti termasuk pematuhan prosedur operasi standard dan pelaksanaan tugasan Unit MPV di lapangan.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang anggota polis dipercayai menerima wang daripada seorang lelaki di tepi jalan, sekali gus mencetuskan dakwaan salah laku.  


Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 6-5-2026 01:05 AM
Kaum mana?
Quote pocongkiutss 6-5-2026 01:21 AM
Rindu nk dgr ayat sindiran "sukorlah Meleyzia masih aman"
Quote pocongkiutss 6-5-2026 01:22 AM
tumpanglalu74 replied at 6-5-2026 01:05 AM
Kaum mana?

Rasa mcm yg meninggal tu mgkin chinese kut.. ada jiran duk panggil aunty. Tp.boleh jd juga yindia. Cumanya ipoh ni mcm area Chinese .. rasanyalah
Quote s@s@ 6-5-2026 08:17 AM
x pasti lagi la ni bunuh sebab mabuk ke sebab mental
Quote BoongaKertas 6-5-2026 08:59 AM
dalam keadaan mental pun masih kuat tonggang gak
Quote hayrin86 6-5-2026 09:04 AM
pocongkiutss replied at 6-5-2026 01:22 AM
Rasa mcm yg meninggal tu mgkin chinese kut.. ada jiran duk panggil aunty. Tp.boleh jd juga yindia. ...

Tidak kira kaum mana pun tiada bezanya
Quote pocongkiutss 6-5-2026 10:14 AM
hayrin86 replied at 6-5-2026 09:04 AM
Tidak kira kaum mana pun tiada bezanya

Iols reply acik porem tu tny kaum apa nokksss..adoi
Quote prettyuglybabe 6-5-2026 10:49 AM
pocongkiutss replied at 6-5-2026 01:22 AM
Rasa mcm yg meninggal tu mgkin chinese kut.. ada jiran duk panggil aunty. Tp.boleh jd juga yindia. ...

klu tak salah yang mati tu kelly..
tapi biasa kalau tetak tetak ni, memang geng kelly kan..
Quote hayrin86 6-5-2026 11:05 PM
pocongkiutss replied at 6-5-2026 10:14 AM
Iols reply acik porem tu tny kaum apa nokksss..adoi

Melayu Cina India tiada bezanya, yang bersalah itu diri masing-masing ok.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2026 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.056496 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top