CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Ini bukan ‘marketing, tahniah Sam Lim nikah gadis Melayu

10-4-2026 04:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2050| Komen: 16

 



Pempengaruh media sosial popular, Sam Lim kini sah bergelar suami kepada pasangan pilihannya, Parisa Ardina, selepas selamat disatukan dalam satu majlis akad nikah di sebuah masjid yang berlangsung hari ini.

Majlis yang cukup romantis dan tenang itu menyaksikan Sam Lim menyerahkan mas kahwin serta hantaran sebagai tanda sah ikatan mereka, sambil disaksikan oleh ahli keluarga terdekat serta teman rapat.

Menerusi hantaran rakannya iaitu Nicholas di Tiktok, Sam Lim berkata, hubungannya bukan sekadar taktik pemasaran tetapi ia adalah yang sebenar.

Difahamkan Sam menggunakan nama Islamnya Muhammad Zavian Lim Abdullah.

“Kami dah kahwin. Kami bukan ‘marketing’, saya kaya dan sudah popular, tak perlu semua ni,” katanya.

Momen indah pasangan ini turut dikongsi melalui hantaran di media sosial, sekali gus mengubati kerinduan peminat yang selama ini mengikuti perkembangan hubungan ‘sweet’ pasangan pempengaruh tersebut.

Sam Lim tampil segak dan kemas, manakala Parisa kelihatan cukup anggun dan menawan dalam busana pengantin yang ringkas namun tetap menyerlahkan seri wajahnya.

Pasangan yang cukup dikenali dengan konten kreatif dan mencuit hati di TikTok dan Instagram ini mula mendapat perhatian ramai kerana keserasian mereka, sebelum akhirnya memutuskan untuk melangkah ke fasa perkahwinan.

Terdahulu, berita mengenai hubungan mereka sering menjadi bualan pengguna, namun kedua-duanya lebih selesa berkongsi perkembangan secara berperingkat sehinggalah hari bahagia mereka tiba.

Meninjau ke ruangan komen, ia dipenuhi dengan doa serta ucapan tahniah daripada peminat serta rakan-rakannya yang turut tumpang gembira.

“Tahniah Sam Lim, semoga ikatan ini berkekalan bahagia hingga ke syurga,” kata pengguna Ammar Qayyum. 


Sumber - KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 10-4-2026 06:58 PM
Tahniah... kawan dia yg sorang tu suka sgt mencarut tapi kelakor
Quote PULANGKAN 10-4-2026 08:29 PM
tahniah, semoga perkahwinan ini baik-baik sahaja
Quote babynina30 11-4-2026 12:24 AM
Saya kaya katanya
Quote akies 12-4-2026 11:07 AM
Tahniah korang berdua.
Tak tunggu lama eh sam terus ajak parisa kawin.
Sgt gentlemen.
Tgk parisa dot partner yg mmg loving gitu.
Jaga dia betul2.
Tgk sam layan dia mmg nampak dia jatuh cinta
dkt parisa
Quote Lucy20 12-4-2026 05:49 PM
tak kenal. tapi tahniah. yg cina lagi sorang tu, view chin tak nak up ke gmbr nikah? hehehe
Quote poetess 13-4-2026 09:52 AM
Tak kenal juga.
Apa cerita boss James?
Quote pinkpunk 13-4-2026 03:10 PM
saya kaya tu ko menang sam lim..
Quote Perawankota 13-4-2026 03:40 PM
Parisa ni lawo dooh.. tapi tang gigi dia mcm pelik sgt bila bercakap.. Tapi manusia kan, mana Ada 100% perfect. Tapi aku suka dia cakap melayu tak der telo2 bunyi slang2 ke lain
Quote seri_mawr 13-4-2026 05:45 PM
x kenal...apa pun tahniah...semoga kekal & bahagia sampai akhir hayat....
Quote ledigugu 14-4-2026 09:04 AM
Perawankota replied at 13-4-2026 03:40 PM
Parisa ni lawo dooh.. tapi tang gigi dia mcm pelik sgt bila bercakap.. Tapi manusia kan, mana Ada 10 ...

Yes. Mcm eva greene. Cantik je walau nampak pelik sikit. Itupun maybe sbb society dah terbiasa nampak celeb gigi tersusun cantik hasil ulang alik dentist aesthetic kasi kemas
Quote Mekgadis16 17-4-2026 10:05 AM
poetess replied at 13-4-2026 09:52 AM
Tak kenal juga.
Apa cerita boss James?

Ntah aku baca kat mana kata hawa pilih family. Family tak bekenan kotttt. Ntah le kalau statement tu sekadar sembang fans makanya aku pun tertipu. Huhuhu
Quote lyshafull 18-4-2026 09:05 PM
Tgok gaya sam lim ni mcm protective x fikir panjang terus sambar and kahwin ek …
Quote Zirara99 7-5-2026 09:57 AM
akies replied at 12-4-2026 11:07 AM
Tahniah korang berdua.
Tak tunggu lama eh sam terus ajak parisa kawin.
Sgt gentlemen.

Beauty privilege. Cuba hodoh
Quote royaldanish 8-5-2026 11:50 AM
Zirara99 replied at 7-5-2026 01:57 AM
Beauty privilege. Cuba hodoh

takkan la nak cari macam hanis kepam duit pun banyak
Quote royaldanish 8-5-2026 11:50 AM
tahniah sam lim & parisa!
Quote lolipopmanish 10-5-2026 03:03 PM
Lawa parisa ni

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2026 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.168953 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top