Syamsul Yusof sedih apabila hubungan dengan ibu tercinta, Datin Patimah Ismail menjadi semakin rumit dan keruh susulan konflik rumah tangganya dengan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana. Syamsul berkata, dia percaya waktu akan menjadi ubat dalam menjernihkan hubungan mereka selepas Patimah meminta dia pulang ke rumah bagi menyelesaikan isu yang berlaku selama ini.
"Saya pun sedih. Siapa yang tak sayangkan ibu. Cuma mungkin bukan sekarang. Hanya masa yang akan menjernihkan keadaan," katanya ketika ditemui di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) di sini, hari ini. Syamsul ditemui bersama sepupunya Muhammad Nazri ketika menghadiri sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga dengan Puteri Sarah. Terdahulu, media melaporkan bapanya yang juga penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam berharap Syamsul dapat berjumpa ibunya dan meminta maaf bersempena kedatangan Ramadan.
Malah Yusof juga mendoakan bulan penuh rahmat itu dapat menjentik hati anaknya serta pihak yang terbabit dalam kemelut membabitkan keluarganya. Sebagai bapa dia sedih melihat situasi semakin tidak terkawal apabila Syamsul menganggap nasihat ibu supaya kembali ke pangkal jalan sebagai racun. Perkara itu susulan tindakan Syamsul menyebut nama ibunya sebagai antara individu yang memintanya menceraikan Puteri Sarah ketika sidang media bersama peguamnya, kelmarin. Difahamkan, Syamsul sudah lama tidak bertemu ibu bapanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
dudaberhias replied at 24-3-2023 05:00 PM
dah hang jugak yang cari pasal... nak sangat jin sungai klang sebagai bini...
lain kali cari lah ya ...
dudaberhias replied at 24-3-2023 05:00 PM
dah hang jugak yang cari pasal... nak sangat jin sungai klang sebagai bini...
lain kali cari lah ya ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
24-9-2023 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.091533 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.