|
Pelakon Norish Karman memaklumkan dirinya kini dalam fasa pemulihan selepas berdepan masalah kesihatan melibatkan paras darah serta zat besi yang terlalu rendah. Menerusi hantaran di Threads, Norish berkata badannya masih lagi sakit-sakit dan ada kalanya mengalami demam. “Badan masih sakit-sakit, maklumlah darah dan zat besi sudah masuk selepas lama tiada dalam badan. Dua hari demam, sejuk panas. Masih perlahan-lahan untuk sembuh. Setiap hari hidup aku makan dan minum segala herba-herba terbaik,” tulisnya. Kongsi Norish lagi, dia masih memerlukan kerusi roda untuk bergerak berikutan keadaannya masih lemah serta meminta mendoakan agar dia cepat sembuh. “Saya perlukan kerusi roda untuk bergerak sebab masih lemah dan perlahan. Jadi, anak-anak gembira tolak sana sini. Doakan saya segera sembuh ya geng-geng disayangi Allah SWT,” tulisnya. Sumber - Rotikaya
|
goldden replied at 24-4-2026 12:53 PM
den teringat citer dia berlakon jd pembantu rumah ke org yg diselamatkan tepi jln. x silap anak dia ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-6-2026 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.398868 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.