Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Dipukul Dengan Selipar Akibat Tidur Di Tempat Pemandu Bas

29-1-2016 10:45 AM |Dilihat:5282| Komen: 23
Oleh Izzah Abbasy

Klik Untuk Tonton Video

Pemandu bas ekspres naik angin bertindak memukul dua penumpang kerana mereka telah tidur di kerusi rehatnya semasa dalam perjalanan pulang ke Melaka dari Pulau Pinang.



Paparan skrin dari video yang dirakam oleh salah seorang penumpang yang berada di dalam bas di mana mangsa dilihat dipukul dengan selipar oleh pemandu bas.

“Jangan campur ah, lu orang jangan ganggu saya ah… tak puas hati cakap sama saya ah, itu saya punya tempat tidur tau.

“Saya hantam betul-betul lu tau ah? Tada otak ka tempat tidur saya mau masuk?”
kata pemandu bas berkenaan.

Kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri upacara keagamaan sempena Thaipusam di Kuil Arulmigu Balathandayuthapani di Pulau Pinang.

Dua mangsa yang berumur 35 dan 41 tahun itu telah dipukul beberapa kali dengan selipar, malah ditampar serta ditendang oleh pemandu bas terbabit.

Ketika dalam perjalanan, dia juga menggunakan bahasa yang kasar untuk memarahi mereka di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.

Kedua-dua warga asing itu, yang merupakan pekerja sebuah restoran di sini, telah menemani seorang ahli perniagaan tempatan untuk meraikan Thaipusam di Pulau Pinang.

Ahli perniagaan berusia 57 tahun itu berkata, pemandu itu sangat agresif dan sanggup berhenti tiga kali di lebuh raya untuk memukul dua mangsa.

"Dia juga menyerang saya apabila saya menyuruhnya berhenti memukul pekerja saya. Dia hanya berhenti apabila saya memberikan RM50 kepadanya.

"Kami semua berasa malu sepanjang dalam perjalanan dengan kekasaran dan kebiadabannya tetapi berdiam diri kerana dia adalah seorang pembuli," katanya sambil menambah bas itu penuh dengan penumpang.

Ahli perniagaan itu yang juga tidak mahu dikenali berkata pemandu itu berhenti di kompleks bas Terminal One Seremban dan memaksa mereka keluar dari bas. - CARI Infonet


Kredit : mStars


Apa Reaksi Anda...

Bagus
6
Marah
4
Terkejut
4
Sedih
4
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 23
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote FARRAZOOL 3-2-2016 09:01 PM
Meroyan sebab lalok

Lain-lain Komen

Quote Themilo 29-1-2016 09:31 AM
Selama ni, kita asik baca rintihan kaum india di Malaysia, konon2 ditindas. Tapi actually, deyoll lagi memandang hina kaum sendiri yang datang all the way dari india untuk cari rezki kat Malaysia nih sis
Quote ad_hoc79 29-1-2016 10:19 AM
sblm ni penumpang tu duduk seat mana? dia tukar tpt duduk ke
Quote sapp73 29-1-2016 10:23 AM
bawah pengaruh dadah?....ramai driver bas express amik dadah.
Quote kucingTomey 29-1-2016 10:43 AM
Klu bas express tempat duduk cukup2 la klu tiket...klu ko duduk tempat dia...dua kemungkinan.....ko tukar tempat ...tu mmg cash kena pukul...dua...india kan suka sumbat selagi boleh dlm bas ...maknenye ade penumpang xde seat....tu pun cash jugak...hu3
Quote kumen2 29-1-2016 12:30 PM
sama mcm aq dulu,, ada la penumpang tu dia beli burger mcd... phm jer la. air cond  boleh bau satu bas.... . . drebar tu bnti bas tepi jalan cakap... u kalu nak makan bukan dalam bas... x nampk ka.. papan no food .. . . .terus suma penumpang rasa takut,,, ... .

