CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita warga asing maut terjun dari balkoni Aras 3 KLIA Terminal 2

2-5-2026 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5746| Komen: 62|Original author: FOTHER-MUCKER

 



PUTRAJAYA: Seorang wanita warga asing maut selepas terjun dari kawasan luar balkoni Aras 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Sepang, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi, berkata kejadian jam 2.20 petang apabila wanita berusia 27 tahun itu dilihat sedang duduk di kawasan luar balkoni Aras 3 dalam keadaan menangis dan menjerit secara agresif.

"Petugas dan pengawai keselamatan cuba menenangkan wanita terbabit, namun tidak berjaya sehingga seorang anggota keselamatan KLIA cuba mendekati untuk menyelamatkannya.

"Namun wanita terbabit bertindak meronta dan terjun ke kawasan Loading Bay KLIA2," katanya menerusi kenyataan malam ini.

Ravi berkata, pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian memberi rawatan kecemasan dan wanita berkenaan dibawa ke Hospital Putrajaya bagi rawatan lanjut.

Katanya, kira-kira jam 5 petang, pihak Hospital Putrajaya mengesahkan wanita terbabit sudah meninggal dunia.

"Semakan mendapati wanita terbabit adalah warganegara China berusia 27 tahun dan dijadualkan menaiki penerbangan pulang ke China pada 2 Mei.

"Punca kejadian masih lagi didalam siasatan polis. Siasatan dijalankan mengikut Prosedur Kematian Mangejut (SDR)," katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 40 saat memaparkan seorang wanita yang berada di tempat tinggi di kawasan KLIA Terminal 2 jatuh dipercayai cubaan membunuh diri.

Dalam kes berasingan, tular rakaman video seorang lelaki ditemui tertiarap di kawasan rumput dipercayai jatuh di lapangan terbang sama malam ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan status mangsa berkenaan. Ravi yang mengesahkan kejadian itu berkata kes berkenaan masih dalam tindakan pihaknya.

Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 2-5-2026 12:53 AM



[fbp]https://www.facebook.com/reel/986677400512161/?fs=e&fs=e[/fbp]
https://www.facebook.com/reel/986677400512161/?fs=e&fs=e
Quote penmerah 2-5-2026 01:25 AM
Hurmmmmm kang  ramailah nak salahkan abam klia
Though mcm tak ikut piawai sop menyelamat tapi akak kesian kat abam klia tu mesti dipanggil polis, pihak klia serta ngok
Quote tumpanglalu74 2-5-2026 01:29 AM
FOTHER-MUCKER replied at 2-5-2026 12:53 AM
https://www.facebook.com/reel/986677400512161/?fs=e&fs=e

Kenape tak panggey abam bombe??  Kalo udah pakgad abangla yang cube memujok aku pon mau terjun..
Quote silance 2-5-2026 01:29 AM
Seramnye gambor atas tu........
Quote ninja boy 2-5-2026 01:52 AM
Edited by ninja boy at 2-5-2026 01:29 PM

Aiyo ituhari ai baru berkeliaran klia2 naik turun flight lepak mkn2 soping
Kira klia tempat bunuh diri, bahan terlarang utk bunuh jong nam, tempt wargasing menyeludup, tempat menginap percuma, tahanan ehati lari, ituhari nampak tahanan kepala botak digari, macam2 la klia2
Quote Suchi 2-5-2026 05:41 AM
Kes : 61 TIKAMAN, WANITA MUDA,

Mangsa: Nurfisya Zulkifly, 19 tahun

Lokasi kejadian: Ketereh, Kota Bharu, Kelantan

Status: Pelajar semester ketiga di Kolej Poly-Tech Mara ( Pendidikan Awal Kanak2)

Latar belakang: Baru seminggu kembali ke kolej selepas cuti semester di Kuala Kangsar, Perak ( Karai, Enggor, Perak)

Maklumat kejadian:

Mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayat ditinggalkan di kawasan sawah padi

Mayat ditemui oleh penduduk kampung kira-kira jam 12.30 tengah malam

Hasil bedah siasat:
61 kesan tikaman pada badan, leher dan muka

Maklumat keluarga:

????Abang sulung, Muhammad Faris Zulkifly (21 tahun) menerima panggilan polis sekitar jam 12.30 tengah hari

????Keluarga bertolak dari Kuala Kangsar ke Kelantan dan tiba sekitar jam 8 malam
Maklumat lanjut kejadian hanya diketahui melalui media sosial ketika dalam perjalanan

Perkongsian keluarga:

????Kali terakhir bertemu semasa mangsa pulang bercuti semester

????Tiada perubahan pelik pada tingkah laku mangsa

????Mangsa ada berkongsi keinginan makan makanan kegemaran seperti ayam penyet
Mangsa bercita-cita membeli kereta Mini Cooper selepas tamat pengajian

Maklumat mangsa:

????Mangsa merupakan anak kedua daripada empat beradik dan satu-satunya anak perempuan. Sepatutnya menjalani pengajian selama tujuh semester

Harapan keluarga:

Pelaku ditangkap segera dan dikenakan hukuman setimpal

????Kejadian ini mengingatkan kita supaya sentiasa peka terhadap keselamatan diri, terutamanya apabila berada jauh dari keluarga.

