CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

ZRA serta sukarelawan diculik telah selamat tiba di Istanbul

2-5-2026 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3413| Komen: 38|Original author: Raline


Screenshot 2026-05-02 103002.png



PETALING JAYA – Semua sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia yang sebelum ini diculik tentera rejim di perairan antarabangsa berdekatan Kepulauan Crete, Greece telah selamat tiba di Turkiye.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Rahmat Sumud Nusantara, pesawat yang membawa kesemua sukarelawan itu tiba di Istanbul kira-kira pukul 3 pagi tadi.

“Alhamdulillah ayahanda Haji ZRA Strim dan 180 sukarelawan sudah selamat mendarat di Istanbul pukul 3 pagi selepas diculik IOF di perairan antarabangsa.
“Apakah mereka akan meneruskan pelayaran atau pulang itu akan ditentukan oleh jawatankuasa pemandu (steering Comittee) Sumud Flotilla,” tulisnya.

Pada hantaran sama, Rahmat turut memaklumkan bahawa dua lagi sukarelawan masih ditahan tentera rejjim dan dia mahu seluruh masyarakat terus bersolidariti untuk kesemua sukarelawan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seramai 175 aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia yang menyertai GSF 2.0 serta diculik di perairan antarabangsa berdekatan Kepulauan Crete, Greece telah dilepaskan di Pelabuhan Lera Petra di Kepulauan Crete semalam.

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, kesemua aktivis berkenaan diculik oleh rejim Zionis Israel dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Heraklion menaiki bas yang disediakan oleh pihak Greece.

Jelas beliau, Kerajaan Turkiye telah menyediakan sebuah pesawat berkapasiti 160 penumpang untuk membawa pulang 20 aktivis kemanusiaan warga negara Turkiye.

Malah katanya, Kerajaan Turkiye juga mempelawa mana-mana aktivis GSF untuk turut terbang pelepasan penerbangan tersebut dari Lapangan Terbang Antarabangsa Heraklion dijangkakan pada pukul 10.15 malam waktu Malaysia dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pukul 11.45 malam waktu Malaysia. – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 2-5-2026 12:04 PM
Best betul jalan2 perabis duit rakyat..hmm
Quote kotakbaju 2-5-2026 12:10 PM
So lepas ni apa plan pula?

Balik kl, lepas tu plan pula utk next pelayaran, lepas tu belayar then kena tangkap dgn tentera  zionist, lpas tu minta rayuan utk dilepaskan, lepas tu dah dibebaskan, lepas tu balik semula kl, lepas tu ulang lagi dan lagi
Quote Decaffeinated 2-5-2026 12:47 PM
memang minta di'culik' ka apa ni

banyaknya duit terbang sana sini tu ihsan Turkish Airlines ka? serious nak tau ni
Quote penmerah 2-5-2026 12:56 PM
So ada sambutan makan2 atau nyanyi2 kegembiraan kah?
Phuihhhh
Sekor pun akak tak sokong
Quote Skuau 2-5-2026 12:56 PM
Ni baru adventures.....hebat korang...dapat pengalaman cam ni..ini kaloo..ada rekrut askar baru...mesti korang xkan agak2 'masuk'.
Quote Skuau 2-5-2026 01:03 PM
kotakbaju replied at 2-5-2026 12:10 PM
So lepas ni apa plan pula?

Balik kl, lepas tu plan pula utk next pelayaran, lepas tu belayar then  ...

Turun ikut laut...balik ..naik flight....turun ikut laut...balik naik mas kapai...turun ikut laut....balik naik kapal terbang.....
Quote ultra78 2-5-2026 01:34 PM
Decaffeinated replied at 2-5-2026 12:47 PM
memang minta di'culik' ka apa ni

banyaknya duit terbang sana sini tu ihsan Turkish Airlines ka? ser ...

Nampaknya tiada drama. Lepas ni balik ke Malaysia dan dijulang sebagai hero
Quote silance 2-5-2026 02:49 PM
Pejuang perang sejati terhebat sumut rohongok pulak masuk malezia terus tak keluar. Makan subsidi hak korang. Lagi teruk.
Quote blue_blur 2-5-2026 03:14 PM
buat apa pergi lepas tu tak sampai matlamat lepas tu menyusah kan orang lain?

lain kali, group berikut, setiap sorang deposit 300k untuk kos bawa pulang..
Quote Blu3butter 2-5-2026 03:23 PM
Entah le malas nak cakap apa2 sbb yg gi pun org2 bijak pandai
Tapi.... Lg baik Lu pikir le sendiri
Quote allshares 2-5-2026 11:54 PM
Sumud ni tujuan mmg nk org talk about their journey, supaya org tak lupa perjuangan utk bebaskan palestin. Tapi masalahnya ko menyusahkan org, kalau setakat 1.0 tu ok lah, pastu pakai la taktik lain plak utk bagi org terus bercakap psl palestin. Ni still sama naik kapal berlayar kena halau minta diselamatkan, dah basi dah, lama2 org pun meluat dan rasa korg menyusahkan org.

PLUS kebanyakan yg pegi semua jenis gila glamour, blk buat podcast buat live sampai org rasa tujuan korg pegi semata2 utk naikkan nama sendiri, so buat busuk je nama perjuagan tu.
Quote fattymah 3-5-2026 12:12 AM
Edited by fattymah at 3-5-2026 12:14 AM

Berjaya katanya

“Ia satu kejayaan dunia menekan negara haram maha zalim menukar pelan tindakan mereka dan tidak ‘dibebankan’ dengan kehadiran aktivis di tempat mereka yang sedang bergolak.

“Kami menyalakan suar sebaik mendapat berita gembira ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Chef de mission
Quote fattymah 3-5-2026 12:20 AM
Mohon makan kismis berbanyak macam tak berapa function je otaknya
Quote likilu 3-5-2026 12:37 AM
kotakbaju replied at 2-5-2026 12:10 PM
So lepas ni apa plan pula?

Balik kl, lepas tu plan pula utk next pelayaran, lepas tu belayar then  ...

Frust le kalau kena hantar balik kl terus

Betul betul takde drama nak cite dalam podcast dalam ceramah madani pru16

Ujian lain macam perjuangan kali ni
Quote Buritan 3-5-2026 07:12 AM
Skuau: Ni baru adventures.....hebat k ...
Skuau: Ni baru adventures.....hebat k ...


Skuau: Ni baru adventures.....hebat k

...


Tu aku heran nape ashkar tak pi
Quote AbukRokok 3-5-2026 01:27 PM
nasib baik Ahmad faezal cirit awal
maklumlah 1st timer
Quote tupaiterbang 3-5-2026 01:46 PM
apa citer jumpa kondom bersepah atas kapal tu?
Quote Azharitubunga 3-5-2026 03:28 PM
Pergi untuk di tahan?

Lori kontena elok jer masuk gaza hantar bantuan

Kalau ada jalan susah, kenapa cari jalan senang?
Quote kotakbaju 3-5-2026 04:34 PM
tupaiterbang replied at 3-5-2026 01:46 PM
apa citer jumpa kondom bersepah atas kapal tu?

Kat mana uols tengok tau pasal ni?

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2026 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.342329 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top