Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Adam Corrie Cari Dana Bantu 40 Mualaf Ke Mekah

11-2-2016 10:29 AM | Dilihat: 4665| Komen: 48


Oleh : Dean BZ


Mulia sungguh hati pelakon Adam Corrie dan isterinya Fazema Mohd. Fuad yang kini sedang sibuk mengumpul sebanyak RM380,000 bagi kos perbelanjaan 40 orang mualaf untuk berangkat ke Mekah pada 8 Mac depan.

Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah, 48,  berkata mereka terpaksa mengadakan program dan forum dari masjid ke masjid sebagai alternatif untuk mengumpul dana dalam usaha membawa golongan mualaf menunaikan umrah.

"Alhamdulillah kita sudah mula projek ini sejak bulan Jun tahun lalu dan setakat ini kami sudah kumpul RM100,000 menerusi sumbangan orang perseorangan dan wang yang di kumpul dari tabung dana yang diedar selepas forum-forum di beberapa buah masjid.

"Tapi itulah, memang belum mencukupi lagi tapi saya masih ikhtiar dan yakin bahawa Allah akan beri rezeki itu bila tiba masanya nanti," ujarnya kepada mStar Online.

Katanya, seperti tahun sebelum ini, ujian utama mereka apabila beberapa pihak yang pada awalnya bersedia untuk menghulurkan penajaan menarik diri dan gagal dihubungi.

Perkara tersebut membuatkan kesihatannya dan isteri terjejas memikirkan bagaimana mencari jalan mendapatkan dana tersebut.

Selain itu, 40 orang jemaah yang bakal mengikut rombongan umrah tersebut terdiri daripada mualaf yang melepasi sesi temuduga yang dianjurkan.

Katanya, kali ini dia lebih mementingkan tahap ilmu agama individu tersebut sebelum membawa mereka menunaikan umrah.

"Saya adakan temuduga bagi mencari 40 orang jemaah ini kerana saya mahu mereka semua sudah boleh sembahyang dan sudah menghafaz beberapa surah.

"Ini kerana tujuan utama membawa mereka adalah untuk menguatkan akidah dan bukan untuk melancong," ujarnya.

Adam  bakal mengadakan satu sidang media berkaitan program tersebut pada 13 Februari ini di Warisan Baiduri Dewan Perdana Indera, Taman Melewar Indah, Gombak. 

Semoga setiap urusan mereka dipermudahkan dan usaha murni mereka ini wajar kita contohi. - CARI Infonet.




Sumber - mStar

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 48
Komen

Previous : Sudah 3 Bulan Berkahwin, Mila Belum Berkesempatan Masak Untuk Suami

Next       : Adel AF2014 Bercinta Dengan Suami Orang?

Komen Terbaru

Quote HannahMontana 12-2-2016 06:13 PM
Changa replied at 11-2-2016 05:34 PM
sebab itu akak enggan percaya dengan ajaran ugama melayu ini.,,, semua dah tunggang terbalik ajara ...

xpercaya pun xpe


terang2 ko  sokong abang yahood mausk longkang

ko fikir mcm mana ko nak sampai ke dinding ratapan sudah ,ko fikir mcm mana ko nak hantukkan kepala ko ke dinding ratapan sheingga bersepai otak ko

ye lah......abang yahood kesepian

Lain-lain Komen

Quote de_ikea 11-2-2016 10:33 AM
Allahuakbar. Hebatnya. Moga usaha ini dimudahkan.  

Manis sungguh kapel ini.
Quote MH37O 11-2-2016 11:10 AM
semoga berjaya corrie...u are the best man ever!!!
Quote azie5zoe 11-2-2016 11:17 AM
bila dia berlakon jadi jahat tu..nyampah benor hakak nengok dia..bila dia macam ni..rasa suka benor hakak dengan dia nih..semoga berjaya..
Quote elmen 11-2-2016 11:18 AM
nape tak disertakan no acc.. maybe ada yg nak menyumbang..
Quote penampar_jepun 11-2-2016 11:19 AM
semoga dipermudahkan segala urusan...
Quote zaraaqilah 11-2-2016 11:19 AM
Alhamdulillah...suka benor i tgk Adam Corrie ni...
Quote LoriLoki 11-2-2016 11:20 AM
Bantu dana, mana rangna nih?
Quote LingTong1999 11-2-2016 11:22 AM
Lakon jahat hidup baik
Quote C3cakKempes 11-2-2016 11:23 AM
Tahniah pergi Haji
Quote jin_lampu 11-2-2016 11:33 AM
mamat ni orang cina sabahan campur kadazan kan....bagus dia ni betul2 mendalami islam, aku harap Stacy pun mcm ni..i love Stacy.
Quote yati_86y2k 11-2-2016 03:47 PM
tahniah, alhamdulillah dia sama2 bantu para mualaf
Quote bmi 11-2-2016 03:48 PM
mulianya hati suami isteri ni.....
Quote Shahreen74 11-2-2016 04:06 PM
semoga dipermudahkan segala urusannya...
Quote Adeakukesah11 11-2-2016 04:07 PM
Dia ni kalo jd jahat menjadik betui
Quote silampumeja 11-2-2016 04:11 PM
jin_lampu replied at 11-2-2016 03:33 AM
mamat ni orang cina sabahan campur kadazan kan....bagus dia ni betul2 mendalami islam, aku harap Sta ...

eh dia chinese penang kan...wife orang perak... dulu pon ade kate dia sabahan tapi dia kate penang...resenye....
Quote silampumeja 11-2-2016 04:12 PM
de_ikea replied at 11-2-2016 02:33 AM
Allahuakbar. Hebatnya. Moga usaha ini dimudahkan.  

Manis sungguh kapel ini.

manisnyaaaaa couple inin...... (Nada sepah sebut dalam MLM dulu)

iols pun suka...comel gile dia duk sebut wife dia bidadari...bidadari...
Quote taksukapeanut 11-2-2016 04:14 PM
usaha yang murni.. semoga dipermudahkan segala urusan. amin
Quote Changa 11-2-2016 04:40 PM
nak cikcur kat mekah ini kalau tak mampu tak wajib pun pergi kaedahnya....so??
Quote damian_lee 11-2-2016 04:46 PM
Kemampuan ......

Lihat semua komen(48)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.059496s Gzip On
To Top