Siapa tahan jika sering diherdik dan dimarahi. Begitulah yang dialami seorang wanita selama tiga tahun diperlakukan sedemikian oleh ibu mentuanya. Perkongsian di laman Facebook, Cinta Suami Isteri, menunjukkan perbualan WhatsApp seorang wanita yang mengadu kepada suaminya tentang perangai ibu mentua.
Apa sahaja dilakukannya tidak pernah elok di mata mentua. Ada sahaja yang salah dan kurang. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna bersimpati terhadap nasib wanita tersebut dan ada antaranya mempersoalkan tanggungjawab suami yang sepatutnya menyediakan tempat tinggal untuk isteri. “Jadi suami tapi tidak ada fungsi. Kalau hal sebegini suami pandang ringan, percayalah, bila ada anak dia akan lepaskan semua (tanggungjawab) kepada isteri. “Bila isteri minta duit belanja, dia akan persoalkan. Anak-anak merengek pun dia akan soal isteri padahal, menyediakan tempat tinggal merupakan tanggungjawab suami,” kata Eyda.
Dalam masa sama, ada juga mencadangkan agar suami berusaha mencari rumah sewa untuk mengelakkan perselisihan faham yang lebih serius antara isteri dan mentua. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
IzzahF replied at 2-6-2023 02:07 PM
ni kategori makruh/haram kawen sbb boleh bawak mudarat
tak mampu tp tetap nk kawen, tp jantan2 kat m ...
Carcosa replied at 2-6-2023 10:47 PM
Kau jgk yg asal berlaki, kak. Nahhhh, hadapla.
Pelik ek, sebelum kawin tak bincang ke apa plan semua ...
midori888 replied at 4-6-2023 10:18 PM
kwn adik meols nak kawen tahun nie...kwn dia plan nak stay umah mak dia lps kawen, rumah besar lah ...
Carcosa replied at 4-6-2023 10:32 PM
Pelikla meols. Knp perempuan2 ni suka jadi victim ya?
Knp rela je diperlakukan apa je? Susa ...
midori888 replied at 4-6-2023 10:40 PM
adik citer kwn dia kata ppuan yg sabar2 nak kawen, dia ikutkan jer....
adik kata nanti kalu dia ci ...
Carcosa replied at 4-6-2023 10:48 PM
Koser kan??
Perempuan birah nak kawin tergesa2. Takut di cop andartu, or takut kengka ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
27-9-2023 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.104686 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.