Hangat diperkatakan di media sosial mengenai kenyataan salah seorang peserta uji bakat program realiti yang mengakui 'insecure' dengan paras rupanya yang kelihatan Melayu sedangkan dia berdarah kacukan.
Tidak hanya meraih perhatian daripada umum, ia juga menarik perhatian Che Puan Sarimah Ibrahim untuk mengulask perkara tersebut. Menerusi ciapan di X (Twitter), Sarimah mengatakan dia bersyukur dengan namanya yang tradisional yang membantu dirinya bangkit dan kekal dalam industri seni. “Salah satu aset utama saya dikurniakan dan bersyukur dengan adalah nama saya yang Melayu Tradisional. Nama yang dulu ramai kata tak ‘in’ sebab terlalu ‘old skool’. "But you know what? Nama saya inilah yang membantu saya bangun dan kekal dalam industri kita. "Dan Alhamdulillah saya masuk sekolah kebangsaan bile membesar, so i learnt fluent Bahasa Malaysia," ciapnya
Tambahnya lagi, pelakon berdarah kacukan Melayu-Irish ini turut menitipkan pesanan buat orang ramai untuk berhenti membandikan diri sendiri dengan orang lain dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
26-9-2023 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.148430 second(s), 29 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.