Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Cara Atasi Kulit Kering Berkedut

4-1-2016 06:34 PM| Komen: 8


Oleh : Dean BZ


Memiliki kulit yang tegang dan sihat adalah idaman setiap insan namun apabila usia sudah mula lanjut, masalah kulit pasti akan dihadapi oleh setiap individu.


Kulit kering dan berkedut berpunca dari pemakanan dan juga keadaan cuaca yang tidak sihat.

Jadi bagaimana atasi kulit kering dan cepat berkedut? Ini caranya, dipetik dari siraplimau :



1. Lebihkan makan ikan
Menurut laman web WebMD, kena banyak makan ikan. Lebih-lebih lagi ikan salmon kerana kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang membantu keanjalan kulit sekali gus mengelakkan kedutan pada kulit.

2. Amalkan soya
Elok diambil melalui pemakanan ataupun produk penjagaan diri kerana ia merawat kulit yang rosak akibat sinaran matahari terik.

3. Tukar kopi atau teh kepada koko
Mengandungi antioksidan, koko membantu pengaliran darah dalam badan dan mengatasi masalah kurang air sekali gus menjadikan kulit sentiasa lembap.


4. Elak tarik kulit secara paksaan
Misalnya mengecilkan mata apabila memandang objek jauh. Tanpa kita sedar, kulit di tepi dan bawah mata ditarik dengan paksa dan apabila kerap dilakukan, terjadinya kedutan. Jika anda mengalami masalah mata, jumpa doktor atau dapatkan kaca mata.


5. Guna produk penjagaan mengandungi AHA dan Vitamin C
Asid semula jadi ini membuang sel-sel mati pada lapisan luar kulit, mengurangkan garis halus dan kedutan kulit terutamanya di bahagian bawah mata manakala vitamin C melindungi kulit daripada sinaran UVA serta UVB.
 

6. Guna pencuci muka daripada gel/krim
Biasanya pencuci muka jenis ini mengandungi agen pelembap yang apabila digunakan, melembapkan kulit dan mengelakkan kehilangan minyak semula jadi pada kulit.

7. Elak jemur bawah matahari terik
Sinaran matahari memang elok untuk kulit namun elak menerimanya berlebihan kerana ia boleh merosakkan kulit dan menghasilkan garisan-garisan halus yang boleh menyebabkan kedutan.


8. Sentiasa guna pelembap
Kulit mudah kering tambah lagi jika anda sentiasa on the go. Oleh itu, digalakkan menyapu produk mengandungi agen pelembap dengan kerap agar kulit sentiasa lembap.

9. Minum air kosong
Sumber terbaik agen pelembap kulit. Amalkan minum air dengan banyak dalam satu hari.


Apa Reaksi Anda...

Bagus
17
Marah
15
Terkejut
17
Sedih
2
Lawak
3
Bosan
11
Komen: 7
Komen

Previous : Sis Sering Penat Dan Mengantuk? Jom Cuba Cara Ini Untuk Hilangkan

Next       : Awek Garang

Komen Terbaru

Quote starstrucked 21-10-2016 10:15 AM
Good information!

Thank you!






______________________________________________________________________________
Don't click HERE

Lain-lain Komen

Quote azie5zoe 5-1-2016 08:25 AM
gambar nombor 7 tu..hajab je nengoknyer..kalau cemtu..biarlah dia kering dan berkedut...
Quote khairulazuan 5-1-2016 11:40 AM
tq atas info





Quote amirmir 1-6-2016 03:29 PM
Edited by amirmir at 1-6-2016 03:31 PM

Nak share skit.. ada satu produk ni bahan utama dia asid hyaluronik A. which boleh bantu generate balik kulit kita. bahan ni bukan bahan asing sebab badan kita pun ada cuma kuantiti dia semakin sikit bila kita semakin tua. maksudnya kulit kedut bermasalah tu sebab utama dia asid hyaluronik ni dah kurang dalam badan kita. Orang yang jerawat jeragat teruk semua jadi baik. jadi macam kulit time baby dulu-dulu.  testimoni produk ni pun banyak. boleh kata satu malaysia dah banyak guna. kawan wife pun semangat beli. takdela plak dengar benda2 negatif ni dari produk tu.  owner dia pun dah jutawan skang.  nampak menarik sebab beribu kot orang yang guna produk dia. hari-hari ada je orang baru beli.  ni link dia kalau nak tengok la.....Produk VIRAL MALAYSIA



Quote ipes2 1-6-2016 03:57 PM
Two main causes:
1) aging
2) sun exposure
..and these two almost impossible utk elak
Quote Super-M 1-6-2016 04:48 PM
Sm minum air banyak2, lepastu teh kopi mmg tak minum. Ketawa jarang ada expresi muka , cuma bunyi haha..  Tats y adik sm cakap ketawa fake. Skrg baru guna mandelic acid serum, mmg nampak kulit tegang liang roma mengecil jerawat akibat carbon laser pun dah mula xda.
Quote Wlannie 19-10-2016 08:42 PM
Hey bro! Hi kawan2!!


Unlimited Deposit Bonus hanya untuk anda!!!


Deposit minimum MYR100 keatas dan dapatkan bonus anda sekarang!!!



Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Quote starstrucked 21-10-2016 10:15 AM
Good information!

Thank you!






______________________________________________________________________________
Don't click HERE

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.133201s Gzip On
To Top