CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Sekurang-kurangnya onani tiga kali sehari!” - Pemuda luah derita alami hiperseksualiti, saranan doktor hadkan ’screen time’ tak berjaya

5-5-2026 05:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1163| Komen: 10

Gambar Hiasan AI

TAHAP keinginan seksual setiap individu tidak sama dan boleh berubah mengikut faktor seperti tekanan, kesihatan, gaya hidup serta hubungan dengan pasangan. 

Dalam sesetengah keadaan, keinginan ini juga boleh menjadi berlebihan hingga menimbulkan kecenderungan ketagihan jika tidak dikawal dengan baik.

Menurut seorang pemuda tempatan di aplikasi Threads, dia memiliki keinginan seksual yang tinggi sehingga pernah mendapatkan rawatan dengan doktor.

"Beberapa bulan lepas, aku pernah kena kecam sebab kongsi tentang hiperseksualiti yang aku alami. Masalah ini sangat teruk.

"Sekurang-kurangnya aku kena ejakulasi tiga kali sehari. Lepas dah jumpa doktor, dia suruh hadkan masa aku bermain telefon dan teknik itu berkesan.

"Tapi ia tak berkekalan lama. Sekarang aku dah ketagih balik," tulis pemuda itu.

Perkongsian pemuda itu turut dihujani pelbagai respons netizen.

"Masa saya umur 25 hingga 38 tahun, sehari dua kali saya ejakulasi. Kalau hujung minggu, sampai empat kali sehari.

"Umur berapa sekarang? Kalau 20-an atau 30-an, wajar je selalu ejakulasi. Nanti 40-an, mesti akan berkurang," tulis netizen.

Apa itu hiperseksual?


Menurut Clevelend Clinic, gangguan tingkah laku seksual kompulsif (CSBD), juga dikenali sebagai hiperseksualiti atau ketagihan seks, merujuk kepada pemikiran, dorongan atau tingkah laku seksual yang kuat dan sukar dikawal.

Apakah punca hiperseksualiti?


Pakar kesihatan masih belum mengetahui punca sebenar CSBD.

Namun, ia dipercayai berlaku hasil gabungan perubahan dalam otak dan corak tingkah laku yang dipelajari.

Antara faktor yang mungkin terlibat termasuk:

- Perubahan bahan kimia otak: Aktiviti tinggi bahan kimia tertentu (neurotransmiter) seperti dopamin, norepinefrin dan serotonin boleh meningkatkan dorongan serta tingkah laku seksual.

- Keadaan atau kecederaan otak: Masalah yang melibatkan bahagian otak yang mengawal tingkah laku (seperti lobus frontal, amigdala atau korteks prefrontal) mungkin memainkan peranan. Ini termasuk demensia, epilepsi atau gangguan bipolar.

- Pembentukan tabiat: Tingkah laku yang diulang boleh menjadi kebiasaan. Dorongan mungkin terasa automatik walaupun perbuatan itu tidak lagi memberi kepuasan.

- Kelegaan sementara: Aktiviti seksual mungkin memberi rasa lega untuk jangka masa pendek, sekali gus menguatkan tingkah laku tersebut walaupun tekanan muncul semula kemudian.

- Kesan ubat: Sesetengah ubat yang mempengaruhi bahan kimia otak, seperti dopamin, boleh mencetuskan atau memburukkan keadaan ini.

Rawatan


Rawatan biasanya melibatkan terapi untuk memahami corak dan pencetus tingkah laku. 

Ia juga boleh merangkumi rawatan bagi masalah kesihatan mental berkaitan serta membina cara yang lebih sihat untuk mengurus tekanan dan emosi.

Sumber : Mstar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jitu 5-5-2026 08:23 PM
fuh dahsyat
mesti lemah tenaga batin ni
Quote kotakbaju 5-5-2026 09:19 PM
Jitu replied at 5-5-2026 08:23 PM
fuh dahsyat
mesti lemah tenaga batin ni

Apa maksud lemah tenaga batin tu?

Bukan ke mamat ni kata sehari sampai tiga kali onani, maksudnya terlebih tenaga batin la tu

Ini kalau kawin pun tak leh settle masalah ke cmne? Kot sorang bini tak cukup, leh tambah sampai 4
Quote s@s@ 6-5-2026 08:25 AM
introvert ke?

jenis berkurung dalam rumah, energy berlebihan x tau nk salur kat mana
Quote batmana 6-5-2026 10:12 AM
jenis tak bergaul dgn masyarakat ni, tak rajin basuh tandas, tak reti mengemas rumah bila ada masa lapang sebaliknya layan porn dlm tepon.. ataupun jenis tk join urus jenazah, tak rajin pi gali kubur tengah malam ke apa, jadila cmni
Quote supernaturalee 6-5-2026 11:01 AM
batmana replied at 6-5-2026 10:12 AM
jenis tak bergaul dgn masyarakat ni, tak rajin basuh tandas, tak reti mengemas rumah bila ada masa l ...
tak rajin pi gali kubur tengah malam ke apa



hah?? dh kenapa nk kena rajin gali kubur malam2?

banyak kematian ke caner

tak kan suka suki nk pi gali so that die tak beronani??



Quote IzzahF 6-5-2026 11:08 AM
bawak2 hantor budak ni buat keje2 construction ke...kat kilang yg 24jam ko kena bergerak...kalo hidup memikir nak beromen je mmg ini lah jadinya
Quote akido_kido 6-5-2026 11:40 AM
tengok porn lah puncanya..tak payah sembang hyperseks ke apa lah kalau memang mencari...jenis banyak duduk rumah lagi lah. lain lah kerja tak kan 3 kali sehari ko nak ke tandas office melancap pulak
Quote Jitu 6-5-2026 02:11 PM
kotakbaju replied at 5-5-2026 09:19 PM
Apa maksud lemah tenaga batin tu?

Bukan ke mamat ni kata sehari sampai tiga kali onani, maksudny ...

maksudnya bila dgn pasangan tak perform
sbb onani rasangan dia berbeza dgn hubungan intim
onani seminit pun dah setel walaupun 10 kali sehari
tu kata lemah tenaga batin

Quote kotakbaju 6-5-2026 02:17 PM
Jitu replied at 6-5-2026 02:11 PM
maksudnya bila dgn pasangan tak perform
sbb onani rasangan dia berbeza dgn hubungan intim
onani se ...

Yeke, mahapkan lah meols, meols taktau hihi
Quote Orenn1 6-5-2026 02:32 PM
@Kak-Rohana  volunteer needed peluang ko telan ayer mani free bergelenn2 kohkohhh sesuai sgt dgn dia

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2026 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.086127 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top