CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

YKAT bantu Sathiya dapat kaki palsu, pencen bulanan RM500

12-3-2026 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 748| Komen: 6

 



PETALING JAYA – Prihatin dengan nasib pelawak Sathiya, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) mempertimbangkan untuk menyenaraikan artis veteran itu sebagai antara penerima bantuan pencen bulanan sebanyak RM500.

Pengerusinya, Datuk DJ Dave berkata, Sathiya atau nama sebenarnya Sathia Periasamy, 62, layak mendapat bantuan berkenaan berikutan kaki kirinya terpaksa dipotong akibat komplikasi kencing manis.

“Sejak 14 tahun lalu YKAT sudah memberikan pencen bulanan sebanyak RM500 daripada tabung untuk diagihkan kepada penggiat seni yang layak seperti Zaiton Sameon, Mat Sentul, Zainal Rampa, Alfred Ho, Dr. Sam dan beberapa lagi artis veteran.

“Kini kami sedang pertimbangkan untuk menyenaraikan Sathiya sebagai penerima kelapan berikutan keadaannya yang mungkin tidak lagi mampu bekerja.

“Sebelum ini pun Yayasan ada dua kali menyerahkan sumbangan untuk membantunya, namun adanya pencen bulanan nanti lebih meringankan urusan hariannya,” katanya  pada majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Hari Raya Aidilfitri kepada Artis Veteran Tanah Air di Hotel Royal Chulan The Curve, semalam.

Kelmarin, pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi itu sekali lagi terpaksa menjalani pembedahan pada bahagian kaki kirinya di Hospital Ampang.

DJ Dave juga berkata, YKAT turut berusaha mendapatkan bantuan kaki palsu sumbangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk Sathiya.

“Kaki palsu tersebut sudah pun siap namun belum dapat digunakan Sathiya kerana luka pembedahan masih belum sembuh,” ujarnya.

Pada masa sama, DJ Dave turut berharap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan pemberian peruntukan untuk membolehkan YKAT terus membantu penggiat seni veteran yang dalam kesulitan.

“Sebenarnya sudah lapan tahun YKAT tidak menerima sebarang sumbangan daripada kerajaan walaupun beberapa kertas cadangan sudah dikemukakan.

“Sepanjang tempoh ini yayasan banyak melaksanakan aktivitu dan program kebajikan bagi mengumpul dana seperti tahun lepas majlis makan malam yang dapat mengumpul sekitar RM300,000 hasil jualan tempat duduk.

“Dana terkumpul itu membolehkan kami meneruskan pelbagai program kebajikan, bagi sumbangan pada musim perayaan serta bantuan berkala andai ada di antara penggiat seni yang ditimpa musibah,” katanya.

Mewakili ahli lain, DJ Dave berharap kerajaan dapat mempertimbangkan untuk salurkan peruntukan kepada YKAT bagi membolehkan misi membantu anak seni dapat diteruskan.

Sementara itu, pada majlis serahan sumbangan kepada 17 penerima berbilang bangsa dengan setiap seorang diberikan sebanyak RM1,000. 

Sumber - Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 12-3-2026 08:33 PM
Syukur


Quote talapia 13-3-2026 10:14 AM
kalau kena potong kaki sebab kencing manis.. better bagi electric wheelchair daripada kaki palsu..
mereka ni yg dah kencing manis tak kuat mana.. takleh handle the pain and hassle pakai kaki palsu..
taktaula kalau sathia ni kurus.. bertenaga lagi..
tapi kebanyakan orang yg dah berusia.. amputated akibat diabetic complication susah nak pakai kaki palsu. Sakit.. tak selesa.. etc2..
biasa yg jumpa pakai kaki palsu.. yg masih energetic, hilang kaki sebab accident ke..
Quote sudirmanistas 13-3-2026 10:26 AM
talapia replied at 13-3-2026 10:14 AM
kalau kena potong kaki sebab kencing manis.. better bagi electric wheelchair daripada kaki palsu..
m ...

Itu la mcm setuju juga electric wheelchair. Cuma kene tgk balik rumah sathiya ni aritu tgk mcm flat je, kene check yg ada lift atau x. Maybe cadangan bagi kaki palsu sbb rumah xda lift ka senang nak turun tangga.
Quote talapia 13-3-2026 10:31 AM
sudirmanistas replied at 13-3-2026 10:26 AM
Itu la mcm setuju juga electric wheelchair. Cuma kene tgk balik rumah sathiya ni aritu tgk mcm fla ...

mungkinla kalau flat takde access lift memang tak gunala pakai wheelchair. huhu..
tapi memang tak semua orang berjaya pakai kaki palsu..

arwah my uncle dulu amputated sbb diabetic. and also other masalah lain la bila dah ada ciabetic tahap camni..
dah ada kaki palsu.. tapi tak pakai. Sakit katanya..
and area yang bersambung dengan bahagian kaki tu kena jaga betul2.. kalau tak pakai elok2..
tak selesa ke.. boleh melecet and luka.. and tau je la org diabetic luka lambat sembuh.

tu belum lagi cerita time2 dorang hypo.. risiko jatuh pitam bagai..
tu akhirnya belikan electric wheelchair..
hah tu dia.. sampai ke dalam kebun dia lenjan wheelchair tu.. siap boleh berkebun lagi..
Quote LadyWhistledown 13-3-2026 04:52 PM
bahaya kaki palsu utk orang tua. lagi lambat luka tu nak sembuh. harap uncle sathiya cuba cari ikhtiar berubat keringkan luka. saya teringin nak cadangkan uncle sathiya pergi ke satu klinik ni. nampak dia ada rawatan utk keringkan luka pesakit diabetes..
Quote Minami2013 13-3-2026 05:53 PM
Moga dipermudahkan urusan. Struggle jugak dia walaupun dulu kira pelawak yg popular. Skrg pelawak semua meols tgk kaya2..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2026 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.033114 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top