CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

"Paderi Ke Tengah Tu?" Resepsi Perkahwinan Dr Amalina Bakri Cetus Kontroversi, Didakwa Tiru Orang Kristian

6-6-2023 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6381| Komen: 66

Description: Dr Amalina Che Bakri dah bernikah dengan suaminya Alexander Charles pada April 2021 namun baru sempat mengadakan majlis resepsi perkahwinannya baru-baru ini.
Dr Amalina Che Bakri dah bernikah dengan suaminya Alexander Charles pada April 2021 namun baru sempat mengadakan majlis resepsi perkahwinannya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang dibuat wartawan yang kini menetap di London, Haliza Hashim, dapat dilihat kemeriahan majlis tersebut yang menggunakan konsep ‘Garden Wedding’.


Foto: IG

Difahamkan, majlis tersebut juga dihadiri kenalan rapat kepada Dr Amalina dan Alexander.

Jengah di ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang dilihat mempertikaikan majlis tersebut dengan mendakwa ia seperti majlis kahwin orang Kristian.

Ini kerana terdapat seorang lelaki yang seakan-akan paderi duduk di antara pasangan ini sewaktu majlis tersebut berlangsung.


Bagaimanapun Dr Amalina tampil menjelaskan perkara yang sebenar dengan menyatakan bahawa majlis resepsi yang diadakannya itu merupakan resepsi biasa dan bukanlah majlis ritual agama Kristian seperti yang didakwa sesetengah netizen.

Dr Amalina juga menjelaskan bahawa lelaki yang didakwa merupakan paderi tersebut hanyalah seorang pengacara majlis bagi resepsi perkahwinannya itu.

Sekadar info, Dr Amalina telah mendirikan rumah tangganya bersama suami, Alexander Charles pada Aril 2021 yang lalu dan hasil perkahwinannya itu mereka dikurniakan seorang anak yang dinamakan sebagai Arabella Mia, 1. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 6-6-2023 12:21 PM
Ala2 konsep paderi gitu
Quote Buritan 6-6-2023 12:22 PM
Lantak hang laa.. hade aku kessah.. aku jeles dgn hang sbb hang pandai Dan byk duit..   

Quote shi_jewel 6-6-2023 12:23 PM
yang penting mereka berkahwin dan anak tu bukan luar nikah.

sekian.
Quote otai_g 6-6-2023 12:24 PM
Netizen mulut hansuang.. apa buktinya laki tu paderi? Biasa kalo paderi pun dia akan buat akad nikah kat church bkn dkt garden
Quote capiloton 6-6-2023 12:28 PM
Edited by capiloton at 6-6-2023 12:36 PM

lantak dia la nak jadi kapir sekali pun

apa yang korang sebuk

ramai lagi yang comel2 dan femes2 yang masuk Isle
yang latest, the most femes influencer in the men's world - Andrew Tate


[youtube]d3G7sBPWPCE[/youtube]



Quote mamaneesa 6-6-2023 12:49 PM
sekadar exchange wedding vow la kot tu
Quote noor2 6-6-2023 12:56 PM
capiloton replied at 6-6-2023 12:28 PM
lantak dia la nak jadi kapir sekali pun

apa yang korang sebuk

Omg....thanks for this video...akhirnya dia convert..x de sapa paksa dia tapi dia memahami islam yg kita yg born muslim pun x faham agama Islam sgt...
Quote noor2 6-6-2023 12:58 PM
capiloton replied at 6-6-2023 12:28 PM
lantak dia la nak jadi kapir sekali pun

apa yang korang sebuk

Eh.dia convert ke tak...aku x tgk video abis...
Quote capiloton 6-6-2023 01:05 PM
noor2 replied at 6-6-2023 12:58 PM
Eh.dia convert ke tak...aku x tgk video abis...

dia dah jadi muslim

banyak tok guru dia yang top lagi femes
salah satu nya - nouman ali khan
Quote Samerosie 6-6-2023 01:09 PM
Kan kak haliza tu ckp yg tengah2 tu emcee derang haritu. Kecohlah netizen2 bbnu kepam. Mesti netizen terus kababoom heart attack macam kena covid vaksin mengelupur kalau dapat tahu derang pun kena register civil marriage sebab kat sana tak de mahkamah syariah nanti nak serai berai tuntut nafkah semua susah kalau tak register.
Quote noor2 6-6-2023 01:12 PM
capiloton replied at 6-6-2023 01:05 PM
dia dah jadi muslim

banyak tok guru dia yang top lagi femes

Tq..nk search video2 dia..mcm.menarik je untuk di tonton
Quote lasagna 6-6-2023 01:15 PM
noor2 replied at 6-6-2023 12:58 PM
Eh.dia convert ke tak...aku x tgk video abis...

ehh lama dah andrew ni masuk isle, rasa taon lepas lagi dah.
maap ter-OT plak kat benang dramalina.. sowiee
Quote sharlenetexas 6-6-2023 01:19 PM
Dejavu sasha elite kawin dulu.


Quote reddots 6-6-2023 01:37 PM
capiloton replied at 6-6-2023 12:28 PM
lantak dia la nak jadi kapir sekali pun

apa yang korang sebuk

Tate ni dah kira suam2 nak masuk sejuk beku dah. sebab dah lebih 6 bulan dah revert.

ni Bobby pun dah kira suam2, revert masa nak puasa ari tu
[youtube]YLotI3nAx4E[/youtube]

Quote edayildiz 6-6-2023 01:47 PM
xboleh ke?
semua xboleh kan org melayu ni..terpaling islam
Quote mojarean_X 6-6-2023 01:49 PM
capiloton replied at 6-6-2023 12:28 PM
lantak dia la nak jadi kapir sekali pun

apa yang korang sebuk

Dan yg plg penting Andrew Tate peminat Mariah Carey. Kami ada persamaan
Quote Thunderclouds 6-6-2023 02:01 PM
Mcm bese yg mngaku isley lg pakar pasal ugama kristian dr org kristian sendri.
Silaa meninggal maknosia gini.
Quote cutieslilies 6-6-2023 02:08 PM
alaaahaiiii.... punya takde keje nitezen..dah beranak elok bersanding kepakkepung pun mengata lagi...


Quote mizruncing 6-6-2023 02:18 PM
melting btol tgk anak dia. mmg menjadi mix apaknyaa..

Lihat semua komen(66)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-9-2023 04:16 PM GMT+8 , Processed in 1.056897 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top