CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ada 3 Cara Untuk Berdepan Suami Yang Cermat!

11-11-2015 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3106| Komen: 4

Description: Jimat cermat memang kelakuan yang harus disanjung tinggi, tetapi kalau seseorang itu terlalu jimat cermat akan dilihat sebagai kedekut.
Oleh : TS LOO

sumber foto : http://www.boldsky.com/



Jimat cermat memang kelakuan yang harus disanjung tinggi, tetapi kalau seseorang itu terlalu jimat cermat akan dilihat sebagai kedekut.

Bagi pasangan suami isteri, sering kita dengar isteri yang dikatakan bersifat jimat cermat dalam perbelanjaan harian keluarga.

Baguslah bagi si suami yang mempunyai isteri yang tidak boros kerana lebih simpanan yang dapat dikumpul untuk keperluan semasa berlaku apa-apa kecemasan dalam aspek kewangan.

Namun demikian, jika keadaan sebaliknya yang berlaku iaitu suami yang terlalu jimat cermat dan isteri pula seorang suri rumahtangga yang langsung tiada pendapatan.

Situasi sebegitu memang menimbulkan kegusaran buat isteri yang kadang-kala ingin belanja lebih sikit untuk keperluan peribadi tapi kekurangan wang.

Berikut adalah 3 pesanan yang boleh dirujuk sekiranya si isteri berdepan masalah tersebut, menurut portal Mingguan Wanita:


1. Yakinkan anda tak boros

Langkah pertama yang harus anda lakukan adalah menilai diri sendiri. Sebabnya anda mungkin salah faham sifat hemat pasangan kerana mungkin andalah yang terbiasa hidup berlebihan atau terlalu boros.


2. Bezakan antara jimat dan kedekut
Jika anda suami asyik berkira dengan anda ada baiknya anda tidak terus menilainya sebagai kedekut dan tidak menyayangi anda. Suami mungkin ada sebab untuk berkira dalam hal ini, mungkin kerana mahu membuat tabungan anak, rumah dan sebagainya demi masa depan anda berdua.


3. Terus terang
Jika anda merasakan bahawa suami memang seorang yang kedekut maka ada baiknya anda berterus terang dengan suami terutama pada perkara yang akan menyukarkan anda. Misalnya anda selalu tidak cukup duit membeli barang dapur atau pun belanja sekolah anak. Jangan simpan sendiri kerana kelak anda yang stres.


4. Membuat tabungan sendiri
Barangkali jumlah perbelanjaan yang diberi oleh suami agak terhad, maka si isteri boleh cuba menabung sendiri dalam jumlah yang sedikit supaya sekurang-kurangnya dalam tempoh yang lama, ia akan menjadi jumlah yang besar dan boleh digunakan untuk keperluan peribadi.


Sumber info : mingguanwanita


15

Bagus
22

Marah
27

Terkejut
13

Sedih
18

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mdhelmi 9-11-2015 08:47 AM
akan pastikan barang dapur cukup dulu barula bole nk cari benda lain
kalo xperlu xpayah beli
pernah jumpa kawan yg berjimat tang barang dapur tp asik tukar2 tepon je
Quote krustykrab 9-11-2015 09:41 AM
aku pulak yg cermat tp laki aku agak boros kalau aku tak ingatkan...
kalau pi kedai aku akan pastikn aku ada sebelah dia supaya dia tak beli benda2 yg x perlu
Quote kelabibuhamil 15-11-2015 08:12 PM
Saya rasa perlu ada budjet diawal bulan. Selepas itu belanja lah
Quote dabai 17-11-2015 05:44 PM
Kalau beli barang keperluan. Takde hal.
Yang jadi hal, barang kehendak. Pasal kehendak sentiasa ada.

Lihat semua komen(4)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-5-2022 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.073757 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top