CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘J’ bukan Janna Nick, biarlah yang tahu saja tahu – Zara Zya

12-3-2026 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3439| Komen: 37

  



Pelakon Zara Zya menafikan dakwaan bahawa Janna Nick ialah individu dimaksudkan dengan pangkal huruf ‘J’, yang pernah memperlekehkan atau merendahkannya ketika dia baru mula muncul dalam industri hiburan dahulu.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 41, berkata, Janna bukan individu berkenaan selain menegaskan hubungan mereka tidak pernah bermasalah.

“Tidak, ‘J’ bukan Janna. Dia pun mula berlakon selepas saya dan lebih baru dalam industri ketika itu.

“Janna seorang pelakon yang bagus, kami tiada masalah dan masih berkawan.

“Individu ‘J’ itu, biarlah yang tahu saja tahu,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada program rakaman Melodi Raya di sini, baru-baru ini.

Dia juga berharap perkongsiannya mengenai pengalaman dipandang rendah pelakon senior menjadi iktibar kepada setiap anak seni lain di luar sana.

“Ketika kejadian tersebut berlaku, ada orang nak bergambar dengan dia, saya pula berada tidak jauh dari situ, duduk di kerusi.

“Selepas bergambar dengan peminat, dia datang dan ketawakan saya sebelum cakap saya tidak popular serta tiada siapa nak mengambil foto bersama.

“Harap perkara tersebut tak berlaku kepada anak seni lain,” ujarnya.

Dia bagaimanapun tidak terasa hati namun nekad berusaha untuk membina nama atas usahanya sendiri sebagai anak seni.

“Ketika itu memang saya rasa pelik. Nak kata sedih pun tidak sebab saya bukan jenis orang yang ambil kisah.

“Tapi dalam hati saya cakap, insya-Allah satu hari nanti orang akan kenal siapa saya. Alhamdulillah, sekarang orang kenal Zara Zya.

“‘J’ itu sudah tidak aktif dalam industri sekarang. Selepas penggambaran tersebut, kami tidak pernah jumpa lagi,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Zara dalam satu hantaran Threads mendedahkan pernah diperlekeh seorang artis wanita dengan pangkal huruf ‘J’.

Perkongsian tersebut meledak sehingga terdapat segelintir membuat andaian dengan memetik nama Janna Nick sebagai individu tersebut. 

Sumber - Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 12-3-2026 05:06 PM
Bkn aritu hreads org dah teka julia ka.. awat nama janna naik?
Quote cempakaa 12-3-2026 05:43 PM
Tinot7 replied at 12-3-2026 05:06 PM
Bkn aritu hreads org dah teka julia ka.. awat nama janna naik?

Julia mana?
Quote Minami2013 12-3-2026 07:21 PM
Macam kisah si balqis dgn mia sara pulak...
Quote pocongkiutss 12-3-2026 07:27 PM
cempakaa replied at 12-3-2026 05:43 PM
Julia mana?

Julia zigila
Quote cempakaa 12-3-2026 08:04 PM
pocongkiutss replied at 12-3-2026 07:27 PM
Julia zigila

I see. Thanks!
Quote sarah_ary2 12-3-2026 08:25 PM
Tinot7 replied at 12-3-2026 05:06 PM
Bkn aritu hreads org dah teka julia ka.. awat nama janna naik?

dia ni mcm ting tong sket kan
Quote sharlenetexas 12-3-2026 08:30 PM
Tinot7 replied at 12-3-2026 05:06 PM
Bkn aritu hreads org dah teka julia ka.. awat nama janna naik?

Julia who

Quote Tinot7 12-3-2026 09:24 PM
cempakaa replied at 12-3-2026 05:43 PM
Julia mana?

Jiggle jiggle..
Quote Tinot7 12-3-2026 09:28 PM
sarah_ary2 replied at 12-3-2026 08:25 PM
dia ni mcm ting tong sket kan

Ni ulang2.. dia ni sendu nak naikkan nama balik ka? Ka reporter up cerita sama..
Quote sarah_ary2 12-3-2026 09:30 PM
Tinot7 replied at 12-3-2026 09:28 PM
Ni ulang2.. dia ni sendu nak naikkan nama balik ka? Ka reporter up cerita sama..

rasa reporter bgtau dia kot yg ada org cakap J tue Janna tue agaknya dia inform J tu bukan Janna tp org lain
Quote Tinot7 12-3-2026 09:33 PM
sarah_ary2 replied at 12-3-2026 09:30 PM
rasa reporter bgtau dia kot yg ada org cakap J tue Janna tue agaknya dia inform J tu bukan Janna t ...

Ohh.. saja reporter nak wat cerita... aritu org dah speku kat threads.. now takde citer retis lagi..
Quote Tinot7 12-3-2026 09:33 PM
sharlenetexas replied at 12-3-2026 08:30 PM
Julia who

Get jiggy jiggy..
Quote AWEKSAMURAI 13-3-2026 07:37 AM
Zara Zya ni syg berlakon bukan x bagus... Bagus je dia . Aku suka dia berlakon sejak dia putus tunang dlu  terus jd mcm sewel... X abeh dgn cerita mistik dia.. citer dia sume mengarut habis .. pegi jd kambing itam tok alha alfa .. tau2 tua dh .. umur 41 payah lah nk dot watak heroin .. watak utama payah dh .. dia x bangkit langsung ... Menua lah bersama kwn baik farah fauzana tu
Quote prince_marhaen 13-3-2026 08:21 AM
Tak cerita mistik, cerita kena aniaya, cerita jantan.... tu je lah ulang2.. berlakon elok dah, dah lawa-lawa Melayu, pasang pulak gigi mentos nampak busuk gila.
Quote imransulaiman 13-3-2026 10:20 AM
Tu lah...siapa suruh letak J semata.. Aku pun dah tertuduh Jasmin Hamid... Huhuhu
Quote hihanghoheng 13-3-2026 11:50 AM
Anak pak zigle la
Quote sharlenetexas 13-3-2026 01:29 PM
Tinot7 replied at 12-3-2026 09:24 PM
Jiggle jiggle..

Rasanya masa berlakon Cikgu Kemisah Kirkby. Masa tu zara pegang watak pembantu. Julia jadi penyondol/pompuan simpanan.


Quote sharlenetexas 13-3-2026 01:30 PM
AWEKSAMURAI replied at 13-3-2026 07:37 AM
Zara Zya ni syg berlakon bukan x bagus... Bagus je dia . Aku suka dia berlakon sejak dia putus tunan ...

Sheols ada jadi heroin. Hero jazmy. Jauh beza umur.


Quote amjess 13-3-2026 05:53 PM
sharlenetexas replied at 13-3-2026 01:30 PM
Sheols ada jadi heroin. Hero jazmy. Jauh beza umur.

ye cite kat tonton..namamu cinta tajuknya..ok je cite tu..romcom..tp cite tu mmg heroin dah kawen..tp bercerai dgn suami dan balik kpg..jumpa jazmy tu

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-4-2026 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.069232 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top