Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Rasa kebas di Kaki Dan Tangan Antara Tanda Kencing Manis

13-1-2016 06:21 PM| Komen: 9


Oleh : Dean BZ




Setiap manusia menginginkan tubuh badan yang sihat. Oleh itu, penjagaan kesihatan amatlah penting bagi memastikan diri sentiasa sihat dan cergas.

Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina, dan Yunani (Greek). Di Malaysia, kencing manis merupakan salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di samping strok / angin ahmar, tibi dan barah paru-paru. Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap Diabetes Mellitus atau kencing manis.

Jangan biarkan anda tergolong dalam penghidap kencing manis kerana ada cara untuk mengenalpasti tanda-tanda awal kencing manis :

Tanda-Tanda Awal Diabetes: 
1. Kerap berasa dahaga 
2. Kerap membuang air kecil terutamanya ditengah malam 
3. Mempunyai penglihatan yang kabur 
4. Keletihan melampau tanpa sebab yang diketahui 
5. Berat badan berlebihan 
6. Kerap berasa lapar 
7. Kerengsaan kulit 


Selalunya pesakit diabetes kurang peka dengan mengaitkan tanda-tanda awal sebegini dengan penyakit diabetes. Kebanyakkan mereka menyedari mereka menghidapi penyakit diabetes melitus apabila mereka merujukkan masalah berikut kepada doktor. 

Tanda-Tanda Diabetes: 
1.  Menghadapi masalah jangkitan yang kerap seperti: 
- Kulit      
- Gusi      
- Jangkitan pundi kencing 
2.  Penglihatan yang semakin kabur 
3.  Luka lambat sembuh 
4.  Parut luka berwarna kehitam-hitaman 
5.  Rasa kebas di tangan atau kaki 
6.  Tekanan darah tinggi mula hadir 
7.  Air kencing mengandungi KETON (hasil sampingan kerosakan otot dan lemak terjadi apabila kandungan insulin dalam badan tidak mencukupi)



Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan diatas, segeralah lakukan pemeriksaan doktor untuk khidmat nasihat dan rawatan. Mencegah lebih baik dari mengubati! - CARI Infonet.





Apa Reaksi Anda...

Bagus
11
Marah
2
Terkejut
8
Sedih
4
Lawak
5
Bosan
9
Komen: 9
Komen

Previous : Anak Obesiti! Apa Nak Buat Ni?

Next       : Awek Garang

Komen Terbaru

Quote Suraya73b 19-1-2016 04:22 PM
Mmg risau sbb mak ada pnyakit kncing manis hingga  terpaksa ke tahap cuci buah pinggang seminggu 3 kali..
..berat bdnku  dh brtambah ni..huhuuu

Lain-lain Komen

Quote aduh2sayang 13-1-2016 07:14 PM
kebas? biasa juga.. takutnya
Quote alieyrina 13-1-2016 10:28 PM
Btui ka..aku dahla memg x suka mnum air masak..haritu kebas2 tgn..nasib dah ok lani..cuak jugak..
Quote AGSA 14-1-2016 10:44 AM
cuak gak slalu ni kebas2 tgn...
Quote AGSA 14-1-2016 10:44 AM
apa cara nk mgatasi nie ek...>?
Quote khairulazuan 14-1-2016 04:00 PM
selalu jugak kebas tgn nih..mmm
Quote tengah_bosan 15-1-2016 11:49 AM
Hurm selalu rasa dahaga.
Quote shitakee 18-1-2016 12:10 AM
dlu memang slalu kaki rse kebas
takut gak simptom kencing manis
da la fmily aku mmg keturunan kencing manis
trus jaga mkn minum,,kurgkan manis
bykkan minum air suam 3 liter
da xde da kebas2 kaki


dlu mmg favourite teh ais je manjang
Quote iznanaziz 18-1-2016 03:46 PM
shitakee replied at 18-1-2016 12:10 AM
dlu memang slalu kaki rse kebas
takut gak simptom kencing manis
da la fmily aku mmg keturunan ken ...

alhamdulillah

aku skrg ni kerap minum air teh halia....
Quote Suraya73b 19-1-2016 04:22 PM
Mmg risau sbb mak ada pnyakit kncing manis hingga  terpaksa ke tahap cuci buah pinggang seminggu 3 kali..
..berat bdnku  dh brtambah ni..huhuuu

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.132384s Gzip On
To Top