"Semoga dipermudahkan untuk sesiapa saja yang berhadapan dengan krisis rumah tangga, Setiap orang lain dugaannya," kata penyanyi, Adira Suhaimi apabila diminta mengulas mengenai krisis rumah tangga dalam kalangan selebriti yang menjadi bualan hangat ketika ini.
Adira berkata, apa yang dialaminya sebelum ini sudah lama berlalu dan fokusnya ketika ini adalah untuk membesarkan anak-anak dan memastikan keharmonian keluarga terpelihara. "Biasalah turun naik dalam kehidupan bukanlah sesuatu yang asing. Alhamdulillah semuanya bertambah baik dan dipermudahkan. Mungkin juga kerana faktor usia. "Saya sudah lapan tahun bermadu. Anak-anak sudah semakin ramai dan keluarga kami pun semakin besar. Apa yang baik, kita lalui saja. "Kita makin lama makin tua. Sekarang saya nak kehidupan yang tenang saja," katanya.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
4-10-2023 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.066667 second(s), 33 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.