CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Faizal Hussain Didakwa Pegang Tangan Bekas Penyampai Berita Terkenal

3-10-2023 01:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7149| Komen: 50

Description: PETALING JAYA – Seorang penolong pengurus eksekutif didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mencabul seorang wanita yang juga bekas penyampai berita televisyen terkenal tiga bulan lalu.
PETALING JAYA – Seorang penolong pengurus eksekutif didakwa di Mahkamah Majistret  atas pertuduhan mencabul seorang wanita yang juga bekas penyampai berita televisyen terkenal tiga bulan lalu.


Mohd. Faizal Hussain, 53, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 54 tahun dengan memegang tangan mangsa dengan tujuan untuk mencabul kehormatannya.

Foto: Kosmo

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel di Damansara di sini pukul 1 tengahari pada 13 julai lalu.

Justeru, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang menganggu mangsa dan saksi dalam kes ini.


Dalam prosiding hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Maryam Jamilah Md. Kamal manakala tertuduh diwakili peguam Nor Afiqah Mohd. Ashriee.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 November bagi sebutan semula kes. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 3-10-2023 01:14 PM
Hati kau keras, roy!
Quote naina 3-10-2023 01:57 PM
Faizal Husain retis ke bukan
Quote hareeeesah 3-10-2023 02:04 PM
penolong pengurus exec bkn roy la kot kan..
Quote Firenzza 3-10-2023 02:06 PM
Sapa pembaca berita tu? Hot sangat ke?
Quote Zazama 3-10-2023 02:08 PM
Habis la aktor faizal hussein. Nama sama tapi tak serupa. Bertabahlah faizal..
Quote sayurmayur88 3-10-2023 02:14 PM
iolls ingat faizal hussein yg artis tuh.. adoilahhhh
Quote chandrahusin 3-10-2023 02:15 PM
Faizal Hussain dh 57 kot
Sapa penyampai berita terkenal iteww
Quote tri-max 3-10-2023 02:41 PM
berdebar2 pulak
ingatkan abam roy
nasib baikla faizal lain
takkan abam roy buat perangai di umur2 senja
Quote midori888 3-10-2023 02:43 PM
dah 53, takde bini ke?
Quote ctkusiam 3-10-2023 02:49 PM
La igt kan pelakon faizal hussin tu..hahha namo sama tapi bukan dia.. pegang tangan dikira mencabul juga ke?.. hihi :p
Quote syamzana 3-10-2023 02:54 PM
hannatttt betul, terkujat iols pasaipe merenyam nau abg roy kita main pegang2 nak cabul plak.

sape penyampai berita berumur 54thn tersebut?stesen mana??
Quote laksmanabentan 3-10-2023 02:57 PM
hahahaha.... kat hotel tu... paham2 sudah jer la ya....
Quote babelina 3-10-2023 03:11 PM
ayooo tkejut beruk ingtkn Roy.. berdebor bc tajuk..
Quote ctaz 3-10-2023 03:43 PM
laen maceam dia punya nafsu....
ngan umo 54 thn tuuuu...

mana ke roper penyampai beritanyer...
Quote grouper 3-10-2023 03:49 PM
Mcm mana nak buktikan kena cabul...maybe ada CCTV kot. Klau tertuduh kata x xde buat bukti saksi pun xde..
Quote Firenzza 3-10-2023 03:51 PM
ctkusiam replied at 3-10-2023 02:49 PM
La igt kan pelakon faizal hussin tu..hahha namo sama tapi bukan dia.. pegang tangan dikira mencabul  ...

Kat tered sebelah bini craving nk pegang pinggang jantan lain, tok laki siap tlg amik gmbr lg
Quote jazaa100 3-10-2023 03:58 PM
midori888 replied at 3-10-2023 02:43 PM
dah 53, takde bini ke?

Bila kena tangkap.....bini le kulu kilir teman masuk mahkamah....

Tak sedar diri betul
Quote alongweeda 3-10-2023 04:14 PM
ko nyer tajuk ermmmm tanjat mak
Quote venom1 3-10-2023 04:25 PM
Ni mesti pegang tangan Suzi kan Roy?

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-11-2023 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.093143 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top