CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Diana Danielle dilamun cinta, akui rapat dengan ahli perniagaan - "Saya fikir sudah sampai masanya, malah saya sudah bersedia untuk 'move on'" ...

11-3-2026 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8493| Komen: 86

 
 



Pelakon, Diana Danielle, 34, tidak lagi berselindung apabila secara terbuka mengakui sudah mempunyai teman istimewa.

Diana berkata, selepas hampir setahun melalui episod perceraian, dia merasakan sudah tiba masa untuk membuka lembaran baharu bersama jejaka pilihan hati yang juga seorang ahli perniagaan.

"Perkara itu bukanlah sesuatu yang besar bagi saya dan saya rasa ia juga tidak salah memandangkan sudah hampir setahun rasanya bab itu (perceraian) berlalu dalam hidup saya.

"Saya fikir sudah sampai masanya, malah saya sudah bersedia untuk 'move on'. Saya sudah berkenalan dengan seseorang yang sesuai, jadi kita boleh buat keputusan sendiri," katanya ditemui pada sidang media single Raya Macam Mana? nyanyiannya bersama penyanyi rap, Francis Roman di Red Box Karaoke, The Gardens Mall, di sini, hari ini.


Ditanya sama ada sukar untuk kembali membuka pintu hati, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, berkata mungkin perkara itu lebih mencabar buat teman istimewanya.

Bagaimanapun, pelakon filem Imaginur itu berkata, dia mengambil pendekatan berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan dalam hubungan berkenaan.

"Saya rasa memang susah untuk dia kerana bagi saya cabarannya adalah untuk kembali mempercayai orang baharu.

"Saya juga ada anak, jadi saya bimbang jika timbul isu tertentu. Sebab itu saya cuba menguruskan perkara ini dengan perlahan dan berhati-hati supaya tidak tersalah langkah atau membuat keputusan," katanya.

Pada masa sama, Diana berkata, buat masa ini hubungan tersebut masih tertumpu kepada mereka berdua tanpa membabitkan anak-anak.

"Bagi saya sekarang ini, dia lebih banyak meluangkan masa dengan saya sahaja. Dia belum lagi bersama anak-anak atau sebagainya kerana saya tidak mahu mencampuradukkan perkara itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Diana turut tampil dengan single sempena Aidilfitri berjudul Raya Macam Mana? yang mengetengahkan pendekatan segar menerusi kolaborasi bersama penyanyi rap meningkat naik, Francis Roman.

Lagu berkenaan hadir dengan rentak ceria dan moden, sekali gus membawa kelainan dalam deretan lagu raya tempatan yang lazimnya sarat dengan elemen nostalgia.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 11-3-2026 12:05 PM
Harapnya bussinessman yang dah establised lah...bukan yang baru nak cuba2... tak pasal2 DD pulak kena tanggung... elakkan yang ada adik/ipar mulut hanjing kepohchi macam ex lepas.. hihihi
Quote hihanghoheng 11-3-2026 02:27 PM
Senang je para retis ni dpt jodoh
Quote noor2 11-3-2026 04:22 PM
Body lawa...muka lawa..
Quote gekkou 11-3-2026 05:03 PM
siasat latar belakang
google nama
takut red flag pula

dah bayk contoh artis tutup mata kedua2 aje
hujung2 terciduk
Quote cmf_jeangrey 11-3-2026 06:41 PM
Pastikan bukan 'business' MLM, scammer..
Quote likilu 11-3-2026 07:32 PM
Sebab taknak bagitahu farid kamil ada kat mana ke?
Quote boudinniA 11-3-2026 11:04 PM
Takde siapa tahu ke siapa lelaki tu.
Quote hasniey 11-3-2026 11:12 PM
Harap2 dpt laki orka.muka cantik.muda lagi.sia2 masa muda dia dgn FK
Quote Shayang 12-3-2026 05:34 AM
prince_marhaen replied at 11-3-2026 12:05 PM
Harapnya bussinessman yang dah establised lah...bukan yang baru nak cuba2... tak pasal2 DD pulak ken ...

Jgn terjebak mcm kes AA tu
Tak memasal ke dalam
Pastikan pilih yg legit
Bukan scammer
Quote puanbintang 12-3-2026 07:59 AM
semoga DD dapat jodoh yang baik- baik.
Quote Minami2013 12-3-2026 08:07 AM
Meols nk komen hidung DD. Yg asal jauhhh lagi cantik. Hidung skrg buat nmpak muka dia keras.

Moga bertemu jodoh yg baik dan membahagiakan hingga ke syurga. Meols kesian kat DD kahwin dah la muda sgt. Cabaran pulak tu dgn ex suami mcm2 kes.
Quote royaldanish 12-3-2026 08:09 AM
boudinniA replied at 11-3-2026 03:04 PM
Takde siapa tahu ke siapa lelaki tu.

bukan yg viral baru2 ni ke?
Quote DARSITA 12-3-2026 08:30 AM

Pernah tgk baru baru ini video di utube dia dgn seorang lelaki duduk bergeselan badan! itu la kot bf baru dia.
Quote sukacactus 12-3-2026 01:43 PM
boudinniA replied at 11-3-2026 11:04 PM
Takde siapa tahu ke siapa lelaki tu.

Dgn mamat singapore tu kan, engineer ke apa ntah, baca masa viral pic diaorg berdua aritu
Quote apedehal 12-3-2026 01:45 PM
Non muslim ke bf dia tu
Quote kalchi 12-3-2026 01:54 PM
Punya la lama DD dlm industri dan kawen pun muda, tak sangka dia baru 34. DD kalau slim mcm lisa mesti bole nampak 27
Quote kaklehot 12-3-2026 03:13 PM
boifie dia dari tepi mcm muka jefri nicol tapi kalau dari depan mcm jefri nicol shopee..netizen yg cakap
Quote mieza386 12-3-2026 03:53 PM
makin lawa Diana ni..
Quote sharlenetexas 12-3-2026 08:41 PM
Semoga bukan scammer


Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-4-2026 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.045631 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top