CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Netizen Tanya Pasal 'Ex-BF', Isteri Yonnyboii Minta Izin Suami Dan Bekas Kekasih Sebelum Jawab Pertanyaan

18-3-2023 05:30 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 370| Komen: 6|Original author: Tatod

Description: Isteri kepada Yonnyboii iaitu Nik Nazira meluahkan rasa berang terhadap individu yang bertanyakan soalan sensitif membabitkan bekas kekasihnya, Imran Aqil.Menerusi perkongsian soalan di Instastory, in ...
Isteri kepada Yonnyboii iaitu Nik Nazira meluahkan rasa berang terhadap individu yang bertanyakan soalan sensitif membabitkan bekas kekasihnya, Imran Aqil.

Menerusi perkongsian soalan di Instastory, individu berkenaan ingin mengetahui tempoh perkenalan Nik Nazira dengan Imran yang juga penyampai radio.



"Berapa lama kenal Imran," tanya individu berkenaan.

Membalas pertanyaan tersebut, isteri kepada penyanyi itu menegaskan soalan tersebut tidak sepatutnya ditanya memandangkan dia sudah berkahwin dan sedang hamil.

"Saya mengandung dan berkahwin. Tapi awak bertanya mengenai hubungan yang sudah dua tahun berakhir?

"Saya minta kebenaran daripada suami dan bekas kekasih dahulu sebelum saya jawab, jadi tiada drama," tegasnya.


Sekadar info, Nik Nazira pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Imran sebelum mengenali Yonnyboii dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan penyanyi itu.

Yonnyboii dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021 dalam sebuah majlis pernikahan sederhana yang hanya dihadiri 20 orang ahli keluarga terdekat.


Sumber: GEMPAK




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Carcosa 19-3-2023 03:33 PM
Gelinya tgk Yonnyboi tuuuu. Berkerak danga!
Quote yondu 18-3-2023 09:26 PM
mcm minah rempit naik ex5
Quote nakkomenjugak 18-3-2023 07:35 PM
tiga ekor ni whoisyuhhhhh
irrelevant next
Quote missyL 18-3-2023 07:09 PM
Imran sujud syukur kot
Jodoh ngn lagi cntik lol
Quote bondeh 18-3-2023 06:34 PM
Imran tuh tunang dia yang sekarang bertingkat-tingkat cantik dari si bini yonnybucuk nih
Quote babynina30 18-3-2023 05:51 PM
Who r yus so rempit her style
Tp kemain ex bf kau penyampai radio
Laki penyanyi
Walau sendu nan layu

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-3-2023 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.052367 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top