CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada penyakit, ’skincare’ pun tak pakai... Nenek usia 107 tahun dedah rahsia panjang umur, paling penting memori masih tajam!

5-5-2026 05:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1011| Komen: 3

 



SEORANG wanita berusia 107 tahun mencuri perhatian ramai kerana masih sihat dan bertenaga seperti orang muda walaupun usianya sudah mencecah lebih satu abad. 

Dikenali sebagai 'nenek awet muda' dalam kalangan netizen, Ding Guijuan dari Cixi di wilayah Zhejiang, China tular selepas kisahnya dikongsi di media sosial.

Dalam satu temu bual, Ding berkongsi beberapa amalan harian yang ringkas tetapi konsisten, dipercayainya membantu dia kekal sihat dan panjang umur.

Petua yang diamalkan:

1. Mengamalkan diet vegetarian dan pemakanan sihat sejak sekian lama.

2. Menjaga rutin tidur yang baik serta makan dengan teratur.

3. Sentiasa berfikiran positif dan menjalani hari dengan gembira.

4. Tidak pernah menggunakan produk penjagaan wajah, namun masih mempunyai kulit yang baik.

5.Memilih makanan ringkas dan sihat yang dimasak di rumah sebagai rutin harian.

Dalam pada itu, anaknya, Chen Xingchao, 84, berkata fizikal Ding juga masih kuat, malah ingatannya sangat tajam.

Pemeriksaan kesihatan juga menunjukkan keadaan kesihatannya berada pada tahap yang baik secara keseluruhan. 

Menurut anaknya lagi, Ding tidak mempunyai sebarang penyakit yang sering dialami oleh kebanyakan warga emas.

Selepas tularnya kisah Ding, ramai netizen memuji keadaan kesihatannya serta cara dia menjalani kehidupan. 

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, purata jangka hayat rakyat kini mencapai 79.25 tahun.

Ia sekali gus mencerminkan peningkatan berterusan dalam tahap kesihatan dan kualiti hidup penduduk negara itu. -Agensi

Sumber : Mstar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 6-5-2026 11:43 AM
kulit dia nampak cantik

kedut pun tak bnyk sgt yg kita boleh expect utk seseorang yg berusia 107 tahun
Quote Farnor 7-5-2026 01:03 AM
sangat lawa kulit nenek ni.
Quote mejaputih 7-5-2026 08:28 AM
Huh xde penyakit, hebat nenek ni...harap anak dia pun umur panjang sbb heart break kalau ank meninggal dulu...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2026 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.039896 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top