????Elakkan berjalan bersendirian di tempat sunyi, maklumkan lokasi kepada ahli keluarga atau rakan, dan segera laporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat sebarang situasi mencurigakan.

✅Al Fatihah buat mangsa

✅Semoga mangsa dapat keadilan

#kptm #kptmkb #tikam #ketereh
Quote noor2 2-5-2026 07:29 AM
Tengok gambar sebelum mati pun dah seram...
Quote ultra78 2-5-2026 08:31 AM
Betul ke SOP mcm tu? Bukan ke bomba kena prepare tilam atau jaring dahulu ke sebelum approach orang yang nak bunuh diri tu? Di Malaysia ni dah banyak kes cubaan bunuh diri dan bomba dan train untuk benda ni.

Contoh

Screenshot 2026-05-02 082901.jpg

Quote Minami2013 2-5-2026 09:08 AM
Tak sempat panggil bomba dah terjun agak nya.
Quote batmana 2-5-2026 09:11 AM
dia terjun sebab org tu approach

apa baru keluar gua ke org tu, tk penah tgk scene drama/film org nk bunuh diri ke cmne bomba handle bagai? nape tak tunggu pakar datang? bomba pun ada SOP dia
bukan main terjah

harap org tu kena charge cubaan membunuh juga
Quote Ai_kiu 2-5-2026 09:12 AM
So ada hantu cina baru la kat KLIA nanti
Berkeliaran
Quote blue_blur 2-5-2026 09:19 AM
masak la polis bantuan tu nak menjawab.... kot tu pun kalau kucing, kita kena tenang kan dia dulu...
Quote tumpanglalu74 2-5-2026 09:32 AM
Suchi replied at 2-5-2026 05:41 AM
Kes : 61 TIKAMAN, WANITA MUDA,

Mangsa: Nurfisya Zulkifly, 19 tahun

Silap tingkap sis..
Quote Decaffeinated 2-5-2026 09:50 AM
video ni akan tersebar serata dunia bersedia lah untuk kena komen oleh warga Colombia tentang kehaukan SOP Malaysia.
Quote kaedahnya 2-5-2026 10:22 AM
Aku baca kat twitter (belum tengok threads), ramai duk kutuk polis bantuan/Pak guard sebab tak ikut SOP, entohla, yang salahkan bomba sebab lampi pun Ada.
Quote fushimi 2-5-2026 10:44 AM
aku dari dulu tk faham kenapa orang kalau nak bunuh diri kena banyak drama.kena duduk duduk dulu.nak kna pujuk memujuk dulu.Kenapa kau tak terjun terus je.Kan senang settle.Agaknya kalau aku jadi bomba aku tak pujuk aku pergi sergah je.



Quote mejaputih 2-5-2026 10:49 AM
ultra78 replied at 2-5-2026 08:31 AM
Betul ke SOP mcm tu? Bukan ke bomba kena prepare tilam atau jaring dahulu ke sebelum approach orang  ...

Rasanya bomba x tiba lagi...guard yg dtg pujuk...
Quote FOTHER-MUCKER 2-5-2026 11:02 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 1-5-2026 07:06 PM



[fbvlink]https://fb.watch/GR8YticX6Z/?fs=e[/fbvlink]

https://www.facebook.com/reel/1510211290543984/?fs=e&fs=e

Quote namemysoul 2-5-2026 11:45 AM
fushimi replied at 2-5-2026 10:44 AM
aku dari dulu tk faham kenapa orang kalau nak bunuh diri kena banyak drama.kena duduk duduk dulu.nak ...

Kadang2 diaorg ni 50% nak mati tapi lagi 50% dlm pala otak takut nak mati...

Dia tgh pikir la kot nnt kalau terjun tak mati tapi patah riuk cemane??..

Takpon dia nak curi perhatian org ramai, nak org lain tau masalah dia...

Tapi...kalau dia mmg sengaja duk situ sbb serabut dgn masalah atau nak healing2 tgh tggu org ke ataupon mmg hobi dia suka dok santau kaki macam tuh....mmmmgggg cari penyakit namanya...

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2026 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.075591 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top