Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Harimau Larikan Beg Tangan Pengunjung Zoo!

3-2-2016 10:51 AM |Dilihat:3987| Komen: 28

Oleh : TS LOO


Seorang pengunjung wanita di Zoo Shanghai di sini berputih mata apabila beg tangan kulit miliknya terjatuh dalam kandang harimau sebelum ia dibawa lari oleh haiwan tersebut, lapor portal MailOnline kelmarin.

Pengunjung itu, Li Qin Hao, dikatakan telah menggunakan beg tangannya sebagai umpan untuk menarik perhatian harimau yang berada di dalam kandang supaya mendekatinya.


sumber foto: http://www.dailymail.co.uk/


Bagaimanapun, beg tangannya yang mengandungi wang tunai, beberapa keping kad kredit dan kunci rumah terlepas sebelum terjatuh ke dalam kolam kandang haiwan ganas itu.

Seekor harimau yang berada berhampiran kolam itu kemudian dilihat masuk ke dalam kolam dan berenang ke arah beg tangan yang terjatuh itu sebelum membawanya lari ke sebuah pulau kecil di tengah-tengah kurungan berkenaan.


sumber foto: http://www.dailymail.co.uk/


Kakitangan zoo yang dimaklumkan mengenai perkara itu telah memberikan pas percuma kepada keluarga wanita tersebut untuk berada lama di situ sementara menunggu pekerja zoo mendapatkan semula beg tangannya.

Menurut Pengurus Zoo Shanghai, He Chin, pihak zoo menunggu sehingga harimau itu diberi makan oleh pekerja zoo dan mengambil semula beg tangan itu yang telah dikunyah.- CARI Infonet



sumber info: dailymail.co.uk/

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 28
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 4-2-2016 01:46 PM
Sendiri yang mengundang kan dah mendapat tak pasal2 kena beli bag baru

Lain-lain Komen

Quote krustykrab 3-2-2016 10:56 AM
kakakkak....beg kena kunyah rimau....aum aum
Quote teratai_indah 3-2-2016 10:59 AM
besar nye rimau...
nk buat umpan konon.. munyusahkan org je..
Quote Knowlee 3-2-2016 11:21 AM
Rimau tu nak pulangkan beg tu sebenarnya tapi dia taktau nak cakap mcm mana.
Quote zameyla 3-2-2016 11:39 AM
Knowlee replied at 3-2-2016 11:21 AM
Rimau tu nak pulangkan beg tu sebenarnya tapi dia taktau nak cakap mcm mana.

macam yg dekat india yg dia gigit tengkuk laki tu sebab nk selamatkan dari kena baling batu...
Quote uori 3-2-2016 11:40 AM
bayangkan kalo orang yang jatuh..  
Quote chinta89 3-2-2016 12:04 PM
x psl2 beg kulit kena mkn ngn rimau~
Quote kejoraria 3-2-2016 12:18 PM
beg tu klau belang2 rimau mesti rimau tu tak kunyah....mesti dibelai2 sbb ingat anak dia
Quote prettyuglybabe 3-2-2016 12:21 PM
cash la.. masuk zoo tengok binatang diam-diam tak boleh ke..
sibuk nak panggil-panggil binatang tu wat apa..
Quote skyreds 3-2-2016 12:25 PM
padan muka ko ....   

seb baik x kene halau jek ngan pengurusan zoo ... menyusahkan
Quote supernaturalee 3-2-2016 12:29 PM
prettyuglybabe replied at 3-2-2016 12:21 PM
cash la.. masuk zoo tengok binatang diam-diam tak boleh ke..
sibuk nak panggil-panggil binatang tu  ...

bajet kucen kt rmh kot

Quote DaisyD 3-2-2016 12:49 PM

hahahaha dia dah try buat meow meow tapi rimau tak layan
Quote epis 3-2-2016 12:53 PM
bau kulit lembu kuat lagi kot, tu yg harimau ingat makanan hahah...
Quote azie5zoe 3-2-2016 12:58 PM
harimau pun tau nak gi shopping jugak..
Quote supernaturalee 3-2-2016 01:04 PM
DaisyD replied at 3-2-2016 12:49 PM
hahahaha dia dah try buat meow meow tapi rimau tak layan

rimau panggil meow meow
patutlh xmai







Quote fifie_olin 3-2-2016 01:10 PM
yg dok acah2 rimau tu dh knp ...mendpt la...ko nk bg sgt...trus disambar pak rimau...
xpe la bkn nya rimau tu leh bt pe pon...setakat geget2 je beg tu...
Quote saviour_09 3-2-2016 01:47 PM

handbag kulit boye kan kak?
rimau nak pulang kat boye la tu..
Quote imransulaiman 3-2-2016 01:49 PM
zameyla replied at 3-2-2016 11:39 AM
macam yg dekat india yg dia gigit tengkuk laki tu sebab nk selamatkan dari kena baling batu...

Wah! Ada ye kes macam tu? Mati tak orang tu?
Quote zameyla 3-2-2016 02:08 PM
imransulaiman replied at 3-2-2016 01:49 PM
Wah! Ada ye kes macam tu? Mati tak orang tu?

lelaki tu mati, tp harimau tu kan sifat dia memang akan gigit kat tengkuk, macam dia kendong ank dia la...

Quote Knowlee 3-2-2016 02:14 PM
zameyla replied at 3-2-2016 11:39 AM
macam yg dekat india yg dia gigit tengkuk laki tu sebab nk selamatkan dari kena baling batu...

Tu la. Kita taktau apa yg ada di dlm fikiran beliau.

Lihat semua komen(28)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.104351s Gzip On
To Top