CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Lelaki Jangan Miskin, Dunia Jahat Dengan Lelaki Miskin” – Hantaran Suami Norreen Jadi Perhatian

4-5-2026 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2928| Komen: 32|Original author: Inigo-Montoya


raaazi.png


Suami kepada pempengaruh media sosial, Norreen Iman iaitu Razzi Razak menjadi perhatian apabila memuat naik video memaparkan sedang bekerja sebagai tukang servis penghawa dingin.

Hantarannya di TikTok itu menjadi perhatian, menggunakan suara latar belakang seolah memberi gambaran perjuangan lelaki dalam kehidupan.

“Lelaki jangan miskin. Dunia jahat dengan lelaki miskin. Lelaki tak takut mati cuma takut menjadi seorang yang tidak berguna. Berat jadi lelaki. Kita menghadapi kehidupan untuk menghidupi kehidupan,” tulis hantaran berkenaan.

Dalam pada itu, Razzi berkata dia seorang yang takut dengan ketinggian namun perlu melawan ketakutan tersebut demi kelangsungan hidup.

“Dari seorang yang gayat, terus hilang gayat aku sekarang,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buatnya serta mendoakan agar dipermudahkan segala urusan.

Terdahulu, Norreen dan suaminya hadir pada Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk prosiding tuntutan pengesahan lafaz cerai pada Rabu lalu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 4-5-2026 02:27 PM
betullah caption heols tu. dunia ni keras. maybe lg sesuai jd sahabat demi anak2. dr jd spouses, maybe toksik to each other.
Quote prince_marhaen 4-5-2026 02:30 PM
Before this keja tak tetap kan? banyak buat freelance kan?

bini je buat content merepek2 sampai dah jadi artis semula, tonggang tonggek gi event, buat content, amik job berlakon...beli rumah, beli kereta...

...takkan sekarang baru nak rasa tu semua tanggungjawab kau? motips buat content play victim?
Quote MissVixen 4-5-2026 02:35 PM
Dah nikah memang itu la tanggungjawab sebagai suami dan ayah. Rajin benar ye mengadu di insta. Kalau di rumah macam mana la agaknya. Nasib la si noreen tu kerja, kalau tak lagi teruk lakinya bising agaknya.
Quote Edonut 4-5-2026 02:52 PM
miskin xpa janji cukup sedia mkan minum pakai
miskin xperr janji RAJIN
miskin xperr janji setiaaa, sayang bini anak2

nie miskin pun miskin pastu pemalasss pulak kot atas, haa itu memang kejam untuk anak bini yahhh

apapun miskin xpernah salah... tiberrrrr
Quote annehuda 4-5-2026 02:53 PM
zaman skrang ni walaupun ko bukan laki orang, tetapla kena kerja jugak. takkanla ko nak harapkan makan tanggung berak cangkung sampai ke tua?  
Quote nordin84 4-5-2026 02:54 PM
lah...gi mahkamah utk sah lafazkan cerai bkn nk tuntut cerai,norren ke yg ceraikan hang..aneh2 ea
Quote sfrnna 4-5-2026 03:03 PM
Dia ni sejenis ego jatuh bila wife dah success kot. Patutnya jd la PA wife ke apa kan. Kau ceraikan dia kot. Bukan dia ceraikan ko. Dulu before femes si bini banyak cerita zaman susah sanang bersama tu. Nampak macam ko yg problem
Quote adeqbun 4-5-2026 03:29 PM
Lembikkkk laaaa ko ni zantan
Quote vender 4-5-2026 03:34 PM
Ko expect apa ha? Nak cari perempuan utk tanggung hidup ko ke? Species gini la yg cari bini keje gomen buat hutang beli motor besar nak show off kat awek.
Quote sleepandream 4-5-2026 04:42 PM
orang keje servis aircond sekarang masyuk apa...
dari pengalaman iols yang bila call mesti 5-6 hari kemudian baru dtg...
Quote Miawlover 4-5-2026 04:47 PM
Tu pentingnya cari yg sekufu. Enggang dgn enggang, pipit dgn pipit, gajah dgn gajah..
Quote sukacactus 4-5-2026 05:17 PM
Betul la tu
Jadi laki ke pompuan ke jgn malas2, jgn harapkan org lain utk kesenangan hidup kau
Quote siasia 4-5-2026 06:03 PM
Ada org miskin dgn pakej malas skali. Aku teringat ada program kat tv abg kejadah tu, lupa dah nama dia. Dia buat program dgn budak2 uni mana tah, mcm program csr la, g rumah org miskin.

Diorg tlg bersihkan rumah org tu. Korang, kita faham la bila keje x menentu, duit tak berapa nk ada.. tp bukanlah alasan tak kemas dan bersihkan rumah kan. Bersepah tu 1 hal, siap ada busut ya dlm rumah tu. Adik2 uni tu yg bersihkan.

Aku tatau la apa jd rumah tu lps dah bersih kemas tu kalau dah mcm tu malasnya.

Sorry uols OT plak.
Quote bottombikini 4-5-2026 06:26 PM
perempuan pun sama nok
bukan laki je kena ada duit
Quote KamikuP 4-5-2026 07:20 PM
Dah mcm yahudi mabok play victim le pulek.. tengok muka pon tau sejenis lembam makan reta bini bewak hidop
Quote azimodin 4-5-2026 07:34 PM
Dunia keras regardless of gender. Lelaki miskin, susah nak tanggung anak orang. Perempuan miskin, mungkin akan sangkut dalam cycle miskin juga. Tu belum kira lagi banyak "orang gila" kat luar sana.. yg jadi mangsa tikam bertubi2, yang kena pukul sampai keguguran.
Yg paling penting, hidup jangan jadi jahat.. insha'Allah ada jalan.
Quote silampumeja 4-5-2026 09:18 PM
Org bleh speku macam2 lah kan. Dalam mencari Tuhan ni gitulah noreen. Kita akan terus diuji. Lakinya mula cari duit sendiri ni skrg. Sbb sebelum ni takde pun kerja tetap and assist noreen je kan. Skrg noreen mcm dh ada manager or P. A ..
Quote Jitu 4-5-2026 09:52 PM
org lelaki takde nak mengadu mcm ni
bt malu je la

nnt nikah lain je
Quote boudinniA 4-5-2026 10:12 PM
Kalau takut jadi tak berguna, rajin2kanlah diri tu. Ini tidak ada pula masa tulis2 macam ni. Tak perlu nak tagih simpati play victim. Lelaki lemah saja suka tulis2 macam ni.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2026 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.457607 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top