Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

6 Tanda Anda Ada Penyakit Emosi

16-12-2015 01:22 PM | Dilihat: 2651| Komen: 1



Oleh : Dean BZ


Sebagai manusia pasti memiliki 6 perasaan seperti gembira, marah, sedih, risau, gelisah, dan takut.

Memetik dari Pelikbinajaib.com, Ilmu perubatan dari China menjelaskan bahawa sekiranya salah-satu daripada perasaan ini muncul sepanjang waktu dan lebih dominan (menguasai diri) berbanding dengan perasaan lain, maka kemungkinannya perasaan itu menandakan adanya penyakit dalam tubuh seseorang.

Berikut merupakan 6 emosi dan perasaan yang dialami oleh manusia :


1-Gembira dan kegirangan
Meskipun biasanya perasaan bahagia menunjukkan keadaan jiwa yang sihat, kegembiraan yang berlebihan atau euforia dapat menunjukkan keadaan fizikal dan mental yang tidak sihat. Seseorang yang selalu tampak girang sepanjang waktu berisiko mengalami gangguan jantung atau paling tidak yang lebih masuk akal adalah gangguan mental.

2-Gelisah dan resah
Menurut ilmu perubatan China, rasa panik dan gelisah yang muncul sepanjang waktu juga berhubungan dengan kesihatan jantung. Terlebih jika kegelisahan itu disertai gejala-gejala seperti palpilasi (palpitations) atau jantung berdebar dan peluh dingin.

3-Risau
Seseorang yang selalu merasa risau kemungkinan menghadapi masalah dengan kelenjar limpa yang tidak berfungsi sebagaimana mestinya. Gejala lain adalah nafsu makan berkurang, anggota badan terasa lemah, perut kembung dan menstruasi (haid) tidak teratur.


4-Sedih dan pilu
Masalah pada sistem pernafasan terutama paru-paru boleh membuat seseorang nampak selalu sedih sepanjang hari. Kebetulan, serangan asma dan radang tekak cenderung juga lebih sering terjadi dalam suasana duka, batuk-batuk lebih sering dialami orang yang hidupnya menderita.

5-Takut
Jika bukan kerana sifatnya yang memang penakut, seseorang yang selalu ketakutan mungkin punya masalah dengan ginjal. Kemungkinan lainnya adalah tekanan berlebih pada tulang punggung bahagian bawah, infeksi saluran kencing atau gangguan fungsi seksual.


6-Marah
Ilmu perubatan China mengenal energi Qi, yang jika mengalami peningkatan secara berlebih kesannya boleh membuat seseorang jadi lebih pemarah. Peningkatan energi Qi juga berhubungan dengan munculnya masalah pada hati, serta berbagai gejala seperti sakit kepala, pening dan mata merah.

Jika anda mempunyai 6 masalah jiwa diatas, cuba buat sesuatu untuk mengubati perasaan anda. Kawal perasaan dan emosi anda, dan jangan biarkan emosi mengawal anda kerana kelak buruk padahnya. - CARI Infonet. 



Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
4
Terkejut
4
Sedih
4
Lawak
3
Bosan
1
Komen: 2
Komen

Previous : Bawa Maut Jika Penyahhidratan Serius Berlaku Ketika Turunkan Berat Badan

Next       : Anak Demam Panas? Jangan Risau, Cuba Resipi Tradisional Ini

Komen Terbaru

Quote kanaganpilley 16-12-2015 06:29 PM
masalah banyak kasi tanik minum... bagusss

Lain-lain Komen

Quote kanaganpilley 16-12-2015 06:29 PM
masalah banyak kasi tanik minum... bagusss

Lihat semua komen(1)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.047383s Gzip On
    To Top