CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami Azar Azmi Rayu Kurangkan Jaminan, Isteri Tak Kerja & Perlu Tanggung 9 Anak

12-3-2026 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6239| Komen: 59

 


Suami kepada pelakon Azar Azmi merayu agar jaminan dikurangkan selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu membabitkan urusan penjualan tanah kurniaan tidak wujud sehingga menyebabkan kerugian lebih RM200,000 tahun lalu.

Memetik Sinar Harian, tertuduh, Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri yang tidak diwakili peguam membuat rayuan itu dengan alasan isterinya tidak bekerja serta perlu menanggung sembilan anak.

Menurutnya lagi, dia juga menghidap sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan gout.

 

Mohd Sapri membuat pengakuan tidak bersalah  di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Tertuduh didakwa menipu lelaki berusia 56 tahun dengan memperdayakannya untuk membuat pembayaran sebanyak RM270,811 ke akaun milik seorang wanita bagi mendapatkan tanah kurniaan negeri Selangor yang tidak wujud.

Sementara itu, tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu seorang lelaki berusia 49 tahun dengan memperdayakannya untuk membuat pembayaran RM23,120 bagi urusan mendapatkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk yang tidak wujud.

Sumber: Sinar Harian,Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewi_rina 12-3-2026 10:35 AM
Menurutnya lagi, dia juga menghidap sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan gout.


Pakej lengkap, dalam pada tu 9 anaknya.. Azar pun kena scam dgn jantan ni ke mcm mana
Quote makciktijah 12-3-2026 10:50 AM
huii kawen duda anak 9 ke? why???? mamat ni kaya raya ke?
Quote hihanghoheng 12-3-2026 11:30 AM
Terkejut iols dah la 9 anak siap package 3 serangkai lagi.. Salah sondol si Azar ni bala yg dapat
Quote watachiwa 12-3-2026 11:38 AM
ade ke muke lakinya?
Quote kaoru44 12-3-2026 11:45 AM
umur berapa lakinya ni..ada mcm2 pyakit dh..i ingt last dulu azar ni putus tunang je..lps tu xtahu dh..psl dia kawen ngn suami skrg ada ke masuk dalam cari ni?
Quote BungaKencana 12-3-2026 12:09 PM
Edited by BungaKencana at 16-3-2026 07:59 AM

iols igtkan yg ni rupanye ni gmbr profile.. bila check balik eh bukan..
iols da delete gmbau yg salah paham tu...



Quote doubleA 12-3-2026 12:23 PM
Azar ni ada ja rupa, pernah teman tapi mesre dgn pijo n hafiz ex zzya tu, tiber sauk scammer penyakit ni buat laki ko dah kenapa??? Baik la single je dari terjerumus ke lembah jenayah
Quote Prickford 12-3-2026 12:24 PM
Ei camne leh sangkut duda anak 9 ni?? Semalam artikel pon ada tulis 2 remaja (kemungkinan anak) teman si Azar ni. Kau kena scam ke zarrr, gi kawin duda anak 9 dengan segala mala penyakit ada. Time dia tekel kau, dia kata dirinya bujang yg sihat ke?? Adoiiii
Quote chillipepper 12-3-2026 12:40 PM
baca pagi tadi Azar agree jadi saksi pendakwaan eh
Quote prince_marhaen 12-3-2026 01:23 PM
Baru 41, anak dah 9, ada penyakit 3 serangkai pulak tu... tak hensem langsung, miskin... macamana la AA boleh sangkut..kena sihir ke dah main dulu baru kawin ni....
Quote ChildrenOfBodom 12-3-2026 01:45 PM
penyakit nak sama ramai dengan anak
Quote toynme 12-3-2026 02:24 PM
aku dah suka tgk muka azar ni...lawo
aduii kawin scammer plak
ini kes minyak dagu ni
adui
Quote ahlisihircute 12-3-2026 02:27 PM
Janji aku berlaki - Azar azmi
Quote prettyuglybabe 12-3-2026 02:44 PM
salah caras ke?
macam-macam package dia dapat..
Quote likilu 12-3-2026 02:47 PM
toynme replied at 12-3-2026 02:24 PM
aku dah suka tgk muka azar ni...lawo
aduii kawin scammer plak
ini kes minyak dagu ni

Cuba tampal muka azar azmi ni

I rasa seingat i muka dia cantik putih gigi cantik ala siannya

Orang cantik selalu teraniaya, dia tak salah cuma tersilap je
Quote azimodin 12-3-2026 02:57 PM
Umur baru 41, anak2 confirm dalam phase membesar. 9 orang pulak tu.. dah tahu anak & penyakit banyak, kenapa la sanggup bagi family makan duit haram?
Quote toynme 12-3-2026 03:07 PM
likilu replied at 12-3-2026 02:47 PM
Cuba tampal muka azar azmi ni

I rasa seingat i muka dia cantik putih gigi cantik ala siannya

tak reti tampal
tapi tgk features gigi dengan hidung dia tu mmg perfect
plus full lips tu lagi bertambah cantik
eventho kulit dia mcm tan sikit


Quote kucingitam 12-3-2026 04:21 PM
Azar ni comel. kesian dia
Quote DeLuna85 12-3-2026 08:31 PM
Macam mana boleh jadi 9 anaknya. Sayangnya azar ni. Muka cantik tu

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-4-2026 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.041535 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top