Quote nakkomenjugak 29-1-2016 01:18 PM
marah tak dapat beraya ke apa
Quote sukacactus 29-1-2016 01:29 PM
Gerun kalau naik bas bl drivernya baran cenggini
Quote Hulkmalaya 29-1-2016 03:15 PM
Macam aku dulu pernah naik sekali bas dr kl ke segamat, driver tu boleh berhenti kat rnr pergi maki satu brader ni pergi tidur kat tempat dia, lepas tu sepanjang panjang jalan ke segamat dia sumpah seranah budak tu
Quote jazaa100 29-1-2016 05:03 PM
Edited by jazaa100 at 29-1-2016 05:05 PM
kumen2 replied at 29-1-2016 12:30 PM
sama mcm aq dulu,, ada la penumpang tu dia beli burger mcd... phm jer la. air cond  boleh bau satu b ...

smlm aku naik lrt....
ada  pompun gomok  mkn waffle dlm lrt....aku ni tengah pening, rasa nak muntah bau waffle....
bodoh bertingkek....klu budak kecik aku paham le....
terus aku buat andaian...org gemok ni tak blh sabar klu nak mkn...

nasib baik tren lrt tak de driver...klu tak mesti dia berhenti kat kubor jln ampang suroh pompuan tu turun kat situ...

Quote famri7 29-1-2016 05:06 PM
Memang driver bas n lori terkenal dgn prangai emotional sis..tapi lahanat kan heshe..smoga ditimpa cash.
Quote plasterhati 30-1-2016 05:30 PM
ganasnya ............
Quote pooh~key 30-1-2016 05:43 PM
dah mati belum pemandu bas tersebut?
Quote stania83 30-1-2016 06:13 PM
generasi aq aq dah masuk forum ker???
Quote R2D2 1-2-2016 08:30 AM

SPAD Kesal Sikap Pemandu Bas Naik Angin


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengingatkan pengusaha bas untuk memantau dengan teliti dan mendisiplinkan pemandu mereka bagi memastikan perkhidmatan berkualiti diberikan kepada penumpang pada setiap masa.

Arahan itu dibuat susulan klip video yang menjadi viral membabitkan pemandu bas ekspres yang didakwa naik angin dan bertindak memukul dua penumpang kerana tidur di kerusi rehatnya semasa dalam perjalanan pulang ke Melaka dari Pulau Pinang.

Menerusi video berkenaan, dua mangsa yang berumur 35 dan 41 tahun telah dipukul beberapa kali dengan selipar, malah ditampar serta ditendang oleh pemandu bas terbabit.

Ketika dalam perjalanan, dia juga menggunakan bahasa yang kasar untuk memarahi mereka di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.

Salah seorang mangsa, yang tidak mahu namanya disiarkan berkata dia dan rakannya telah memohon maaf kepada pemandu itu kerana tindakan mereka tidak disengajakan.

"SPAD ingin merakamkan kekesalan terhadap penumpang yang terlibat kerana terpaksa berhadapan dengan satu pengalaman yang menakutkan semasa perjalanan mereka," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

SPAD berkata ia memandang serius perkara itu dan telah berhubung dengan penumpang terbabit untuk merakamkan kenyataan.

Menurut kenyataan itu, penumpang berkenaan membuat laporan polis pada 28 Januari lalu di Balai Polis Melaka Tengah atas nasihat SPAD.

"SPAD akan membantu PDRM dengan memberikan maklumat yang diperlukan membabitkan pemandu dan pengendali bas ekspres.

"Ia supaya tindakan tegas dan pantas dapat diambil terhadap pemandu yang tidak bertanggungjawab itu.

"SPAD juga telah mengarahkan pengendali bas ekspres yang terlibat dalam kes itu untuk menghadiri siasatan pada 1 Februari," katanya.
Quote mommymonster82 1-2-2016 08:37 AM
Peliknya tdo ber 2 ???? Korg buat apa situ? Sesuatunya...

Xyah play victim la...korg dah tahu seat korg.... ke gayah ni buat projek?
Quote budakmanentah 1-2-2016 08:42 AM
dlm bas tu semua geng padaiyappa agaknya,patutla masing2 xnak report. amboi dpt rm50 baru nk berenti pukul.
Quote mrseller 1-2-2016 08:44 AM
Aki teringat time naik bas dulu..meraba amoi sebelah..bestnyaaaa
Quote kumen2 1-2-2016 04:01 PM
jazaa100 replied at 29-1-2016 05:03 PM
smlm aku naik lrt....
ada  pompun gomok  mkn waffle dlm lrt....aku ni tengah pening, rasa nak mun ...

kalu pening gune la minyak cap kapak....
Quote bluehedgehog 1-2-2016 04:13 PM
mrseller replied at 1-2-2016 08:44 AM
Aki teringat time naik bas dulu..meraba amoi sebelah..bestnyaaaa

sib baik tiada hudud dan 4 saksi
sempat la ko hidup smpai skg

Lihat semua komen(23)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.097128s Gzip On
To Top