CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Tengkorak Kepala Anak Murid Retak Lepas Dipukul Cikgu Guna Pembaris Logam

19-9-2023 03:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1623| Komen: 2

Description: Beijing: Seorang murid perempuan berusia sembilan tahun di China terpaksa dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan kecemasan akibat dipukul guru dengan pembaris logam.
Beijing: Seorang murid perempuan berusia sembilan tahun di China terpaksa dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan kecemasan akibat dipukul guru dengan pembaris logam.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, insiden itu berlaku jam 4 petang pada 6 September lalu, ketika aktiviti kokurikulum di sekolah berkenaan.


Guru terbabit dikenali sebagai Song didakwa menggunakan pembaris skala segi tiga logam untuk memukul kepala mangsa hingga meninggalkan luka sedalam lima sentimeter (sm) dan menyebabkan kecederaan pada tengkorak mangsa.

Foto:SCMP

Motif kejadian bagaimanapun tidak didedahkan.

Selepas kejadian, Song yang mengajar di Sekolah Rendah Bocai Meixihu di wilayah Hunan, tengah China, membawa anak muridnya itu berjumpa doktor di sekolah.

Hasil pemeriksaan, doktor mendapati ada kecederaan iaitu luka ringan.

Pihak sekolah kemudian menghantar gadis itu ke hospital berdekatan, tetapi doktor di sana tidak memberikan rawatan kecemasan dengan segera, mengatakan mereka memerlukan kebenaran keluarga.


Ketika itu, baru pihak sekolah memaklumkan ibu bapa mangsa mengenai kejadian yang menimpa kanak-kanak berkenaan.

Menurut ibu mangsa, doktor hospital yang merawat anak perempuannya akan menjahit luka di kepalanya atas nasihat pihak sekolah.

Wanita itu bagaimanapun merayu pihak hospital untuk menjalankan ujian perubatan dan memberi keputusan rasmi.

Ujian mendedahkan bahawa tengkorak gadis itu retak dan terdapat serpihan tulang di kepalanya yang memerlukan pesakit menjalani pembedahan segera.

Pembedahan mengambil masa hampir lima jam untuk mengeluarkan serpihan tulang itu.

Sementara itu, bapa mangsa memaklumkan anaknya masih dalam pemantauan rapi di hospital. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 19-9-2023 05:16 PM
ya ampun mcm2
Quote eely_shana 20-9-2023 02:20 AM
Nasib bukan di msia

Lihat semua komen(2)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-9-2023 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.099632 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top