Penyanyi dan pelakon baru, Khodi berharap penonton tidak mempertikai penampilannya yang bertudung menerusi drama bersiri Gadis Muzikal yang baru selesai tayangannya di TV3, Sabtu lalu. Khodi, 23, atau nama sebenarnya Seri Khodijah Kamarul Bahrin yang membawakan watak Shikin berkata, dia diberikan peranan sebagai gadis kampung dan perlu melakonkan watak mengikut kehendak pengarah.
"Realitinya di luar saya tak bertudung. Setakat ini tak ramai yang perasan mungkin kerana saya muka baru, tapi ada juga yang bertanyakan perkara ini di Instagram saya. "Mereka puji saya antaranya seperti, 'baru kenal Khodi, comel bertudung dalam Gadis Muzikal nampak sweet' dan ada juga tulis 'oh free hair rupanya. Ada yang terkejut kerana dalam Instagram lain dan lakonan lain. "Sekiranya ada rezeki saya tak kisah nak ambil lagi watak yang perlukan saya bertudung. Saya nak bawa watak yang menyeronokkan," katanya kepada Harian Metro.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
26-9-2023 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.072295 second(s), 27 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.