CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anuar jual nasi lemak 50 sen sebungkus, air RM1 secawan

3-5-2026 01:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1296| Komen: 6|Original author: ultra78

 

Anuar membungkus nasi lemak yang dijual 50 sen sebungkus.

JASIN - Dahulu nasi lemak dijual dengan harga 30 sen sebungkus namun kini makanan itu dijual pada harga 50 sen, manakala minuman pula hanya RM1 secawan.

Pemilik warung, Anuar Md Sani, 54, berkata, walaupun bergelut isu kenaikan harga, kedainya di Jalan Bukit Tembakau, Umbai di sini masih mengekalkan harga tersebut sejak dua dekad lalu.

Menurutnya, nasi lemak di kedainya dijual dengan harga murah bagi membantu pelanggan tetap yang terdiri daripada penduduk kampung, nelayan dan pekerja sekitar.

“Pernah ada pelanggan luar tidak percaya nasi lemah semurah itu. Dia beli 10 bungkus. Apabila saya beritahu harganya cuma RM5, dia terkejut dan berpatah balik.

“Orang kampung di sini memang sudah biasa, tetapi orang luar memang ramai yang terkejut,” kongsinya.

Bercerita lanjut, warung itu berusia 50 tahun merupakan peninggalan ibu bapanya sebelum dia mengambil alih perniagaan tersebut sekitar 20 tahun lalu.

“Dulu ibu bapa saya jual cuma 30 sen tapi lepas saya ambil alih, saya naikkan sedikit harga kepada 50 sen dan kadar itu kekal hingga sekarang.

“Bukan nasi lemak sahaja, semua minuman di warung ini juga saya jual pada harga RM1,” katanya.

Katanya, walaupun bahan asas seperti santan, beras dan gula semakin mahal, dia tidak terfikir untuk menaikkan harga kerana ia menjadi daya penarik pelanggan ke warungnya.

“Ramai yang datang kerana mahu membeli nasi lemak 50 sen, kemudian ada yang menambah lauk lain serta membeli minuman.

“Walaupun keuntungan tidak besar, saya berpuas hati kerana dapat membantu orang kampung menikmati makanan pada harga berpatutan,” katanya.

Tambahnya, lebih 200 bungkus nasi lemak terjual setiap hari. Dia berniaga dari jam 7 pagi hingga 3 petang setiap hari kecuali Jumaat.

Selain nasi lemak biasa, dia turut menjual nasi lemak beras basmati pada harga RM2.50 serta pelbagai lauk untuk makan tengah hari.

“Selagi masih mampu menampung kos operasi dan membayar upah tujuh pekerja, saya akan terus mengekalkan harga nasi lemak 50 sen dan minuman RM1.

“Bagi saya, berniaga bukan semata-mata untuk cepat kaya, tetapi yang penting pelanggan terus datang supaya perniagaan dapat bertahan lama,” katanya.

Anuar menunjukkan nasi lemak 50 sen dijual bukan sekadar tradisi, sebaliknya menjadi ‘penarik’ utama pelanggan untuk ke warungnya di Umbai, Jasin yang turut menjual lauk pauk lain termasuk asam pedas kepala ikan, selain patin dan belangkas masak lemak.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 3-5-2026 12:53 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 2-5-2026 09:08 PM

Saya tengok di YouTube masih ada orang jual nasi campur berharga Rm2 di kl

Bermula dari 8.40
[youtube]cUnW2V5UePA[/youtube]
Quote plywood 3-5-2026 05:33 PM
Respeklah pacik.. tp biasa orang ambil lauk lagi mahal ssedikitlah
Quote Hessa 4-5-2026 12:36 PM
peniaga berjiwa besar. biasa peniaga mcm ni dia nak volume besar.
Quote BungaKencana 4-5-2026 12:55 PM
blh terai nnt tp mesti ramai gila
Quote ragazza 4-5-2026 01:52 PM
Kat mersing , tempura udang seekor singgit... udang fresh, size sederhana besar & crunchy tepung tu... pisang goreng cheese selambak rm6, yang kalau volume sama kat jb dah jadik rm20
Quote prince_marhaen 4-5-2026 02:42 PM
200 bungkus sehari x 50 sen = RM100. Saja2 buat ni.

Lain-lain dia jual nasi & lauk pauk harga normal pasaran sekarang kan.

Tapi baguslah, ramai je pagi-pagi memang nak makan alas perut je, kawasan kampung kan, tengahri balik rumah makan kat rumah.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2026 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.362997 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top