CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Resepi Kuih Tok Aji Serban Dari Terengganu

3-11-2015 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 25717| Komen: 10

Description: Kenalkah anda Kuih Tok Aji Serban? Penduduk pantai timur Malaysia pastinya mengenali kuih ini kerana agak popular di kawasan sana......

Oleh : Dean BZ

Sumber foto : rezwati.blogspot.com


Kenalkah anda Kuih Tok Aji Serban? Penduduk pantai timur Malaysia pastinya mengenali kuih ini kerana agak popular di kawasan sana.

Kali ni penulis ingin kongsikan cara-cara membuat kuih aji serban ni. Tidaklah pula penulis tahu asal usul nama kuih ni diberi, mungkin ada yang lebih arif tentang asal usul nama kuih ini, bolehlah berkongsi diruangan komen.

Kuih ini mirip kuih seri muka, cuma bezanya sekaya di bahagian atas. Rasanya memang sedap.

Bahan-bahan

Lapisan Bawah
2 cawan pulut
*Masak pulut seperti biasa, masak bersama sedikit santan cair dan sedikit garam untuk menambahkan lemak.


Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1/2 cawan gula putih
1/2 cawan gula merah
3 biji telur 1 s/t garam

Cara-cara membuat Lapisan Bawah (pulut)
Kukuskan pulut sehingga masak.
Setelah masak, keluarkan dari pengukus, mampatkan pulut tadi cantik-cantik.
Ketika masih panas, tuangkan adunan atas dan masak semula.

Lapisan serbannya
Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau sehingga sebati.
Tapis terlebih dahulu, kemudian tuangkan ke atas pulut yang telah dimampatkan tadi.
Kukuskan lebih kurang 30 minit.
Setelah sejuk, boleh lah dipotong kecil.

Ok selamat mencuba, jangan segan-segan. - CARI Infonet.




Sumber - blogterengganu.blogspot.my

46

Bagus
33

Marah
35

Terkejut
9

Sedih
12

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (166 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote khailya 3-11-2015 03:29 PM
ala2 mcm seri muka jerr
Quote comel91 3-11-2015 03:46 PM
alim sangat ke smpi diberi nama tok aji serbang?? guane dekak ganu takde orang pakai songkok ke TT?
Quote jelitaqasyah 3-11-2015 04:20 PM
ehh lama xmakan kuih ni. tapi xpernah tau plak nama dia tok aji.. kuih pakai serban ea???
Quote elmen 4-11-2015 07:02 AM
sedapnyeeeeeeeee.. i nak buat.. tapi bawah die xnak pulut..nak tukar mcm ala santan putih yg masin2 skit tu.. ok.. bookmark!
Quote Ipo 4-11-2015 10:25 AM
orang kelantan panggil seri kaya
telur dicampur dengan gula melaka dan dikukus


kalau masukkan dalam labu pun sedap jugak
download (5).jpg
Quote Aiira 6-11-2015 08:37 AM
@Ipo Tok aji serbam tu bila seri kaya bergabung dengan pulut.

Tapi pulut orang Terengganu juga panggil Seri Kaya.
Quote Ipo 7-11-2015 11:32 AM
Aiira replied at 6-11-2015 07:37 AM
@Ipo Tok aji serbam tu bila seri kaya bergabung dengan pulut.

Tapi pulut orang Terengganu juga pa ...

oh memang panggil tok aji serbam ek bila bergabung meletop dgn pulut?

kat kelantan masih panggil seri kaya..
Quote Aiira 7-11-2015 12:17 PM
@Ipo I am sorry. Me typo lah.
Pulut + Seri Kaya = Tok Aji Serban

Bukan Tok Aji Serbam. Nak edit tapi guna phone tak dapat nak edit sebab butang edit tak keluar. Last-last biar je. Huhu...

Sorry.
Quote Ipo 7-11-2015 06:53 PM
Aiira replied at 7-11-2015 11:17 AM
@Ipo I am sorry. Me typo lah.
Pulut + Seri Kaya = Tok Aji Serban



ingatkan tok aji serbam
Quote Aiira 7-11-2015 08:29 PM
Ipo replied at 7-11-2015 06:53 PM
ingatkan tok aji serbam

Tak lah uols.... hahahahahaha

Lihat semua komen(10)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-6-2022 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.082773 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top