CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Korea Selatan Mahu Haramkan Makan Daging Anjing

20-9-2023 12:16 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 13178| Komen: 5

Description: Seoul, Korea Selatan – Wakil-wakil rakyat Korea Selatan merancang memperkenalkan akta melarang penjualan dan pengambilan daging anjing, lapor laman berita RT.Akta itu dicadang oleh pembangkang utama, ...
Seoul, Korea Selatan – Wakil-wakil rakyat Korea Selatan merancang memperkenalkan akta melarang penjualan dan pengambilan daging anjing, lapor laman berita RT. 

Akta itu dicadang oleh pembangkang utama, Parti Demokrat pada Khamis lalu dan mendapat sokongan pemerintah, Parti Kuasa Rakyat (PPP).



“Kira-kira 10 juta isi rumah Korea Selatan mempunyai haiwan peliharaan. Sekarang adalah masa untuk menghentikan amalan memakan daging anjing,” kata ketua jawatankuasa PPP, Park Dae-chul seperti dipetik agensi berita Bloomberg.

Dae-chul yang juga ketua penggubal dasar PPP, merujuk akta itu dengan istilah ‘rang undang-undang Kim Keon-hee’. Keon-hee ialah Wanita Pertama Korea Selatan yang berkempen menamatkan amalan memakan daging anjing.

Keon-hee menyokong larangan terhadap semua jenis perdagangan dan penggunaan daging anjing. 

Pada bulan lalu, beliau menggesa Perhimpunan Kebangsaan meluluskan undang-udang bagi menamatkan amalan itu selain berjanji untuk berkempen dan berusaha menamatkan penggunaan daging anjing.


“Manusia dan haiwan harus hidup bersama. Aktiviti haram melibatkan daging anjing perlu  dihentikan,” katanya semasa sidang akhbar pada akhir Ogos lalu.

Penggunaan daging anjing merupakan amalan yang diteruskan selama berabad-abad lamanya di Semenanjung Korea, tetapi semakin berkurangan sejak beberapa tahun lalu.


Sumber: Kosmo! Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 20-9-2023 12:23 AM
Vietnam bila lagi?
Quote eely_shana 20-9-2023 01:40 AM
Geli gak ni
Quote kakikuDibibirmu 20-9-2023 01:43 AM
Mazhab Maliki membantahnya!
Quote zarulnazmi 20-9-2023 07:42 AM
boleh tak cadangkan KS haramkan makan daging babi juga?
Quote copy_paste 20-9-2023 09:08 AM
sbb diorg dulu susah lepas perang,makanan xde,jd ape yg bergerak tu diorg jdkan makanan,
kita sini ade ubi kayu

Lihat semua komen(5)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-9-2023 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.111974 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top