CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Nasib Baik Ajak Anak Bini Makan Di Luar, Kalau Tak...

17-3-2023 09:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12020| Komen: 22

Description: Sebuah keluarga terselamat daripada kecelakaan rumah mereka dirempuh sebuah kereta yang terbabas.Utusan melaporkan, dalam kejadian 1.20 petang itu, sebuah Honda BRV dipandu seorang lelaki bersama anak ...
Sebuah keluarga terselamat daripada kecelakaan rumah mereka dirempuh sebuah kereta yang terbabas.

Utusan melaporkan, dalam kejadian 1.20 petang itu, sebuah Honda BRV  dipandu seorang lelaki bersama anak perempuannya merempuh pagar rumah dan bilik tidur utama kediaman berkenaan.


Keluarga itu bernasib baik kerana ketika kejadian, tiada penghuni di dalam kediaman mereka.


MOHD. Shakir Fairuz Ahmad melihat keadaan bilik utama rumahnya yang rosak selepas dirempuh sebuah kereta di Taman Perak, Kulim. -UTUSAN/AZAHAR HASHIM

Mohd. Shakir Fairuz Ahmad, 38, berkata, ketika kejadian dia keluar bersama isterinya, Cici Lastri Lasrywan, 30, yang sarat mengandung serta dua anak lelaki berusia sembilan dan tujuh tahun ke sebuah restoran di Lunas, di sini.

“Disebabkan isteri akan dimasukkan ke wad bersalin di Hospital Kulim esok, saya mengajaknya makan tengah hari bersama anak-anak pada waktu rehat tetapi ketika dalam perjalanan pulang seorang jiran menghubungi saya memaklumkan sebuah kereta telah merempuh rumah kami,” katanya ketika ditemui.


Mohd. Shakir berkata, sebaik tiba di rumahnya, dia tergamam apabila melihat pintu pagar kediaman itu rosak teruk serta sebuah kereta berada di dalam bilik utama, namun pada masa sama bersyukur kerana terselamat daripada kejadian tidak diingini.

“Bilik utama itu menjadi tempat berehat serta belajar dua anak lelaki saya dan kebiasaanya saya akan keluar makan bersama keluarga pada cuti hujung minggu sahaja,” katanya.

Sementara itu, seorang jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Rosli berkata, ketika kejadian dia berada di rumahnya yang terletak selang tiga unit daripada rumah mangsa dan terdengar dentuman kuat dari luar rumah sebelum berlari keluar untuk melihat apa yang berlaku.

“Pada mulanya saya sangka tong sampah jiran dilanggar oleh kenderaan yang tidak diketahui, namun apabila melihat ke arah rumah mangsa saya nampak asap keluar daripada rumahnya sebelum melihat sebuah kereta berada dalam bilik rumah jiran saya,” katanya.

Ujarnya, dia kemudian meninjau ke dalam kereta terbabit dan ternampak seorang lelaki yang berada di tempat duduk pemandu serta seorang remaja perempuan dipercayai anaknya dalam keadaan kesakitan akibat kecederaan.

“Saya bersama beberapa jiran kemudian membantu mereka keluar daripada kereta terbabit sebelum menghubungi talian kecemasan untuk bantuan,” katanya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clarizsa 17-3-2023 09:42 PM
Loqlaq aihh
Taman perak tu pun lunas dah tu
Kulim tu besaq
Umah taman pun kena rempuh
i igtkan umah kg tepi jalan
Quote airfilterkotor 17-3-2023 10:13 PM
Umah betul² tegak menghadap simpang tiga kot.
Quote sukacactus 17-3-2023 10:59 PM
Wow! Sampai kipas siling pun bengkok
Quote asamfish 17-3-2023 11:02 PM
heart attack?  vertigo attack?
Quote doubleA 18-3-2023 12:13 AM
Kuatnya brv sampai pagar lepas, dinding pun runtuh
Quote syamzana 18-3-2023 12:19 AM
dari pagar smpai ke dinding roboh. laju giler brv neh. driver+anaknya tu parah ke tak?
dok dlm umah pun bahaya skrg, sedar2 mai kereta rempuh
kalau mcm ni insurans rumah cover ke tak? ke claim pd pihak yg melanggar???
Quote lattehazelnut 18-3-2023 05:34 AM
Kat kws perumahan laju mane dia drive sampai jd camtu..
Xkan xde pagar, pasu bunga etc..
dinding rumah batu kot bukan papan..
Quote DARSITA 18-3-2023 05:59 AM

Dia kena beli homeowners insurance ler lepas ni ~
Quote naina 18-3-2023 10:33 AM
Weh sampai kipas pun bengkok. Kereta terbang ke apa
Quote Bawang123 18-3-2023 11:11 AM
Ish, patut dah langgar pagar, kereta dah slow down, dinding rumah sampai berlubang camtu means laju gila² or dah langgar dia tekan minyak lagi langgar dinding pulak ke camana? Laju² dlm taman nak gi mana?
Quote -Suri- 18-3-2023 11:16 AM
Cam mana la dia langgar sampai kipas kat atas tu pun blh bengkok
Quote CikYaYaYa 18-3-2023 02:44 PM
laju manaa dia mnie drive sampai jadik macam nie
Quote Suchi 18-3-2023 02:50 PM
Dasat betul.Sib baik takde orang kat umah.

Mcm mana leh terbabas langgar umah org tu?

Btw bini dia ni org tempatan ke? Atau serumpun ngn friska tu.
Quote nakkomenjugak 18-3-2023 07:45 PM
nak kata mabok
anak ada sekali
buno diri berjemaah ke hapooo?
sape nak membayar rumah tu haaa
Quote krustykrab 18-3-2023 07:50 PM
Suchi replied at 18-3-2023 02:50 PM
Dasat betul.Sib baik takde orang kat umah.

Mcm mana leh terbabas langgar umah org tu?

Iols pun berminat nk tau pasal bini dia
Quote Lolalala 18-3-2023 08:10 PM
Suchi replied at 18-3-2023 02:50 PM
Dasat betul.Sib baik takde orang kat umah.

Mcm mana leh terbabas langgar umah org tu?

My classmate ni. Bini dia org Medan rasanya
Quote WeAiNe 18-3-2023 09:22 PM
tuan rumah nak minta ganti rugi dengan siapa?
cakaplah si pelaku tu mati atau cedera atau tidak berkemampuan kewangan
tuan rumah pulak tak ada beli insuran tambahan
kos repair tanggung sendiri ka
Quote n3ar 18-3-2023 10:21 PM
Suchi replied at 18-3-2023 02:50 PM
Dasat betul.Sib baik takde orang kat umah.

Mcm mana leh terbabas langgar umah org tu?

Ha3.. Aku pun pikir sama.. Nama pelik sangat..

Selalu nama pelik2 sgt ni blah indon jerp
Quote sharlenetexas 18-3-2023 10:28 PM
Cici nama indon ke?

Lihat semua komen(22)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-3-2023 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.099654 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top