CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

89 kanak-kanak Israel bersekolah secara haram di Thailand

3-5-2026 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1322| Komen: 6|Original author: ultra78

 

Pihak berkuasa menyerbu sekolah di Kampung Moo 3, Koh Phangan. - ThaiRath

BANGKOK – Pegawai-pegawai keselamatan menyerbu sebuah sekolah di Koh Phangan yang dikendalikan secara haram oleh pengendali Thailand dan Iran, sebelum menemui 89 kanak-kanak Israel bersekolah di situ, lapor akhbar Bangkok Post.

Serbuan dilakukan di Sekolah Kanak-Kanak Arki, Kampung Moo 3 di pulau pelancongan tersebut pada pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan), kelmarin.

Menurut Komando Operasi Keselamatan Dalam Negeri (Isoc), lokasi itu dilesenkan sebagai pusat penjagaan kanak-kanak untuk 18 kanak-kanak berumur dua hingga lima tahun, tetapi pegawai menemui 89 kanak-kanak Israel berumur antara 2 hingga 12 tahun.

Seramai 40 pekerja dari Myanmar bekerja di sekolah itu serta 12 pekerja dari negara lain.

Pegawai menahan pasangan Iran, Aidin Kishipoor dan Ndin Kishipoor, masing-masing berumur 45 tahun serta Prathumthip Yu-in, seorang wanita Thailand berusia 61 tahun.

Mereka didakwa mengendalikan sekolah tidak formal swasta secara haram, menggaji warga asing tanpa permit kerja, gagal melaporkan pekerjaan warga asing dan gagal mematuhi undang-undang serta peraturan perlindungan kanak-kanak.

Menurut laman webnya, Arki Kid mengenakan yuran pengajian sebanyak 64,000 baht (RM7,800) bagi setiap kanak-kanak setiap semester, tetapi masih samar-samar sama ada kurikulum tersebut diiktiraf secara rasmi.

Isoc berkata, tindakan itu diambil sebagai tindak balas kepada aduan tentang warga asing yang mengendalikan perniagaan yang boleh mengancam keselamatan negara.

Koh Phangan menjadi destinasi yang sangat popular bagi rakyat Israel, dengan dianggarkan 2,500 daripada mereka menetap di sana. – AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 3-5-2026 01:45 PM
Pati Telend mata biru banding pati malezia bekerak.
Quote ninja boy 3-5-2026 01:59 PM
Thailand welcome pelancong negara berperang
Quote cmf_jeangrey 3-5-2026 08:42 PM
Tu dia angan2 greater israel sampai ke far east..


Quote kelip2_07 4-5-2026 10:35 AM
thai nk repair keturunan ms nie la
Quote Decaffeinated 4-5-2026 11:17 AM
Tapi pengusaha pasangan warga Iran.
Quote nisako 4-5-2026 03:17 PM
habis la thai lps ni depa claim tanah dia org pulak

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2026 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.045585 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top