CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Senam squat selalu, saya suka ada bentuk macam Kim K’ - Wafariena Roslan

12-3-2026 04:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1816| Komen: 13

 


Pelakon Wafariena menyangkal dakwaan kononnya dia menjalani pembedahan pada bahagian punggung semata-mata untuk memiliki bentuk badan idaman seperti mogul kecantikan, Kim Kardashian.

Menurut Wafariena atau nama penuhnya Wafariena Roslan, 31, perubahan bentuk badannya jelas kelihatan adalah hasil kerja keras menerusi senaman konsisten yang dilakukan sejak bertahun-tahun.

“Saya nafikan, tak ada (pembedahan) apa pun. Sejujurnya, bulan puasa pun saya buat senaman.

“Selepas tarawih saya akan senaman untuk satu atau dua jam dan untuk muka alhamdulillah tak ada (pembedahan) selain ‘skin booster’ untuk jaga kulit,” katanya kepada Kosmo! Online pada ketika ditemui pada program Melodi Raya yang berlangsung di Saloma, Kuala Lumpur, kelmarin.

Dalam masa sama, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu sangat mengidamkan bentuk badan seperti personaliti popular antarabangsa Kim Kardashian (Kim K) yang menjadi pendorong utama untuknya berdisiplin dalam melakukan senaman.

“Saya rasa kawan-kawan industri semua meminati dengan pinggul saya. Perempuanlah, mereka tanya saya buat apa.

“Saya cakap senamanlah, buat squat (senaman mencangkung) yang ada beberapa jenis boleh lakukan sebab saya suka badan macam Kim K.

“Tapi tak adalah nak buat sampai Kim K, cuma saya suka penampilan begitu sebab saya tinggi. Kalau kurus sangat tak cantik, saya suka ada bentuk,” ujarnya lagi.

Tegas Wafariena, rutin kecergasan yang dimulakan sejak usia belasan tahun bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya lebih kepada kepuasan diri dan membina keyakinan.

“Saya ajar juga mereka buat (senaman) bukan kata tak kongsi, bila orang tanya saya cakap buat squat. Tak ada saya nak cakap semula jadi, itu belagak jadinya.

“Daripada umur 19 tahun dah buat senaman sekarang dah 31 tahun. Saya buat senaman bukan nak masuk pertandingan atau tunjuk badan.

“Saya buat untuk diri sendiri supaya rasa yakin, fit dan cantikan diri, itu hak saya,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, perubahan bentuk badan Wafariena menjadi tumpuan netizen sehingga didakwa melakukan pembedahan pada bahagian punggung. 

Sumber -  – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hart_attack 12-3-2026 05:09 PM
Cuba tepek gambar dulu dan sekarang
Quote babycc 12-3-2026 06:06 PM
bkn bape thn lps ada kes dia jatuh kat set ke?
Quote bottombikini 12-3-2026 07:00 PM
yg bukan2 aje
nak kim k bagai
Quote cmf_premierleag 12-3-2026 10:05 PM
Tak sekarang ni, aku nk tanya, WHOREYUSSS????
Quote crazybeach 12-3-2026 10:58 PM
bottombikini replied at 12-3-2026 11:00 AM
yg bukan2 aje
nak kim k bagai

kan

tak padan dengan sendu entah datang dari kandang mana tiber nak jadi ala2 kim k yang dah banyak repair sana sini

yang sebenarnya ko tu meskin so kena la buat senaman squat segala bagai

kot level kim k tu celah gigi dia jah plastic surgery nak top up filler bagai bila dah kendur nak jadi tegang balik botox semua tu

[youtube]8UsGNmhD43k[/youtube]

Quote cempakaa 12-3-2026 11:04 PM
Kemain kimK
Quote slyfynx 12-3-2026 11:30 PM
Ko sape eh?
Dah la x cantik
Quote hihanghoheng 13-3-2026 12:01 PM
Hala hala hala kimK version rempit ke ni
Quote Kancilkering 13-3-2026 12:12 PM
dia lawa le tinggi pula
tapi sendu

ok lah nak hire drama…save budget
Quote AuntyZaza 13-3-2026 12:44 PM
Dia ni cantik je sebenarnya
Quote cm_vungtau 13-3-2026 01:36 PM
Edited by cm_vungtau at 14-3-2026 11:35 AM

Ler bontot kim k tu orang dulu2 cakap bontot orang malas. Ko makan tido pastu duduk aje lelama besau la bontot tu
Quote selipar_hijau 13-3-2026 09:28 PM
cm_vungtau replied at 13-3-2026 01:36 PM
Ler bontot kim k tu orang dulu2 cakap bontot orang maas. Ko makan tido pastu duduk aje lelama besau  ...

berdekah aku kak. tambah skit lagi, minum air balang banyak2 komfem besau mcm tong dram pastu
Quote red_velvet 14-3-2026 02:27 PM
Lawo je wafaruena ni.. Tapi tu lah berlakon kayu kayan. Bercakap pun macam orang malas, meleweh2.. Berlakon jadi penyondol pun lemah gemalai... Sesuai jadi pak pacak je la

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-4-2026 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.050226 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top