Pengacara, Uyaina Arshad mengaku cahaya mata sulung, Raja Urhan Raja Azhanrianshah yang berusia enam bulan, bagai nyawa sendiri.
Enggan berjauhan, Uyaina sanggup menolak tawaran lumayan daripada sebuah stesen televisyen (TV) di Indonesia jika buah hati pengarang jantungnya itu tidak dibenarkan dibawa bersama sepanjang menjayakan projek terbabit di sana. Pengacara program bual bicara, Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 ini mengaku menerima beberapa tawaran mengendalikan program TV di seberang, namun, selagi belum ada hitam putih, dia tidak berani mengesahkannya.
"Suami tidak dapat turut serta kerana terikat dengan kerja. Jika usaha sama itu menjadi kenyataan, saya sudah berbincang dengan suami untuk membawa Urhan. "Dia nyawa saya, jika tidak dapat bawa bersama, saya tidak akan pergi. Lagipun, saya sudah letakkan syarat kepada stesen TV terbabit. "Jika ada situasi yang tidak membenarkan perkara itu (bawa anak bersama), tidak mengapa. Saya akan fikir perkara lain yang boleh dibuat," katanya ditemui pada pertunjukan fesyen Ariani Layar Raya 2023, baru-baru ini.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
28-3-2023 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.055484 second(s), 22 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.