CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Beberapa Pekerja Kritikal, 8 Terbunuh Ditimpa Kentang

17-3-2023 09:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10653| Komen: 1

Description: Bumbung bangunan menyimpan makanan sejuk yang runtuh di daerah Sambhal pada pagi Khamis meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa.Dalam kejadian di perbandaran Chandausi, 11 lagi mangsa berjaya diselamat ...
Bumbung bangunan menyimpan makanan sejuk yang runtuh di daerah Sambhal pada pagi Khamis meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa.

Dalam kejadian di perbandaran Chandausi, 11 lagi mangsa berjaya diselamatkan apabila bumbung bangunan yang digunakan menyimpan guni kentang runtuh ketika pekerja melakukan pemunggahan barang.



Stor menyimpan guni kentang runtuh di India menyebabkan lapan orang maut pada pagi Khamis. - Foto Agensi

Pasukan Tindakan Bencana Negeri (SDRF) dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan dan operasi menyelamat kini sedang dilakukan untuk menyelamatkan pekerja yang masih terperangkap dalam bangunan itu.

"NDRF sedang mencari mangsa masih terperangkap dengan menggunakan anjing pengesan. Kami menambah anggota supaya usaha menyelamatkan dilakukan dengan pantas," kata jurucakap NDRF.

Majistret daerah Sambhal, Manish Bansal berkata, seramai 12 pekerja berjaya diselamatkan dan beberapa orang daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.


Menurut penduduk tempatan, insiden berlaku selepas rak yang menempatkan kentang patah akibat terlebih muatan menyebabkannya runtuh dan menimpa pekerja di dalam bangunan tersebut. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 17-3-2023 10:35 PM
Salam takziah kepada keluarga mangsa

Lihat semua komen(1)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-3-2023 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.071463 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top