Pelakon jelita, Anna Jobling mengakui gemar bercuti di Singapura tetapi memilih untuk lebih berhati-hati selepas insiden yang menimpa Kamal Adli baru-baru ini. Kata wanita itu, kejadian buruk yang berlaku ke atas pelakon lelaki terbabit boleh terjadi di mana-mana.
Dia mengakui sering berjalan seorang diri di Orchard Road, Singapura kerana sudah terbiasa sendiri. "Saya tak terfikir tetapi betul, akan lebih berhati-hati. Saya selalu ingatkan diri bahawa kalau benda nak berlaku, di mana-mana, tanpa kira waktu dan tempat. "Sekarang, pun kalau orang nak datang serang, bila-bila masa kita tak pernah dapat tahu atau jangka. "Tapi, lepas apa yang jadi pada aktor tersebut, saya akan lebih berhati-hati. Saya kena ingat sekarang saya Anna Jobling. Walaupun pakai topi dan pelitup muka, orang masih kenal," katanya.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
28-3-2023 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.052839 second(s), 22 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.