Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Kepala Botak Lebih Bergaya Buat Jejaka Kini

2-10-2015 02:11 PM| Komen: 8



Oleh : TS LOO


sumber foto : http://www.arts-stew.com/



Kajian mendapati lelaki botak bersifat lebih dominan, lebih maskulin dan sesuai untuk menjadi pemimpin.

Menurut penyelidik, Albert Mannes, beliau memutuskan untuk membotakkan kepalanya apabila mula mengalami masalah keguguran rambut di usia 30-an. 

Justeru itu, beliau mula berfikir untuk membuat kajian berhubung senario tersebut.

Dalam ujian pertama, beliau menunjukkan gambar peserta lelaki dengan kepala botak dan peserta yang mempunyai rambut.

Undian jelas memihak kepada si botak dengan statistik yang tinggi berbanding lelaki berambut.

Bagi eksperimen kedua, Mannes menunjukkan seorang lelaki mempunyai rambut dan lelaki sama dengan kepala botak menggunakan teknik Photoshop.

sumber foto : http://www.arts-stew.com/



Keputusan bancian itu kemudiannya memihak kepada lelaki botak kerana disifatkan lebih berpotensi untuk berkuasa, berkeyakinan, lebih maskulin dan tinggi sifat kepimpinan.


Tidak kira bentuk tubuh, warna kulit atau apa saja alasan, lelaki berkepala botak tetap mempunyai aura tersendiri.

Untuk mengelak rambut yang nipis dan sedikit kelihatan ketara, membotakkan kepala adalah pilihan tepat. 

Untuk lebih tampil bergaya, pemilihan seluar gaya chino, kemeja vintaj serta kaca mata hitam gaya Aviator adalah padanan 'umphh'. 

sumber foto : http://hbtvghana.com/


Pelakon Hollywood seperti Bruce Willis, Jason Statham dan Vin Diesel serta model terkenal Tyson Beckford adalah bukti lelaki-lelaki maskulin yang selesa dengan imej berkepala botak. 

Jadi ada sesiapa yang mahu membotakkan kepala tahun ini? Segera bertindak agar dikategorikan lelaki bergaya 'in'.
    


sumber : http://maskulin.karangkraf.com/ 



Apa Reaksi Anda...

Bagus
24
Marah
7
Terkejut
5
Sedih
11
Lawak
14
Bosan
6
Komen: 8
Komen

Previous : [Brader] Gaya Sesuai Untuk Lelaki Rendah

Next       : Awek Garang

Komen Terbaru

Quote clarizsa 6-10-2015 12:40 AM
x suka... harap hubby rambut lebat sampai tua...

Lain-lain Komen

Quote zulka 29-9-2015 02:39 PM
belum ada keberanian nk botakkan rambut....
Quote minahmanja 29-9-2015 03:54 PM
kena tgk gak bentuk muka... tk semua org sesuai style botak...tp me suke gak org laki botak ni.. mcm seksi gitu... haha
Quote rara90 1-10-2015 09:38 AM
i pun suka tengok lelaki botak..tapi yang macho la
Quote Chesire_Epilog 1-10-2015 10:53 AM
Bald is sexyy
Quote mummy75 2-10-2015 03:19 PM
pic yg kt atas tu mg merecik uollss...
Quote Sandal 3-10-2015 12:44 PM
Budak-budak bermain kotak,
Kotak dimain oleh budak-budak,
Jangan bermain dengan yang botak,
Dengan yang botak jangan dimain-main.

Oleh: We Ismae Golok
Quote lizaluvliz 5-10-2015 03:55 PM
iols suka lelaki botak..
xtau nape..sexy kot
Quote clarizsa 6-10-2015 12:40 AM
x suka... harap hubby rambut lebat sampai tua...

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Twitter
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.076257s Gzip On
    To Top